Tuesday, October 27, 2009

Pilihan Harus Pasti : Keputusan Cukup Kritikal

Tambatan D'Raja, KB...penanda bagi pasang surut emosi

Assalamualaikum / Good Day.....

Fax datang silih berganti hari ini. Kedua-duanya memerlukan kehadiranku. Satu di Kota Bharu (KB) dan satu lagi di Langkawi.Kedua-dua lokasi yang amat biasa diadakan mesyuarat dan bengkel. Pilihan mesti dibuat kerana tarikh yang bertindih, serentak. Keputusan agak kritikal kerana melibatkan logistik, kos dan personel. Aku mulanya kaget, kemudian reda kerana terfokus.

Jabatan mengadakan Mesyuarat/kursus Peningkatan Profesionalisme dari 1-3 November di KB. Kursus yang sentiasa diadakan hampir setiap hujung tahun. Ada kalanya klise. Namu kalau aku hadir, aku akan mencari kelainan yang ada dalam kursus tersebut manakala yang klise aku akan jadikan pengukuhan. Aku kena positif.

Siri ceramah dan perbengkelan akan memantapkan pengurusan dan pentadbiran pendidikan di sekolah. Refresher course sebegini perlu agar peningkatan potensi dan kemantapan serta konsistensi pengurusan sekolah sejajar.

Ada yang ke sini...2 dalam 1...
tugas dan santai di lapangan...sangat beruntung

Undangan kedua, ke Langkawi dari 2 - 5 November. Ini dari salah satu Bahagian Kementerian. Pemetaan Transformasi Kurikulum PSV 2010. Ini yang aku dambakan. Lanjutan mesyuarat/bengkel sebelum ini.

Sangat teruja. Aku mahu tinggalkan sesuatu dalam dokumen penting pendidikan negara sebelum aku bersara. Baca sini dan sini.

Kurikulum dan Sukatan Pelajaran PSV, dua dokumen yang membantu membentuk insan. Menjadi panel think thank dalam penggubalan kurikulum baru PSV untuk Sekolah Menengah seluruh negara adalah satu penghargaan. Peluang yang jarang diperolehi. Pengalaman dan pengetahuan yang sekelumit ini mahu dikongsi dalam pembinaan kurikulum tersebut.

Kedua-duanya penting tetapi pilihan harus dibuat. Sebait kata Kenny, Remy dan Martin dalam lagu mereka, Suratan atau Kebetulan.

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan

Mengapa sering terjadi

Pilihan tak menepati


Aku berharap sangat agar pilihanku tepat. Sumbangan tetap diberikan, namun prioriti perlu juga diambil kira.

Ada seorang teman yang dipelawa berulang kali untuk menyertai panel kejurulatihan tetapi kata putusnya aku tidak pasti.
Awalnya, dilema.
Dengar desas desus, terima.
Terpujuk, sentimen, accommodating, malu alah atau sudah di depan mata?
Tepuk dada, tanya hati.
Tugas lapangan dan santai....seiring, bersama.
Diri sendiri lebih mengetahui.
Moga kesejahteraan dan keselesaan ada bersama.

Aku?
Perlukah aku beristikharah?

Beib berharap tidak tersalah...
..atau sila P
dalam membuat pilihan yang seras I
berdasarkan aka L
bukan emos I
selainnya...serah kepada ALLA H

4 comments:

azza_irah said...

kadangkala kita punya ruang dan peluang tapi kita tidak diberi kesempatan.

kadangkala kesempatan/masa ada..tetapi peluang tidak datang..terdapat halangan dan kekangan yang memaksa kita memandang saja dari kejauhan sedangkan hati meronta untuk berada dalam senario itu.

namun wl bagaimana situasinya, keputusan tetap perlu dibuat. jika rasa sgt keliru dan semangat sudah hilang..mgkin solat istikharah mampu membantu..

carilah ketenangan dalam hati..bukan hanya dengan tenang di riak wajah..

doa sentiasa mengiringi..semoga sentiasa membuat pilihan yang tepat..

BEiB said...

ia...
ruang, peluang, kesempatan...semuanya perlu direbut kerana kadang-kala ianya berlalu dan takkan kembali lagi:
Kata bijak pandai...
Once in a life time..
There's no second chance..
Keberanian mengambil risiko dengan tekad dan azam yang tinggi akan tentunya membuahkan hasil yang diingini...
Beranikah kita..?

azza_irah said...

anda takut..?

BEiB said...

azza:
Takut?
Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai..
semuanya :
calculated risk..