Monday, February 2, 2009

Ada gaya ka..?

Assalamualaikum / Good Day.....
Salah satu aktiviti yang biasa dijalankan di sekolah- sekolah, rendah atau menengah, ialah kokurikulum.
Aktiviti kokurikulum merujuk kepada aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan aktiviti berpersatuan, agak lasak dan mungkin memerlukan kemahiran tertentu.
Kegiatan luar darjah ini berupaya untuk memberikan satu perspektif dan impak baru kepada pelajar dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Kelebihan menyertai kegiatan ini turut dipaparkan di dalam media massa dan membuktikan manfaat menyertainya. Jadi, pembabitan pelajar dalam kegiatan ini memang membawa pelbagai impak positif dalam kehidupan mereka.
Untuk mencapai matlamat tersebut, pendidik juga harus berupaya menampilkan sikap yang positif. Salah satu caranya ialah dengan memastikan mereka cukup ilmu dan lengkap dalam pelbagai kemahiran selain dari mempunyai uniform.
Inisiatif inilah yang aku kena ambil untuk memastikan matlamat kokurikulum tercapai.

Uniform yang lengkap akan meningkatkan self- esteem si pemakai. Dengan harganya agak tinggi, ia memberi impak yang mendalam kepada pelajar agar lebih menghormati si pemakai. Kuasa dan authority ada bersama uniform.
Pangkat dan aksesori yang menambahkan seri pada uniform. Nampak kemas dan hebat.
Melengkapkan uniform agar menepati spesifikasi dan kehendak badan beruniform tersebut.

Lengkap berpakaian nombor 1 dan bersiap sedia menjalankan tugas. Segak dan bergaya.

*Teringat: pernah menganggotai Pengakap, brass band dan Kadet Bersatu Malaysia semasa di KSAH 1970-1975.

Beib harap dapat jalankan tugas dengan...

penuh tanggung jawa B
taat dan seti A
penuh dedikas I
kemas dan sega K

4 comments:

azza_irah said...

tengok uniform no 1 teringat pulak waktu abg aktif dalam KRS dl..uniform tu masih tergantung dengan rapi dlm almari sehingga kini..

BEiB said...

azza...
uniform melambangkan kuasa dan wibawa.
Kerapian beruniform mendisiplinkan diri.Jangan biarkan tergantung, azza boleh ambil alih...heheh

Anonymous said...

ni uniform pa?..xpenah tgk pon..kat skoloh TB dulu...ke sy yg dok aktif..hehehe

Rashid said...

wah smart dan penuh bergaya.

Tabik tuan kapten..