Wednesday, February 25, 2009

Rutin yang terencat...

menunggu MH1327

Assalamualaikum / Good Day.....

Meninggalkan meja jepun yang mengalas laptopku serta orang yang tersayang selama 10 hari bukanlah sesuatu yang aku inginkan.
Namun tugas dan tanggungjawab perlu dipikul. Amanah juga turut dikendong.
Jemputan oleh satu Bahagian KPM untuk mesyuarat penting aku sambut dengan tangan terbuka. Ini sudah masuk kali ke 7 aku terlibat dengan program ini. Aku rasa dihargai.
Aku juga amat berharap agar dapat bertemu rakan lama dan kenalan baru di tempat mesyuarat nanti.

bagasi 10 hari

Ini merupakan satu lagi sumbangan kerdil dariku untuk anak bangsa dan generasi Ulul Albab.
Pemergian ini walaupun selama 10 hari dan tidak sejauh ke Sawalunto, Indonesia, ianya tetap memberi impak yang mendalam.
Rutin akan terbantut, namun interaksi tetap dituntut.
Dalam apa jua situasi, usaha dan ikhtiar perlu dibuat supaya rutin tidak
terganggu dan konsentrasi tetap tekal.
InsyaALLAH, kematangan mengatasi emosi, walaupun teringat dan teringin.

Beib akan menginap di...
... sini selama 10 hari untuk bertuga S
memerah keringat, berdiskusi, menjustifikasi, meransang mind A

1 comment:

azza_irah said...

tahniah..
kali ke 7 terlibat bermakna kepercayaan diberi tidak berbelah bagi. kebolehan diaplikasi dan kemahiran semakin terasah.

rutin yang terencat cuma kekangan kecil yang nyata boleh diatasi dengan kecanggihan teknologi terkini. kata orang jika sayang tinggal2kan..

umpama notakaki di satu entry..
"jarak yang jauh bukan pemisah utk berkomunikasi, kadangkala ia membantu memarakkan lagi rasa rindu di hati.."

tentu saja org tersayang memahami tugasan yang diamanahkan asalkan niat dan hati tetap kental sehingga ke akhirnya..