Friday, May 25, 2007

Nak gi Mekah ke....?

Bersama famili menunaikan umrah 2003

Assalamualaikum / Good Day.....
Aku tertarik dengan apa yang dicoretkan oleh Kak Long mengenai keburukan merokok dalam entry nya 'Jangan mulakan...'.
Buat pengetahuan semua aku juga merupakan occasional smoker lebih kurang 20 tahun dulu. Cabaran Nazri, house mate ku, membuatkan aku berhenti dan memanfaatkan duit rokok tu. Ceritanya mudah je.. Pada suatu hari aku menyatakan hasratku untuk behenti merokok. "Buang duit aja hisap rokok ni...", kataku. Nazri agak skeptikal dengan niatku itu." Ala kau takkan boleh pergi Mekah dengan duit tu", katanya.
Tapi bagiku cabaran tu patut disahut. Kalau sehari RM 3.50, 30 hari dah RM105.00. Kalau setahun.. bukankah RM1,260.00. 5 tahun...dah hampir RM6,300.00.. Oih! boleh tahan juga.... Masa tu tahun 80'an, duit sebanyak tu agak sukar untuk disimpan atau dikumpul. Belanja pergi Mekah masa tu ialah RM6,900.00.
Alhamdulillah, duit rokok yang aku simpan dalam celeng (bahasa Terengganu) atau tabung selain dari simpanan tetap di Tabung Haji akhirnya membolehkan aku menunaikan fardhu haji pada tahun 1993. Tak banyak yang aku dapat simpan, tapi memadai membuktikan bahawa duit itu kalau di channel kan dengan betul serta pekin ( loghat Kedah - Nurlea besa dengaq kot) yakni sungguh-sungguh, akan membuahkan hasil yang tak disangka. Terfikir juga mana mungkin duit rokok boleh bawa kita ke Mekah kan? Tak percaya?.....Cuba sekali gok!

Beib nak pesan...




No point of being a smoke R
Just forget about that tobacc O
You're just taking a ris K
Start saying N O
and your health will be O K

4 comments:

Anonymous said...

katakan TAK NAK pd rokok

Noushy Syah said...

Neva too late if you do...:p

Rickywan said...

Say no for smoker's

Orked said...

Nak seribu daya...suami sy tak merokok tp tiap kali dia blk mengeteh, mesti kena tegur pasai bau badan dia ...bau asap rokok!

Adik ipaQ sy berenti merokok bila doktor tak mahu service gigi dia selagi dia merokok..dan dan tu jugak dia berenti!