Assalamualaikum / Good Day.....
Merehatkan minda memberi banyak manfaat. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan tanpa mengerahkan keringat dan memerah otak yang banyak. BBQ adalah salah satu daripadanya.
Ianya menyeronokkan, juga mengajar kita erti kesabaran dan kerjasama.
Ada nilai atau sifat-sifat positif lain yang boleh kita terapkan secara langsung atau tidak langsung.
Selain dari mengeratkan silaturahim antara anak beranak, ia juga melahirkan kemesraan dan keintiman suami isteri.
Dengan ruang dan peluang yang ada, kami sefamili ber BBQ di LamaNyaman meraikan Tahun Baru 2008, Perisyhtiharan KT sebagai Bandaraya Warisan Persisir Air dan Maal Hijrah @ Awal Muharram.
Ini juga merupakan aktiviti keluarga bersama sebelum Abang dan Qaqaq balik ke kampus masing-masing di KL bagi meneruskan pengajian.
'BBQ grill' menggunakan arang kayuAdeq menghidangkan air, sopan gadis Melayu gitu
Kak Wan dan Qaqaq sibuk 'grilling'Adeq, Qaqaq dan Papa mengipas api arang
siap posing lagi
Daging ayam yang menyelerakan
Abang dan Adeq menjamu selera
Seronok juga melayan karenah anak-anak ni...
Beib suka.... daging bakar atau panggan G
letakkan sos tomyam yang cai R
samada sos tomato atau cil I
cicah atau gau L
letakkan sos tomyam yang cai R
samada sos tomato atau cil I
cicah atau gau L
makan sekadarnya dan pastikan hala L
5 comments:
Salam Beib dan family...
Bestnyaaaaaaaaaaa... ni yang tak sabar nak menetap terus kat Mesia nih, dikelilingi ibu bapa, adik-adik dan anak sedara. Boleh berkumpul di hujung minggu mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Gembira dan cemburu melihat keakraban Beib sekeluarga... semuanya, terletak pada nakhoda sesebuah bahtera, kan Beib kan?
BeiB...fuyoo, my saliva is drooling...ishk ishkk look really delicious your BBQ tuh..must be yummilicious really! did you add lemon grass as well when you marinate?
A very good quality time that you have with family,showed a good example of parenting!!
ehem... apsal tak sampai jemputan kat mad redo1 nih... mentang-mentang kita dok kat seberang ke... hehehe...
OD...
Ala..dok kat Aussie pu ok per..?
Macam ni laa.. kita swap nak?
U come back here, we go there..mutual..heheh
TQ kerana gembira dan cemburu..heheh
Nakhoda pun kena hati hati takut kena 'mutiny'..heheh
Noushy..
Yeaaa...really mouth watering..yes...bit of lemon grass and mayonise makes the chicken 'hand licking good'
You too will make a family woman, one day...heheh
mad redo1...
Jemputan hampir sampai ke seberang tapi sebab ada baroh, tersangkut sikit...heheh..
wah..x jmput pon..
Post a Comment