Assalamualaikum / Good Day.....
Dalam cuaca yang tak menentu begini, kadang-kadang kita mudah dijangkiti penyakit. Kejap panas dan kejab sejuk menyebabkan suhu badan tak menentu.
Peningkatan suhu dalam badan yang melebihi 37.5 darjah Celsius boleh menyebabkan seseorang itu demam.
Sementara, bagi mereka yang kurang anti-body, bakteria dan virus mudah menyerang lantaran sistem imunisasi gagal mengenalpasti dan meneutrulisasi objek-objek asing.
Inilah yang terjadi pada Adeq.
Menanti untuk didiagnos
Dah dua hari suhu badannya panas. Aku cuma berikan dia paracetamol cair yang aku beli di farmasi. Aku berharap agar bahan analgesic and antipyretic yang terdapat didalamnya dapat melegakan demamnya. Namun, kurang berkesan. Terpaksa juga aku membawanya ke Klinik An-Nisa' yang terletak di Pekan Batu Enam, lebih kurang 4 km dari rumahku.
Adeq di depan klinik selepas dirawat
Apa yang menarik ialah Doktor Che Faridah, merupakan bekas pelajarku ditahun 1980'an.
Malah aku pernah menjadi jurulatih olahraga untuk daerah KT Utara (KTU) dan MSSM Terengganu di mana Dr. Che Faridah, yang lebih mesra dipanggil Kak Long, mengambil bahagian dalam acara lontar peluru dan cekera.
Tapi yang paling manis ialah bila dia menjadi Kapten pasukan bola jaring sekolah dan daerah KT U yang telah berjaya menjuarai bawah 18 tahun negeri Terengganu dibawah bimbinganku pada tahun 1983.
Kenapa? Tak percaya ke aku merupakan jurulatih bola jaring daerah KTU pada waktu itu? Malah aku pernah ditawarkan sebagai jurulatih bola jaring negeri. Jangan terkejut ! Heheheh...(aku akan cuba imbas dan muatnaik foto-foto nostalgik tu nanti)
KakWan diperiksa tekanan darah, Adeq merenung mercury manometer
Keakraban kami kekal hingga kini.
Tahukah kalian caj rawatan di kliniknya untuk aku sekeluarga ? Biasanya antara RM15 - RM20 untuk demam dan sakit-sakit biasa.Mungkin kerana aku ni pernah menjadi sifunya, pada tahun 2003 semasa kami sefamili hendak menunaikan Umrah (klik entry ini) dan perlu disuntik (meningococcal vaccines) iaitu anti meningococcus W135, aku tidak diminta membayar sesen pun untuk suntikan tersebut.
Bayaran satu suntikan sepatutnya ialah RM75.00.
Jumlahkanlah dengan enam orang!
Permintaannya kepada kami ialah sedekahkan beberapa kitab suci AlQuran di Masjidil Haram
dan Masjidil Nabawi.
Alhamdulillah...Itu telah kami tunaikan.
Sesungguhnya, Dr. Che Faridah merupakan antara bekas pelajar kebanggaanku.
Beib bangga Kak Long menjadi seorang...
yang berbakti tanpa ha D
membantu insan sokmo sokm O
merawat sakit, demam, bengka K
mengesyor rawatan dan uba T
sesuai dengan jawatan sebagai M O
moga jasa baikmu sentiasa subu R
membantu insan sokmo sokm O
merawat sakit, demam, bengka K
mengesyor rawatan dan uba T
sesuai dengan jawatan sebagai M O
moga jasa baikmu sentiasa subu R
2 comments:
sekali lagi, mad redo1 memohon maaf mengganggu tidur di pagi khamis yang lalu.
komen entri ini: sememangnya seorang guru pasti akan berasa bangga apabila melihat anak didiknya berjaya, cuma harapannya janganlah terjadi pula ibarat 'kacang lupakan kulit'...
mad redo1...dah bangun subuh pun...heheh..
setakat ni Alhamdulillah tak terjumpa lagi bekas anak didik yg sebegitu..
Moga tidak akan ada yg begitu..
Post a Comment