Tahun baru 2008 disambut sederhana tapi meriah di KT. Ketibaan 2008 menjanjikan pelbagai peristiwa menarik di Terengganu sepanjang tahun.
1 Januari 2008 merupakan hari diisyhtiharkan Majlis Bandaraya KT (MBKT), Bandaraya Warisan Persisir Air.
Penduduknya yang seramai 357,256 dan lokasinya di muara Sungai Terengganu serta berhadapan dengan Laut China Selatan menjadikan KT sebuah bandaraya yang unik.
Di muara sungai ini jugalah sejak tahun 2005, Piala Monsoon @ Monsoon Cup pertandingan perahu layar bertaraf dunia, diadakan.
Majlis pengisyhtiharan MBKT dijalankan serentak dengan Pelancaran Kempen Tahun Melawat Terengganu 2008 di Dataran Syahbandar, KT.
Jangan lupa, SUKMA XII Terengganu juga akan diadakan mulai 31 Mei hingga 9 Jun.
Warga KT turut sajikan dengan pelbagai persembahan termasuk pertunjukan bunga api, kereta berhias dan konsert.
Tapi aku di mana waktu itu?
Tapi aku di mana waktu itu?
Bersama Kak Wan, Acik dan Adeq di terminal bas Transnasional, Gong Badak menghantar Qaqaq balik ke kampusnya di KL setelah hampir lima minggu bercuti.
Hujan yang turun tak berhenti sejak awal pagi turut membantutkan rancangan kami untuk menyaksikan persembahan dan pertunjukan di bandaraya KT, selain dari jangkaan akan berlaku 'jam' yang teruk. Ini kena refer kat mad redo1.
Walau pun tidak turut serta secara langsung, kami masih dapat melihat pertunjukan bunga api dari jauh.
Nak tengok foto-foto lain perarakan dan bunga api sila mampir kesini (dengan izin mad redo1..heheh)
Beib turut gembira dan bangga menjadi warga Bandaraya...
Warisan Persisir Air yang uni K
moga rakyatnya aman dan selama T
moga rakyatnya aman dan selama T
4 comments:
izin, izin... BEiB punya pasal no hal punya... bila ada kelapangan nak pekena keropok dengan teh O kat 'Laman Nyaman' nih... hehehe...
OD pun izinkan... gegegegegege... saja nak kena penampor Jepun OD nih... huhu...
Beib, salam. Tahniah Beib. OD dah ucapkan tahniah kat Mad Redo 1 gak. Beib tak mo tanding jadi Lord Mayor ke? Leh OD tolong melobi... gegegegegege...
Mr mad..
Kita pekena kropok bila masanya sesuai...
TQ..good photography..
OD..
Jawatan LM tu bagi kat org2 tua jer ..Kita org muda nak enjoy lagi...heheh
Kami tau hobi OD ialah melobi selain dari makan ubi...heheheh
Post a Comment