Sunday, January 20, 2008

Tanah Tinggi

Bersama Zolphin membincangkan aturcara
Assalamualaikum / Good Day.....
Mesyuarat JK JU Seni Visual yang diadakan baru-baru ini telah bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat dan sesi perbengkelan bahan di Cameron Highlands(CH).
Selaku S/U, aku turut gembira kerana dapat bersama lebih kurang 30 orang rakan-rakan seni selama 3 hari berkampung di sana.
CH pernah aku lawati beberapa kali dan rasa teruja tetap ada bila menyebut tentangnya.
Entah kenapa, suasana dan environmen di sana begitu hening sekali bagiku.
Harapanku agar keheningan dan kedinginannya masih kekal.
Kali terakhir aku ke sana bersama famili ialah dua tahun dahulu.
Masih dinginkah lagi? Adakah kehijauan dan kesegaran tetap kekal? Gembirakah aku ke sana nanti?
Nak tengok juga Gunung Brinchang (2,031m), adakah masih berdiri gagah atau telah ditarah oleh manusia yang tidak bertanggunjawab.
Masih hijaukah Ladang Teh di Sungai Palas?
Segarkah lagi bunga dan sayuran di Kea Farm?
Adakah pekan-pekan seperti Ringlet, diikuti oleh Tanah Rata, Brinchang, Kea Farm, Blue Valley,Tringkap, Kuala Terla and Kampong Raja masih rustic dan laid back seperti dulu?
Aku juga ingin menikmati lebuh raya baru sepanjang 260km bernilai RM316 juta, yang menghubungkan Kuala Berang di Hulu Terengganu dengan Simpang Pulai dekat Ipoh yang dikatakan ada jejambat bagi binatang menyeberangi lebuhraya. Huh! hebat.
Zolphin, sahabatku, yang telah melalui lebuh raya ini bulan lepas menyatakan bahawa keindahan alam semula jadi di sepanjang lebuh raya ini menakjubkan.
Moga perjalanan kami dari 31 Januari - 2 Februari 2008, selamat dan berjaya serta memberi manfaat kepada pendidik dan anak didik dalam bidang Seni Visual dan Muzik.
Beib kepingin untuk menikmati...
alam semulajadi yang membuat kita rasa segar dan sihat T
melawat pelbagai tempat menarik termasuk Rose Centr E
merehatkan minda, menghilangkan lela H

2 comments:

mad.redo1 said...

bilakah agaknya mad redo1 nak sampai Cameron Highlands nih? Linda ku sudah berkeping2 fotonya di sana, namun mad redo1 masih yillek!

nanti nak buat consultation dengan BEiB tentang highway tuh, Linda cadang nak gi Taiping masa cuti CNY, fee kita boleh settle during teh tarik & kopok lekor... hehehe...

BEiB said...

tu laa mad...Matrix gagah naik CH tu..bawa la AKes gi...
Gi CH pastu baru lajak ke Taiping, dating kat Lake Gardens...huh..nice entry for ur blog mad...heheh