Sehari lagi di ETP, Tok Jiring.
Melaksanakan pelbagai perkara berkaitan dengan persiapan awal perasmian yang dijangkakan pada 16 April 2009.
Semua ahli panel sibuk dengan tugas masing-masing.
Aku diminta membantu menyiapkan Tok Jiring Bistro (TJ Bistro). Satu sudut di bahagian luar bangunan PKG yang akan dijadikan Bistro. Ia akan yang turut dilengkapi dengan vending machine, kerusi dan meja santai serta hiasan grafik yang bercirikan Bistro.
Papantanda atau singnage adalah dalam Bahasa Inggeris.Kemudahan wifi juga disediakan.
Matlamat utama TJ Bistro ialah untuk membolehkan pelajar berehat, bersantai sambil membaca atau melayari internet.
Satu sudut akan menempatkan sebuah kiosk multi media dengan touch screen yang akan mengandungi maklumat tentang ETP.
Kemajuan projek ini akan dimasukkan dalam entry yang akan datang.
Lain perkembangan atau berita mengenai ETP boleh dibaca di sini.ETP merupakan perkongsian pintar yang unik atau a unique smart partnership di antara ExxonMobil dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT).
JPNT /BTPN sebagai pelaksana dan Exxon Mobil penyumbang dana bertujuan menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
Di sini, ditempatkan stesen indoor dan outdoor seperti ‘rides’, “Vocabulary Shack” dan “Graffiti Wall” serta lain-lain sumber pembelajaran tambahan seperti buku, komputer, alat pandang dengar / multimedia CD dan realia.
Aku berharap agar sumbangan yang amat sedikit dariku ini akan dapat membantu anak bangsa dalam peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris.
Beib sangat teruja terlibat dengan...
...pembikinan layout, landskap dan singag E
serta berharap agar projek ini mencapai matlama T
sebagaimana yang dihara P
serta berharap agar projek ini mencapai matlama T
sebagaimana yang dihara P
2 comments:
salam cikgu beib..
sumbangan kerdil bg diri..tapi besar jasanya pd org lain. kadang kita hanya melihat dengan mata kasar..tetapi jika dihalusi ternyata impaknya adalah sepanjang zaman.
semoga terus tekun dan selesa meneruskan bakti demi anak bangsa..
Azza...
Terima kasih teramat.
Ucapan serta dorongan azza membuatkan saya bertambah bersemangat untuk meneruskan bakti demi anak bangsa.
Pasti Saya Lestarikan...
Post a Comment