Sunday, October 31, 2010

Phrase: So Lovely...

 mekar dipangkal ~ sekadar hiasan
Assalamualaikum / Peace be upon you... 

This is an interesting mail that i got from a friend of mine. All this while I never realize and I don't know the real meaning of these words......
Hopefully it gives us some insight of the true meaning of these lovely words...

FAMILY
(F)ather
(A)ND
(M)other
(I)
(L)ove
(Y)ou

WHY does a man want to have a WIFE?

Because:
(W)ashing
(I)roning
(F)ood
(E)ntertainment

WHY does a woman want to have a HUSBAND?

Because:
(H)ousing
(U)nderstanding
(S)haring
(B)uying
(A)ND
(N)ot
(D)emanding

Do you know that a simple 'HELLO' can be a sweet one? Especially from the one that you love.(not only from the boyfriend/girlfriend).

The word HeLLo means :
(H)ow are you?
(E)verything all right?
(L)ike to hear from you
(L)ove to see you soon!
(O)bviously, I miss you...

Beib really hope that we will be more careful with...

... whatever we say no W
 because it will be used later t O
find the truth by him or he R
 to check our misdee D
 which will subsequently make us swallow our word S

*Still remember the song HELLO by Lionel Richie..
'Cause I wonder where you are
And I wonder what you do
Are you somewhere feeling lonely...
or is someone loving you?

Saturday, October 30, 2010

Aduhhh! Cuba Renungkan....

Assalamualaikum / Peace be upon you... 
Entah kenapa sejak lebih seminggu ini aku berada dalam zon 'tidak bernasib baik'. Perkataan 'malang' mungkin terlalu kasar.
Bagi aku, sejak 7 Oktober, jinx sudah bermula.
Kemalangan kereta di Putrajaya berlarutan dengan 'kemalangan' emosi.
Kata orang, tidak baik percaya kepada 'jinx' dan benda-benda begini. Sesungguhnya, ia adalah kuasa, takdir dan kehendak Allah. Kita sepatutnya menerima dengan rela dan redha disamping mengambil iktibar di atas setiap kejadian.
Moga kita lebih bersyukur dan bermuhasabah diri.
Jumaat: 15 Oktober - satu lagi konflik emosi ~bagai yo-yo  ~ berlanjutan sehingga kini.
Pulih beberapa hari kemudian, dalam emosi yang berbaur.
Kini, dingin dan sepi.
Seminggu, naik turun darah dan emosi. Semua tak tenteram. Segalanya celaru.
Seminggu juga naik turun ke KT, menyelesaikan urusan Vios yang masuk bengkel.
Urusan dengan syarikat insurans, bengkel, polis dan JPJ.
Dalam pada itu, 206 pula bocor tayarnya dan perlu diganti, sepasang.
Sedang menyelesaikan Vios dan 206, 405 pula perlu diservis bagi menggantikan Vios yang tersadai. AAM dipanggil untuk menunda ke bengkel. Insuran dan cukai jalannya perlu diambil.
4 hari dibengkel dan RM1.5K melayang..terbang.
Sepanjang minggu ini bermula Jumaat: 22 Okt, berbagai hal lain pula berlaku.
Sakit...pening...insomnia yang bermula sejak seminggu sebelumnya...berterusan.
Senyap...dingin berlanjutan.
Segalanya serba tak kena lagi.
Bil letrik tertunggak. Terkocoh-kocoh menjelaskan.
Mulai pagi sabtu hp dah kena sekat, tunggakkan melampau.
Hingga kini tak terlunas.
Selasa, telefon rumah pula disekat. Internet dan wifi terganggu.
Rabu, bateri 206 pula 'kong' ditengah jalan.
Insomnia berterusan. Denyut bagai nak gila.
Laptop pula buat hal sejak isnin. Menggelepar ... teruja untuk on. Kini laptop pinjam digunakan.
Dapat sms, Mak pula tak sihat. Hanya doa dipanjangkan untuk kesejahteraannya sebagaimana biasa.
Kepala masih lagi berdenyut.
Hati... minda? Kosong dan sepi.
Kini Jumaat datang lagi...sudah 2 kali, sejak mula jinx.
Musibah datang bertimpa.
Apa pengakhirannya..?
Kuserahkan kepada DIA.
Malam ini aku akan cuba shutdown melawan insomnia...sakit dan denyut kepala.
Moga Allah perkenankan.
Bukankah DIA Maha Pengasih dan Maha Penyayang?

Beib tak mahu lagi...
...rasa pedih, perit dan kesihatan terjeja S
berdoa agar cukuplah dengan apa yang Allah dug A
bukan ini yang kita henda K
tetapi ia cukup menginsafkan dir I
agar kita sentiasa beringa T
* Pintu sentiasa terbuka - didoakan sentiasa sejahtera - tidak pernah keliru dgn rasa d.a.

Friday, October 29, 2010

Haiku: Lara ...

Assalamualaikum / Peace be upon you...

"...tidak keliru
perasaan ku ini
antara diam..."

Beib mula fahami erti ...
...berijtiha D
serta muhasabah dir I
dalam melayan emosi dan ras A
 yang bergelora di dala M
* ...tulus & telus...d.a

Friday, October 22, 2010

Zahirkan Harapan....Impian Bersama...



Assalamualaikum / Good Day.....

Kata Isaac Asimov, penulis prolifik dan profesor Biokimia, the only constant is change.

Aku percaya dan berpegang pada quotation itu sejak aku mula terbaca dalam satu artikel.

Perubahan dan perpindahan merupakan hijrah. Afdalnya kepada yang lebih baik.

Aku juga berubah, tetapi berubah tempat bertugas.

Aku tidak pernah berubah hati atau emosi, cuma beralih lokasi, bertukar posisi. Aku paham dan mengerti apa yang ada serta kehendak hati.

Peluang dan ruang yang diberi menjanjikan satu perubahan dan peralihan dalam dunia kerjaya serta hidupku.

Aku terima dengan rela dan redha. Dan penerimaan itu disokong insan tersayang.

Sebagai tanda ingatan sebelum berpindah dan berubah ke premis kerja yang baru, aku telah menempah 2 helai banner. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua yang membaca dan memikir.

Sehelai dari Panitia PSV dan sehelai lagi dari bidang kemanusiaan. Kedua-duanya dibawah naunganku.

Memikirkan slogan atau kata-kata motivasi yang sesuai untuk dua helai banner ini memerlukan masa dan kreativiti. Pelbagai sumber digunakan untuk mendapatkan impak yang terbaik. Internet dan buku-buku yang berkaitan dirujuk dan ditelaah.

Berhari-hari aku mencari ilham dan idea. Ada kata-kata yang menarik tetapi tidak menepati citarasa. Ada yang sesuai namun jauh dari selera. Ada juga yang popular tetapi agak klise dan kurang berkesan.

Dikala inilah bantuan dan idea dari seorang teman, anak didik Munsyi Dewan, dipinta. Teruja bila diajukan permintaan untuk mendapatkan kata-kata hikmat yang tepat dan berkesan darinya.

Sebagai seorang penggemar bahasa puitis yang kritikal dan analitikal, pendapat serta pandangannya diambil kira. Selepas berbahas dan berbincang serta bertukar-tukar idea, kami bersetuju untuk menggunakan slogan sebagaimana yang terakam dalam foto-foto ini.

Terima kasih!

Bangga dan teruja

Dengan sedikit modifikasi dan pengubahsuaian, slogan dan tagline disusun begitu rupa supaya nampak menarik dan memberi makna.

Reka letak serta susun atur grafik dicipta khusus berdasarkan tema dan kesesuaian motif. Penggunaan skema warna mudah namun menarik, sebagaimana memilih warna dan corak kain untuk batang tubuh sendiri. Cantik dan comel untuk diri sendiri.

Kepuasan terserlah bila draf dihantar ke kedai iklan dan mockup ditunjukkan. Dalam masa dua hari, kain rentang atau banner ini siap untuk digantung.

Inilah hasilnya.

Teruja dan mengesankan harapan serta impian

Moga menjadi inspirasi dan kekal abadi dalam minda

Andaikata banner ini lusuh dan koyak dimamah cuaca, aku tetap berbangga. Aku telah laksanakan impian peribadi untuk mengabadikan sesuatu yang datang dari lubuk hati. Sangat bermakna kepada diri dan yang terlibat serta semua yang melihat dan membaca.

Tiada yang lebih terkesan dalam jiwa dan minda bila ianya menjadi nyata, terpampang di depan mata, menjadi santapan semua.

Di tempat ianya digantung, ia ditatap insan sekeliling. Moga dalam entry ini dan di FB ia menjadi tatapan dunia.

Bersemi dan berseni.

Penuh makna dan mengujakan.

Beib akan terus terkenang dan teruja dengan ayat-ayat di...
...reka khas dan berseba B
memberi motivasi pada semu A
bukan sekadar ikla N
bukan sebagai guraua N
THE ONLY CONSTANT IS CHANG E
...sesuatu yang sangat hebat kepada diri dan insan yang seda R

* adakah aku akan berpeluang untuk berwarwar begini lagi..?

Tuesday, October 19, 2010

Puisi... Harapan... Pasti...

...suatu waktu itu...

Assalamualaikum / Good Day.....


"Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini... pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang"

(Kahlil Gibran)


Beib sangat teruja dengan ayat-ayat...
...yang penuh menghara P
dalam hidupkU
yang terpatr I
lekat..kuat..era T
dan dengan izin Ilah I
...hingga ke akhir nafa S
*...selagi hayat...sepanjang zaman...

Monday, October 18, 2010

Paris Selepas London...

berada di kaki ET yang setinggi 324 m

Assalamualaikum / Good Day.....

Bila sahaja berpeluang menjejakkan kaki ke negara pembuat kereta Peugeot, aku merasa sangat teruja. Teringin rasanya melawat ke kilang membuatnya, tetapi apakan daya, masa yang amat singkat tak membolehkan aku mencapai impianku.

Yang ada dalam benakku ialah merasa french fries original, dari negara di mana nama kentang goreng diperolehi. Itu pun aku masih was-was kerana tidak pasti samada ianya digoreng secara 'halal'.

Akhirnya, kilang peugeot tidak dilawati, french fries tidak dirasai.

Namun begitu, sesuatu yang 'wajib' dilawati dan dinikmati tidak akan aku lepaskan iaitu ikon global negara ini dan salah satu struktur yang paling dikenali di dunia.
Eiffel Tower!

menaiki Eurostar dari Ashford International di Kent
ke main Paris terminus di Gare du Nord dengan kelajuan 300km/jam...mengujakan.

Sebenarnya, berada di negara ini sudah cukup membuatkan aku terpesona. Tidak lepas dari fikiran, penyajak/penyair, penulis, pelukis yang prolifik dan... Mona Lisa. Juga gaya seni bina Peranchis yang unik.

di depan muzium terbesar di dunia The Louvre Palace and the Pyramid
yang siap dibina pada tahun 1989.

Menikmati suasana dan pemandangan kota raya Paris dari dalam VW Transporter tidak menjemukan. Bersimpang siur di Avenue des Champs-Elysees dan melintasi Arc de Triomphe sangat mengujakan.


Melihat sekeliling panorama dan mengimpikan sesuatu yang indah dan romantik membuatkan aku sebak sendu. Inilah kota yang dikenali sebagai Kota Gemerlapan dan Cinta. Bersantai bersama tersayang tentu sahaja amat mengujakan.

Warga Paris yang dianggap romantik dan penuh bergaya sibuk dengan urusan peribadi. Pelancong dari pelusuk dunia pula sibuk mengambil gambar kenangan.

Paris tidak menggerunkan. Aku berasa selamat dengan kawalan keselamatannya yang rapi. Sepanjang hari berada di kota ini aku mampu menyelinap bagai warganya tanpa dihirau.


Meninjau monumen bersejarah, seni bina bangunan yang unik dan muzium seni yang terkenal di Paris, aku sangat kagum. Mau sahaja terus-terusan berjalan dan menjelajah. Tidak ada kota di dunia yang mempunyai bangunan seperti Paris. Unik dan menarik.

antara jalanraya yang terkenal di dunia

Penjelajahan pertama kali ke Paris merangkumi lawatan ke mercutanda atau 'landmark' yang menarik. Melihat dengan mata sendiri bagaikan satu mimpi. Ya...mimpi boleh juga menjadi kenyataan, dengan izinNya.

Paris mengujakan aku. Seni bina yang mempunyai nilai estetik, kepelbagaian budaya serta pemuliharaan warisan membuatkan aku jatuh cinta pada Paris. Tidak cukup dengan masa yang ada untuk meninjau semua daerah di Paris. Seperti juga di London beberapa hari sebelum ini, kunjungan ke tempat-tempat pelancongan ini terasa singkat dan padat. Tidak pernah puas.

InsyaAllah...panjang umur murah rezeki aku akan datang lagi untuk menikmati cinta di kota ini yang teguh dan tinggi melangkaui Eiffel Tower.

teringin nak bawa balik sebuah peugeot 207.
Kecil molek.

Beib sangat teruja dengan Kota...
...Cinta dan berhara P
dapat kembali dengan penuh ras A
teruja dan geta R
mengisi impian indah di hat I
selagi ada nafa S
* teringat lagu SJK...teringin...moga Allah Makbulkan.

Sunday, October 17, 2010

Bahasa Inggeris: Lakukan Sesuatu Positif

Penglibatan kecil dalam menjayakan hasrat negara
~selaku panel penggubal kertas konsep, hakim dan anakanda - penyertaan-~

Assalamualaikum / Good Day.....

Sedar atau tidak, mahu menerima atau tidak, penguasaan bahasa Inggeris dalam kehidupan masa kini,ternyata begitu penting dan tidak boleh dinafikan.

Di negara kita, ia merupakan salah satu bahasa utama bagi mendalami ilmu pengetahuan. Ia juga merupakan bahasa untuk jaringan perniagaan global atau antarabangsa serta untuk perhubungan diplomasi.

Dengan penguasaan yang mantap, seseorang individu itu bukan sahaja dapat mengangkat pencapaian ilmu dan pelajarannya tetapi juga dalam komunikasi serta bidang kerjaya yang penuh cabaran dan saingan.

Ini pernah aku tekankan dalam entry ini dan semasa memberi ceramah mengenai kepentingan bahasa Inggeris di sini.

Hakikat kini di peringkat sekolah, antara pengukur prestasi pelajar dalam mengejar kecemerlangan ialah pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Dalam beberapa situasi ia menjadi penentu.

Semasa di bangku sekolah, perlu diterapkan peri pentingnya penguasaan dwibahasa, yang akan menambahkan keyakinan seseorang individu terhadap diri dan keupayaannya.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri serta pelbagai sektor dan agensi berterusan berusaha untuk melonjakkan pencapaian bahasa Inggeris yang masih belum dipertuturkan secara meluas oleh pelajar di luar bilik darjah.

Di Terengganu, Program A Moment in English anjuran JPNT dengan kerjasama serta dibiayai oleh syarikat ExxonMobil menyaksikan pelajar-pelajar memperagakan bakat mereka seperti pengucapan awam, koir, drama, nyanyian beraksi, choralsical, bercerita, deklamasi puisi, sketsa dan nyanyian. Ianya telah diadakan sejak 2002.

Kini, satu lagi program yang bermula pada tahun 2010 anjuran serta pembiayaan Yayasan DiRaja Sultan Mizantelah mengorak langkah dengan beberapa aktiviti tambahan seperti Speech Choir - in betweens Choral Speaking dan Choralsical - serta Smart English. Aku turut berbangga kerana terlibat secara langsung. Baca di sini.

Semua ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang penuh dengan keyakinan dan bersemangat di samping menunjukkan bakat dalam pelbagai persembahan berteraskan bahasa Inggeris.

Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan kemahiran berbahasa dan menyemaikan kesukaan pelajar untuk mengamalkan penggunaannya.

Secara tidak langsung meningkatkan kefasihan berbahasa Inggeris di kalangan pelajar melalui pendekatan kreatif dan artistik serta menghiburkan.

Ini juga peluang untuk pelajar dan guru-guru berkolaboratif dalam satu pendekatan untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti.

Sebagai seorang guru yang telah lama cuba menekankan peri pentingnya berbahasa Inggeris, aku sentiasa menyokong program-program berbentuk pendidikan seperti ini. Aku amat berharap melalui program-program seumpama ini dapat menanam dan menerapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan generasi muda di negeri ini.

Aktiviti di luar bilik darjah seperti ini amat unik. Pembelajaran Bahasa Inggeris nyata lebih menarik, menawan hati dan menyeronokkan. Melalui aktiviti ko akademik ini, penggunaan bahasa sentiasa dilatih dan dijadikan amalan oleh pelajar.

Aku turut teruja dengan pembabitan kecilku dalam program-program seperti ini termasuklah dalam penubuhan 'English Theme Park' dalam usaha melahirkan lebih ramai anak muda fasih berucap dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Rujuk sini, sini dan sini.

Tertarik aku dengan seorang kenalan yang bijak fasih berbahasa Melayu serta analitikal dalam setiap perkataan dan ayat. Anak buah Munsyi Dewan ini bisa mematahkan hujah dengan soalan dan inkuiri yang padat dan bernas.

Harapanku agar penutur bahasa Inggeris yang sedang dilatih dan diajar ini akan menjadi kritikal dan analitikal sebagaimana temanku yang ini.

Bagi aku, tidak perlu ke London untuk belajar bahasa Inggeris. Semuanya boleh dipelajari di sini. Yang penting, kehendak dan kemahuan perlu tekal dan cekal.
Pastikan Semangat Lancar...

Beib ingin terus memperjuangkan penggunaan...
... bahasa ini tanpa alasan dan seba B
sebagai satu cara meningkatkan nilai dir I
*sakit...