Friday, October 22, 2010

Zahirkan Harapan....Impian Bersama...



Assalamualaikum / Good Day.....

Kata Isaac Asimov, penulis prolifik dan profesor Biokimia, the only constant is change.

Aku percaya dan berpegang pada quotation itu sejak aku mula terbaca dalam satu artikel.

Perubahan dan perpindahan merupakan hijrah. Afdalnya kepada yang lebih baik.

Aku juga berubah, tetapi berubah tempat bertugas.

Aku tidak pernah berubah hati atau emosi, cuma beralih lokasi, bertukar posisi. Aku paham dan mengerti apa yang ada serta kehendak hati.

Peluang dan ruang yang diberi menjanjikan satu perubahan dan peralihan dalam dunia kerjaya serta hidupku.

Aku terima dengan rela dan redha. Dan penerimaan itu disokong insan tersayang.

Sebagai tanda ingatan sebelum berpindah dan berubah ke premis kerja yang baru, aku telah menempah 2 helai banner. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua yang membaca dan memikir.

Sehelai dari Panitia PSV dan sehelai lagi dari bidang kemanusiaan. Kedua-duanya dibawah naunganku.

Memikirkan slogan atau kata-kata motivasi yang sesuai untuk dua helai banner ini memerlukan masa dan kreativiti. Pelbagai sumber digunakan untuk mendapatkan impak yang terbaik. Internet dan buku-buku yang berkaitan dirujuk dan ditelaah.

Berhari-hari aku mencari ilham dan idea. Ada kata-kata yang menarik tetapi tidak menepati citarasa. Ada yang sesuai namun jauh dari selera. Ada juga yang popular tetapi agak klise dan kurang berkesan.

Dikala inilah bantuan dan idea dari seorang teman, anak didik Munsyi Dewan, dipinta. Teruja bila diajukan permintaan untuk mendapatkan kata-kata hikmat yang tepat dan berkesan darinya.

Sebagai seorang penggemar bahasa puitis yang kritikal dan analitikal, pendapat serta pandangannya diambil kira. Selepas berbahas dan berbincang serta bertukar-tukar idea, kami bersetuju untuk menggunakan slogan sebagaimana yang terakam dalam foto-foto ini.

Terima kasih!

Bangga dan teruja

Dengan sedikit modifikasi dan pengubahsuaian, slogan dan tagline disusun begitu rupa supaya nampak menarik dan memberi makna.

Reka letak serta susun atur grafik dicipta khusus berdasarkan tema dan kesesuaian motif. Penggunaan skema warna mudah namun menarik, sebagaimana memilih warna dan corak kain untuk batang tubuh sendiri. Cantik dan comel untuk diri sendiri.

Kepuasan terserlah bila draf dihantar ke kedai iklan dan mockup ditunjukkan. Dalam masa dua hari, kain rentang atau banner ini siap untuk digantung.

Inilah hasilnya.

Teruja dan mengesankan harapan serta impian

Moga menjadi inspirasi dan kekal abadi dalam minda

Andaikata banner ini lusuh dan koyak dimamah cuaca, aku tetap berbangga. Aku telah laksanakan impian peribadi untuk mengabadikan sesuatu yang datang dari lubuk hati. Sangat bermakna kepada diri dan yang terlibat serta semua yang melihat dan membaca.

Tiada yang lebih terkesan dalam jiwa dan minda bila ianya menjadi nyata, terpampang di depan mata, menjadi santapan semua.

Di tempat ianya digantung, ia ditatap insan sekeliling. Moga dalam entry ini dan di FB ia menjadi tatapan dunia.

Bersemi dan berseni.

Penuh makna dan mengujakan.

Beib akan terus terkenang dan teruja dengan ayat-ayat di...
...reka khas dan berseba B
memberi motivasi pada semu A
bukan sekadar ikla N
bukan sebagai guraua N
THE ONLY CONSTANT IS CHANG E
...sesuatu yang sangat hebat kepada diri dan insan yang seda R

* adakah aku akan berpeluang untuk berwarwar begini lagi..?

4 comments:

cbm.. said...

HAYMM..
selagi hayat..minda tetap terbuka untuk membantu memberi idea dan bertukar pendapat, berkongsi kisah malah berbahas.

tkasih tidak thingga..akan dikenang selagi banner tergantung, walau lusuh dan usang..namun yang tercatat abadi selamanya di minda.
tkasih kerana tetap diberi peluang dan ruang disitu ..


**anak murid Munsyi Dewan kata.. SEHELAI banner..seperti tidak sesuai..patut dirujuk kepada Tuan Munsyi Dewan jika berpeluang bermuzakarah dengan beliau dimana2 majlis ilmu..

**diri anda wujud sebati terserap abadi di kelopak matahari..

Rashid said...

salam

kata-kata itu penuh bermakna jika ia dibaca dihayati dan bukan sekadar di lihat kosong..

p/s- lama menghilang .. syukur kembali jua ..

BEiB said...

cbm....
Sesungguhnya yg lusuh usang hanya banner, kata-kata tetap utuh dan kekal hgg akhir hayat.
* SEHELAI banner/kain rentang
* selagi ada matahari...
terima kasih atas segalanya..
dikenang hgg akhir hayat.

BEiB said...

salam...cg R.
TQ...kata-kata untuk dihayati dan diamali.

*kembali untuk mencurahkan rasa yg lama terpendam..moga sentiasa disokong.