Friday, January 4, 2008

Jengkel Jelik

Amati kapsion yang tertera
Assalamualaikum / Good Day.....
Terkedu melihat gelagat segolongan anak muda KT sebagaimana yang disiarkan dalam beberapa blog dua tiga hari ini.
Aku sendiri rasa malu dan kalau boleh tak mahu memaparkan foto-foto mereka yang menjelik dan menjengkelkan itu.
Memaparkan foto aksi mereka akan menjadi satu iklan mempromosi kumpulan mereka pulak.
Biarlah aku paparkan satu sahaja agar tak membazir ruang blog aku. Ini pun hanya sebagai maklumat dan pengajaran. Yang lain-lain anda boleh tengok dan baca komen di sini dan di sini.( dengan izin).
Apa sebenarnya yang hendak dicari dan dibuktikan?
Populariti? Tak nampak ada bakat pun... Nak tunjukkan kemewahan? Apa buktinya?
Nak tonjolkan 'glamour'? huh...lihat wajah dan pakaian masing-masing.
Nak menampakkan berilmu? jauh sekali..
Ini bukan pandangan menghina, cuma sedang menyoal diri apa sebenarnya yang dicari oleh puak-puak ini.
Cara dan gaya berpakaian nampaknya mereka macam dari kumpulan Punk. Bukan Skinheads atau Gothic .
Salah satu maksud Punk ialah A worthless person (Orang tak berguna). wiktionary.
Mungkin juga. Penampilan mereka pun seolah-olah cuba menjadi golongan modern primitive.
Di Barat, kumpulan seperti ini wujud kerana cuba menjadi penentang atau anti establishment. Ini bermula pada pertengahan 70'an di USA, UK dan Australia.
Seorang penulis, V.Vale, pernah menyatakan bahawa Punk was a total cultural revolt.
Memang, mereka ini mungkin cuba memberontak tapi ini bukan caranya. Agama dan budaya Melayu Islam tidak merelakan ini berlaku.
Apa pendapat anda?
Sedang anak-anak bangsa lain berlumba-lumba mencari ilmu di samping mengejar kejayaan dan kekayaan, anak-anak muda kita pula mengejar publisiti dan glamour yang menjatuhkan maruah agama, bangsa, keluarga dan diri.
Maka janganlah hairan jika pendatang asing dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Vietnam dan benua Afrika kian hari, kian ramai bertandang ke KT.
Mereka ingin memenuhi lompang rezeki yang ditinggalkan oleh anak-anak muda seperti ini yang cuma mau hidup dalam dunia hedonisme mereka.
Tahun Baru 2008 dan perisytiharan KT sebagai Bandaraya Warisan Persisir Air telah membuka lembaran baru dalam budaya nihilisme dan hedonisme ini.
Mereka sebenarnya sudah kehilangan jatidiri.
Ke manakah perginya warisan?....
Ya ALLAH....Jauhilah budaya ini dari anak cucuku...
Beib bertanya ...
apa lagi yang hendak dihara P
jika anak-anak muda ini tiada ilm U
maka hilanglah ima N
lenyaplah genggaman ekonomi dan politi K

8 comments:

nieja said...

wah gile btol diowang neh..

BEiB said...

Nieja jangan jadi gitu ek?
Be a good gal and a wonderful woman k? heheh

nieja said...

mintak dijauhkan la..;)

mad redo1 said...

most of the time one of the main reason they choose to be different is because they yearn for someone to give them attention and perhaps with the right way in engaging them, they will see find right path.

many of them I believe are doing this due to peer pressure rather than really believing in all these stuff.

that why, we can see a blend of everything in their way they dress, there are even in kL who we can categorised as Islamic Goth - with clothing that shroud all the aurat areas but carrying the Goth theme...

now, what do we say about that?

sorry BEiB, panjang lak pepagi nih... hehehe...

Unknown said...

Salam Beib...
OD setuju ngan Mad Redo 1. However, it's not an easy task to embrace them. Some are violent towards us. So, payah nak cakap. It's good if any organisation steps in and offers their help to guide them towards the right path. Biasanya,kita kutuk je dia orang ni tanpa cuba memperbaiki keadaan. It's high time for us to change our attitude gak to make sure those yang terpesong ni, berjaya kita tarik balik ke pangkal jalan, thus, menjadi insan berguna. InsyaALLAH.
What say you, Beib?

BEiB said...

mad redo1
Yup..they were there for show. They wanted attention. Most being influenced by what they see and herad thus, try to emulate without considering the consequences.
Whatever it is, to me it's just pure blatant ignorant.
OD..
Memang golongan ni kita kena hadapi secara berhemah.Peranan ibubapa AMAT penting.Orang ramai, NGO atau badan tertentu perlu dan wajar berbuat sesuatu agar gejala ini tidak merabak.
Darul Iman sudah dicemari keIMANan nya...
Our part? hilite the matter so that the powers that be will do something about it...positively.

Noushy Syah said...

I actually kinda agreed with you Beib...this is precisely a total blatant ignorant, trying hard to be different!! In order to get cheap publicity and attention...I don't think the peers would encouraged or support this kinda stuff! This is simply stubborn kids which still searching for their identity and perhaps either lack of guidance from the peers or refused to listen..but choosing the wrong directions.

So,the 2nd part of OD's opinion plays important role and significant...how to make them realize and bring them back!!

Anonymous said...

Asslkum Beib n yg lain2,

I've been impressed by your blog for ages but this issue just rubbed into me and has challenged for a comment.
All of your views are AMAT BETOI. Tapi the question is how do we contribute in reducing these unhealthy trends?
Easier said then done kan?
I'd say we MUST START ACTING WHAT WE ARE PREACHING TO THOSE WITHIN OUR REACH.
If 10 of us can reach n convinced 10 teenages each, that'll reduce 100 teenages from getting into these trends. If Nike can do it, why can't you???
JUST DO IT....
KODEN USJ6