Sunday, February 15, 2009

Rayuan - Rosak- Sabar

Assalamualaikum / Good Day.....

Selesai Bengkel ETP jam 2 petang, aku dan KakWan bergegas ke Pejabat Datuk Bandar, Bandaraya Kuala Terengganu di tingkat 7 bangunan PERMINT.
Kami diminta hadir untuk membincangkan isu pengurangan bayaran cukai taksiran berdasarkan rayuan yang telah kami hantar beberapa bulan lalu ke Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Ini berdasarkan kepada pemberitahuan yang disiarkan dalam laman web rasmi MBKT:

Bantahan Terhadap Notis Kadaran


Seseorang yang terkilan dengan cadangan nilai tahunan di dalam notis kadaran, bantahan boleh dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Mesyuarat Rayuan Cukai

Pemilik hartabenda yang membuat bantahan diberi peluang menghadirkan diri di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai dalam Mesyuarat Rayuan Cukai bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya. Sekiranya pemilik tidak dapat hadir dalam mesyuarat tersebut, pemilik boleh mewakilkan orang lain bagi pihak dirinya dengan syarat wakil tersebut hendaklah mengemukakan 'Surat Kuasa' yang telah ditandatangani oleh pemilik tersebut. (rujuk sini)

Kehadiran kami pada jam 2.30 petang disambut oleh pegawai-pegawai dari MBKT dan dijemput masuk ke bilik mesyuarat.
Sedia menanti di dalam ialah Dato' Hj. Mat Razali bin Kassim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta pegawai-pegawai yang lain.

Datuk Bandar MBKT (kiri sekali)

Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh Datuk Bandar. Beliau memberi peluang kepada yang hadir untuk mengemukakan bantahan dan komen. Aku turut mengemukakan alasan mengapa cukai taksiran bagi kediaman kami harus dikurangkan.
Antaranya:
1. Sistem perparitan yang tidak memuaskan.
Limpahan air hujan sering memenuhi longkang. Ini ialah kerana tiada longkang besar yang mengalirkan air hujan keluar dari kawasan perumahan kami. Jika hujan berlarutan 2 atau 3 jam, jalan di hadapan rumah akan dipenuhi air kerana water table atau water level sudah meningkat.
2. Kutipan sampah.
Tong sampah yang agak jauh dari premis serta kutipan yang tidak konsisten.
3. Potongan rumput
Rumput di bahu jalan tidak dipotong dengan konsisten dan terlalu lama jarak antara setiap pemotongan. Adakalanya sehingga 3 bulan.
Aku kemukakan semua ini untuk menjustifikasikan pengurangan cukai premis kami.
Alhamdulillah....semua diambil perhatian oleh pihak MBKT.
Kami perlu menunggu keputusan rayuan dalam masa 2 minggu dari sekarang. Kesabaran perlu.
Moga rayuan diterima dan perkhidmatan MBKT bertambah efisien.


Pegawai-pegawai MBKT dan empunya premis yang hadir dalam mesyuarat memerhatikan aku mengemukakan hujah.

Ini pula kisah handphone aku yang rosak tempohari sebagaimana yang aku catatkan di sini.
Oleh kerana terlalu lama masa yang diambil untuk dibaiki, aku terpaksa dapatkan yang baru seperti foto di atas. Yang penting bagi aku ialah ia mempunyai 3G serta lain-lain features yang asas. Tidak terlalu sofiskated dan user friendly.
Utamanya: Murah tetapi Menarik.
Dah lama aku pinjam handphone Nokia 6070 Acik sebagai ganti sementara dan dia menggunakan Motorola Ambassador yang antik tu. Kesian Acik, aku kena pulangkan pada Acik.
Dalam pada itu Nikon D60 aku pulak buat hal.
Kamera yang berusia 8 bulan ini tidak boleh di 'on' kan juga. No power. Terpaksa hantar ke kedai semula. Nasib baik masih dalam warranty.
Nampak gayanya dalam sebulan ini ada beberapa gadget elektronik aku yang menimbulkan masalah.
Aku tetap terima dengan berlapang dada. Hakikat barang buatan manusia memang begitu. Rosak dan tidak kekal lama.
Moga isu-isu yang begini terus menjadikan aku lebih matang, sabar, waras dan wajar.

Beib selalu berdoa agar lebih...
wara S
dalam apa-apa jua dilem A
tidak melulu tanpa seba B
memikirkan secara saksam A
agar perbalahan dapat dihinda R

2 comments:

ILA said...

Salam buat Pak Beib...yg nun jauhhhhhhhhh..di sanaaaaa..huhukk..

ahaaa..akhirnya..sony ericson gakk..yg mjadi pilihan mu..
ila sedang menunggu rezki lebih utk mdapatkan 3G punya..talian udah ada;)

ohh.ye..berkait dgn cukai tu..benar ke bila kita buat renovation pd sesebuah rumah nilai cukai tanah akan turut berubah juga??sila beri pnjelasan..;)

azza_irah said...

salam..
masa perlu diambil utk memilih/berfikir mana yang terbaik dan selesa..user friendly..

menerima sesuatu/perkara dengan berlapang dada memberikan kita ruang yg cukup luas dan selesa utk berfikir secara waras/wajar..

kesabaran dan ketenangan pasti menghasilkan sesuatu/keputusan yang positif/baik ..