Friday, September 21, 2007

Aku, Buku, Anakku

Di bilik mesyuarat
Assalamualaikum / Good Day.....
Jam 9.35 pagi tadi aku selamat sampai ke rumah dari KLIA.
Semalam, 20 September, aku dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat mengenai pengambilan pelajar baru untuk Sekolah Seni Malaysia 2008, di Putrajaya bersama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(JPJS), En. Abd. Ghafar bin Mahmud.
Semua ketua panel bagi bidang Seni Visual, Seni Tari, Seni Musik dan Seni Teater hadir membincangkan perjalanan pengurusan temuduga yang akan dijalankan diseluruh negara minggu depan.
Selaku ketua panel SV, aku kena selaraskan pergerakkan dan proses temuduga tersebut. Rumit tapi boleh dijalankan. Bagi aku, masalah logistik boleh diatasi jika perancangan dibuat dengan mengambilkira semua aspek. Perbincangan dan kerjasama perlu dalam hal ini. Kata orang, sepakat membawa berkat. Itulah intipati sebuah mesyuarat.
Habis sahaja mesyuarat jam 5 petang, aku bergegas ke KL Sentral menaiki ERL Transit untuk satu temujanji dengan anak-anakku yang sedang menuntut di KL ni.
Sesekali dapat peluang turun ke KL nak juga ambil kesempatan jumpa anak-anak. Sambil menyelam,sambil minum air, kata orang. Tapi dalam bulan puasa kena tunggu lepas berbuka baru boleh makan minum...
Sambil menanti kedatangan anak-anak ditempat yang dijanjikan aku sempat ke MPH, KL Sentral melihat dan membelek buku-buku baru. Antara yang ada, ialah buku tulisan OD kita,

Ajak Kadir Mencari Buku Sakti Kasyorga dan novel kanak-kanak karya Pezul@ Napiru: Dendam Naga Biru.
Aku cuba meminta kebenaran dari pihak kedai untuk merakamkan foto kedua-dua novel tersebut yang terletak bersebelahan di atas rak tapi pembantu kedai melarang aku dari berbuat demikian. Polisi kedai katanya. Aku amat faham.
Bangga juga rasanya melihat kedua-dua novel yang dikarang oleh dua insan yang aku kenali dalam alam siber ini. Semoga mereka terus berkarya dengan jayanya.
Aku?Berminat, tapi masih kurang mahir lagi dalam penulisan dan pengolahan idea. Time will come.
Dalam pada melihat-lihat susunan buku, aku terpikat pada sebuah buku yang ditulis oleh Jeff Davidson, 60 Quick Tips for Overcoming Procrastination mengenai cara-cara mengatasi sikap suka melewat-lewat, melambat-lambatkan dan berlengah dalam sesuatu urusan.
Aku sendiri kadang-kadang merasai bahawa aku ini seorang yang suka bertangguh. Banyak juga benda yang aku biarkan terbengkalai selama ini.
Moga buku yang berharga RM19.90 ini dapat memberi manfaat serta merubah cara pemikiran dan tindakan dalam kehidupanku. 142 halaman bukanlah halangan untuk menghabiskannya.
Antara petikan kata-kata yang merangsangkan ialah di halaman 31, "Challenges are what make life interesting; overcoming them is what makes life meaningful." - Joshua J. Marine. Manakala di halaman 8, " What we love to do we find time to do"- John Lancaster Spaulding. Menarik kan?
Aku harap aku dapat merubah sikapku kearah yang lebih positif.
Dua buah lagi buku untuk Adeq dan Acik aku belikan. Hannah Montana7: Nightmare on Hannah Street dan Meet the Robinsons - The Junior.
Memang setiap kali aku keluar daerah menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel, forum dsb itulah buah tangan aku untuk anak-anak. Selain dari itu, Famous Amos cookies, kegemaran Acik dan Adeq yang akan aku dapatkan di KLIA.

Ok...berbalik kepada temujanji dengan anak-anakku. Jam 6.40petang, kedua-dua anakku sampai dari kampus masing-masing dan kami terus mencari restoran yang sesuai untuk menanti waktu berbuka puasa.
Setelah melabuhkan punggung di restoran nasi ayam, TCRS, pesanan terus dibuat. Sementara menanti hidangan disediakan dan waktu berbuka masuk, kami berbual mengenai kehidupan kampus mereka. Dari cerita mereka berdua, nampaknya tiada masalah besar yang timbul.Mereka gembira menimba ilmu di IPT masing-masing.

Qaqaq dan Abang menanti waktu berbuka sambil bercerita

Aku berdoa moga anak-anakku akan terus maju dalam pelajaran mereka.

Waktu kualiti bersama mereka amat bermakna bagiku. Nasihat, sokongan, dorongan dan panduan aku berikan agar mereka sentiasa menjadi anak-anak yang semua ibubapa harapkan.

Dah masuk waktu berbuka

Abang...Qaqaq.. be good and take care always!

Jam 8.03 malam aku sudah berada dalam ERL KLIA Transit menuju ke tempat penginapan....

Beib cuba menjadi seorang papa yang...

faha M
mahu berkongsi cerit A
memberi dan menerima pendapat dan idea yang berna S
sambil menanamkan akhlak muli A

Tuesday, September 18, 2007

ULAR = Ular, LAman, Rambut

Pak Awang dengan kareer 20 tahunnya
Assalamualaikum / Good Day.....
Dah lima hari kita berpuasa, sekejap saja rasanya. Mungkin kerana dah terbiasa, rasa letih atau penat bukan lagi perkara yang difikirkan. Aktiviti kehidupan seharian berjalan seperti biasa. Aku buat apa-apa yang biasanya aku lakukan setiap petang, samada membersihkan laman atau membaca apa yang patut.
Semalam, aku ke Kedai Gunting Rambut Pak Awang dekat Kampung Tok Jiring, yang aku langgani selama lebih dari tujuh tahun. Sebelum ini, tempat gunting aku ialah di Paloh, 10 kilometer dari rumahku. Tukang gunting rambut yang ini cuma 3 km saja dari rumahku. Mudah dan murah. RM4.oo sekali gunting. Murah kan?
Aku taklah 'fashionable' sangat sampai nak pergi ke saloon dan bayar RM 40 -50 semata-mata nak potong rambut. Banyak benda yang boleh dibuat dengan duit sebanyak itu. Paling tidak, aku boleh guna untuk isi minyak kereta Peugeot 405 aku untuk ulang alik ke tempat kerja selama 5 hari. Tak percaya? tempat kerja 8 km saja dari rumah. Yang penting rambut pendek, duit jimat.
Ok..ni nak cerita pasal ular pulak. Syukur, kerana tiada seorang pun ahli keluargaku yang dicederakan oleh reptilia ini pagi ini. Aku menerima SMS dari Kak Wan, isteriku yang menyatakan dia menerima SMS dari kontraktor yang sedang membaiki rumah kami bahawa ada seekor ular tedung senduk menyelinap dibawah bahan binaan disebelah pintu utama rumah kami.

Reptilia yang berbisa

Reptilia sebesar ibu jari kaki dan sepanjang lebih kurang 40cm itu hampir memagut kaki sikontraktor tu bila dia hendak mengambil bahan binaan. Mujurlah dia terdengar ular itu berdesir. Ular itu mati diketuk dengan buluh yang kami gunakan untuk menyangkut pelita raya. Mungkin benar kata orang tua, pantang ular dipukul/palu dengan buluh, akan cepat matinya. Aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya haiwan tersebut. Barangkali kerana water feature kat lamanku yang kini banyak dihuni oleh katak dan kodok. Banyaklah makanannya kat situ.

Water feature yang menjadi tempat mainan katak

Walau apapun, Alhamdulillah...tiada siapa yang menjadi mangsanya.Oh ya...lamanku dah 90% siap, cuma sedikit pokok hiasan dan pemasangan lampu yang belum selesai. Aku harap dalam seminggu lagi semuanya akan beres....Tak sabar rasanya..



Beib geli dengan...
ular atau dalam bahasa Tamil, 'pamb U'
ada kata ia bawa sia L
tapi yang paling takut ialah bisany A
moga kita dijauhi dan terhinda R

Saturday, September 15, 2007

Tak puas-puas puasa....

Bertadarus bersama Pengerusi Surau AlMuttaqin, Abang Ahmad Awang
Assalamualaikum / Good Day.....
Firman Allah s.w.t
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (QS Al-Baqarah : 183)
Ramadan datang lagi dan kenikmatan berpuasa hanya terasa bila kita mengalami dan menghayatinya. Jika setakat menunaikan ibadat puasa semata-mata kerana ikutan maka ia takkan memberi makna yang sewajarnya.
Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa. Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.
Mengaminkan doa seletelah selesai solat Tarawih dan Witir
Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih.

Aku dan sahabat-sahabat bertadarus

Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid atau surau untuk menikmati juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.

Menikmati moreh beramai-ramai

Aku dan sahabat-sahabat sebagaimana biasa setiap tahun memanfaatkan bulan Ramadan dengan bertarawih dan bertadarus di Surau Almuttaqin di kawasan perumahanku. Kehadiran ramai jemaah termasuk kaum wanita dan kanak-kanak menyemarakkan malam-malam di bulan Ramadan. Kemeriahan dan keikhwanan memupuk semangat kejiranan yang utuh.
Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.
Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.
Hadis Puasa - Abu Hurairah (ra) telah meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi Jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: 'Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar(di dunia) dan akan mendatangimu.' Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini) akan diampunkan. " Maka sahabat-sahabat Rasulullah (saw) pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah (saw): "Tidak, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah dia menyempurnakan tugasnya. "

Beib...

amat berhara P
puasa dapat mengawal nafs U
merasa insaf dan terhindar dari segala dos A
dijauhi syaitan dan ibli S
mendapat keredaan daripadaNY A

Monday, September 10, 2007

KONVO abang

Bersama anak lelaki sulung, SYAFIQ meraikan konvonya
Assalamualaikum / Good Day.....
Hari Sabtu 8 September, aku dan mem berlepas ke KL untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Keempat UniKL di mana anak sulungku SYAFIQ akan menerima Diploma of Engineering Technology in Mechanical Design and Development dari UniKL MSI. Majlis diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Qaqaq, mama Wan Kelsum, Abang Syafiq, papa

Sebagaimana aku menerima scroll pertamaku 18 tahun dulu, begitu jugalah terujanya anakku menerimanya.
Bagiku hari yang penuh bermakna bagi anak-anak patut kita raikan bersama , apatah lagi diadakan di venue yang sehebat dan gah ini. Bukan sembarangan dan mudah bagi kita untuk dapat menjejakkan kaki di PICC ni. Sekurang-kurangnya dapat juga peluang menikmati comfort dan infrasruktur yang canggih dan mewah serta menghayati sistem audio videonya yang hebat.

Bersama mama, Qaqaq, Sepupu - Kak Su dan Abang Mie

Aturcara majlis grand dan penuh bermakna. Sidang kedua ini bermula pada jam 8.40 pagi dengan perarakan masuk para graduan, staf akademik dan perarakan utama yang mengiringi YB Brig. Jen. (B) Dato' Seri Abdul Hamid Zainal Abidin selaku Pengerusi MARA merangkap Pro Canselor II UniKL.

Selepas bacaan doa, pengisytiharan pembukaan semula majlis konvo kali keempat UniKL dilakukan oleh beliau.
Seterusnya ucapan oleh YB Prof. Dato' Dr. Abdul Hakim Juri, Presiden/CEO UniKL dan diikuti oleh ucapan Pro Canselor II UniKL.
Majlis gilang gemilang berlangsung dengan meriah dan penuh adat istiadat akademia.
Teruja aku melihat anak-anak muda menerima scroll masing-masing setelah bertungkus lumus selama tiga tahun menimba ilmu.
Buat anakku SYAFIQ...keep up your good work and deeds. Be on stage again in two years time for your Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Product Design.
I'm proud of you. My doa and blessings always for you..

Beib feels proud of his...
attitude and deed S
respect and obedient to O
May ALLAH bless him and makes him a REAL MA N

Thursday, September 6, 2007

Sibuk Sana Sini Seni...

Anda akan lihat papan tanda ini di GBR sahaja

Assalamualaikum / Good Day.....
Sejak balik dari mesyuarat pasal Sekolah Seni anjuran JPJS dan LPM minggu lepas (26-30 Ogos), aku sempat berehat sambil menyambut Kemerdekaan ke 50 negara tercinta selama 3 hari.
Hari isnin aku dipanggil lagi untuk membantu PPK dalam menyiapkan Buku Sumber Guru PSV (BSG) dari 3 - 6 September 2007 di sebuah hotel di KT. Sambil menyiapkan bahan BSG untuk topik LUKISAN,CATAN, CETAKAN dan ARCA aku juga turut membantu menyemak/edit Sukatan Pelajaran PSV Rendah dan Menengah yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.
Dunia global tanpa sempadan memerlukan bahan bacaan yang 'lingua franca'. Kurikulum pendidikan Malaysia juga perlu diwar-warkan keseantero dunia. Justeru, terjemahan kurikulum perlu disiap dan mantapkan. Bangga rasa hati kerana dapat 'contribute' sedikit sebanyak dalam perkembangan kurikulum semasa negara.
6 September paling sibuk. Aku kena berada di empat tempat yang berbeza demi menjalankan tanggungjawab. Siapa kata jadi pendidik relaks?
Pagi aku terus bersama PPK menjalankan tugas, jam 9.30 aku mesti berada di PPD Dungun untuk memberi input profesional mengenai Sekolah Seni(SS) Malaysia kepada Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar beberapa buah sekolah di daerah Dungun. Pembentangan meliputi perkara dasar mengenai SS. Aku turut dilantik sebagai salah seorang ahli panel penemuduga zon timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu) untuk kemasukkan pelajar tingkatan 1, 2008. Berat tanggungjawabku tapi aku akan tetap 'be professional'.
Selesai sahaja sesi tersebut, aku bergegas ke Jabatan untuk satu lagi mesyuarat bersama GPSV pada jam 2.30 petang. Kali ini membincangkan sambutan Hari Keluarga GPSV yang dijangka diadakan pada 27-28 Oktober 2007 di Gem Beach Resort. Acara ini adalah untuk ahli keluarga GPSV dan Muzik yang terlibat dalam menjayakan program-program PSV dan Muzik JPNT sepanjang tahun 2007. AJK Induk akan menyelaraskan aturcara pada hari tersebut nanti.

Santai di GBR

Jam 5.00 petang, sepuluh orang JU bersama Penyelia Muzik dan Seni 'check-in' di GBR untuk satu lagi sesi menyiapkan modul/buku PSV bagi semua tingkatan di Sekolah Menengah.

Mulai 6 - 9 September, kami akan cuba menyiapkan tugasan sebaik mungkin. Walaubagaimanapun, pada pagi 8 September, aku dan mem akan terbang ke KL untuk menghadiri Majlis Konvokesyen anak sulungku yang akan menerima Diploma of Engineering Technology in Mechanical Design and Development dari UniKL MSI. Majlis diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pendek kata...minggu ini merupakan minggu yang padat bermakna buat seorang pendidik sepertiku...
Beib bangga jadi....

insan ulun G
cari dan beri ilm U
mendidik anak bangsa agar pinta R
supaya agama, diri, bangsa dan negara terus maj U

Saturday, September 1, 2007

Laman Nyaman..update

Assalamualaikum / Good Day.....
Lama juga aku tak update pasal laman aku ni.
Sebab utamanya, orang yang diamanahkan menyiapkannya pun sibuk juga dengan projek dan urusan peribadinya. Maklumlah kerja part time.
Hari ini aku rasa teruja kerana kawasan laman aku telah mula diratakan dengan 'top soil'. Petang tadi, kerja-kerja menanam rumput telah dijalankan. Rumput pilihanku ialah 'pearl grass' atau rumput mutiara. Kenapa rumput jenis ni? sebabnya...
1. Ia tumbuh pada kadar yang cepat seperti permaidani dengan radius pertumbuhan yang luas tidak seperti rumput biasa.
2. Kos penyelenggaran yang rendah kerana ia tumbuh dengan cepat secara mendatar.
3. Tahap ketahanan yang tinggi dengan kerap penggunaan.
4. Tidak akan menyebabkan kegatalan, menjimatkan wang dan masa untuk kualiti yang sedemikian.
5. Menyegar dan menghijaukan alam sekitar.
Atas sebab-sebab itulah aku memilih rumput ni. Lagipun aku suka melihat kehijauan dan kemilau yang terpancar bila disinari matahari selepas disirami air.
Moga mataku jadi lebih ber'cahaya' kerana kata orang warna hijau akan menyegarkan mata dan meredakan stress...apa komen anda..?

Laman masih belum dikemaskan

Top soil sudah diratakan

Rumput mutiara mula ditanam dan 'stepping stone' sudah diatur

Rumput siap ditanam

Yang tinggal hanya menyiapkan air terjun dan proses menanam pokok renek

Beib...

terasa sega R
setiap wakt U
nyaman dan tentera M
bila udara dihiru P
sambil memerhati rumput hija U
apatah lagi santai bereha T

Thursday, August 30, 2007

SENI SANA SINI

Ahli panel pembina item uji bakat/penemuduga Seni Visual
Ashaari Hamdan(SSKuching),Zalina Bakhtiar(SSJB), Norasiah Ahmad(Sel), Muton Kais(Srwk),Habib (Trg) dan Haslinda(Sabah)

Assalamualaikum / Good Day.....
Dah seminggu aku tak masukkan cerita dan berita. Kejab tadi aku baru terbang balik dari KL setelah beberapa hari menghadiri mesyuarat di JB dan Melaka.
Seronok juga menghadiri Mesyuarat yang ada kaitan dengan Sekolah Seni Malaysia yang baru beroperasi awal tahun 2007 ini.
Untuk pengetahuan semua, Sekolah Seni Malaysia kini beroperasi di dua lokasi iaitu di Johor Bharu dan Kuching. Kemasukkan pelajar bermula dari Tingkatan Satu dan proses pengambilannya melalui sesi temuduga dan uji bakat.
Objektif utama mesyuarat anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan (JPJS), KPM ialah untuk:
1. Menilai semula item uji bakat pelajar
2. Membina item uji bakat yang lebih relevan dan efektif
3. Menyelaras / moderasi kaedah menjalankan uji bakat
4. Menjalankan uji bakat secara profesional.

Membentangkan item komponen uji bakat Seni Visual

Oleh itu, jika ada anak, adik, cucu atau saudara yang akan menduduki UPSR tahun ini atau tahun hadapan serta berminat memasuki Sekolah Seni Malaysia (SS)yang menawarkan mata pelajaran Pendidikan Kesenian yang merangkumi empat bidang iaitu
SENI VISUAL
SENI MUZIK
SENI TARI
SENI TEATER
bolehlah memohon melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

Moderasi item uji bakat / testing item

Aku nak 'promote' juga SS ni sebab mungkin ada yang berminat tapi tak tau nak tuju ke mana.
Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai SS, sila layari blog ini.
* Nice meeting you Mr Raymond Gai Panting, Pengarah BPS, JPJS,KPM
Beib teruja dengan ...
halus dan mulu S
indah dan uniqu E
melewati agama,bangsa, zaman dan sempada N
membangkit rasa terkesan di sanubar I

Thursday, August 23, 2007

Kopi Yahudi?

Adakah tisu yang kebetulan aku ambil sebagai cenderamata
digunakan untuk mengelap darah insan seagamaku?
Assalamualaikum / Good Day.....
Aku terima artikel ini melalui e mel dengan sebaris kata-kata...
"Kalau pergi jugak, tak tau la apa nak kata..."

cuba baca di sini

Artikel yang menyatakan semua tentang dana sebanyak beratus juta US$ dari US$6.4billion yang disalurkan untuk membantu Israeil dan Yahudi di US. Setiap cawan kopi yang diminum di Starbucks adalah bagi membantu US dan Israel. Masih nak ke sana lagi? Tepuk dada tanya selera
Adakah aku terkena lagi..?

Beib teringat...

dulu suka juga kopi sebab ikut Pa K

kemudian teh tarik tapi kini mil O

kalaulah benar seperti apa yang si laknat tu caka P

eloklah kita Muslimin, jangan hampir I

Wednesday, August 22, 2007

Kenapa?...tak percaya aaa...?

Bersama Mohan Raj dan Tan Boon Taik di EPRD, KPM
Muhibbah sempena 50 tahun Kemerdekaan
Assalamualaikum / Good Day.....
Kesibukan menyebabkan aku tak sempat nak masukkan 'entry' setiap hari. Ada juga member blogger dah mula bertanya kenapa lama tak up-date. Sejak entry terakhir aku cuba mencari masa untuk up-date tapi tak sempat. Minggu lepas terlibat dengan pelbagai aktiviti di siang hari sehingga keletihan di malamnya.
Hari rabu, 15 Ogos menjadi MC untuk majlis Temu Murni dan Ikrar Pelajar SPM. Berjumpa dan bertanya khabar dengan ibubapa/penjaga pelajar.
Khamis hingga ahad, 16 - 19 Ogos menghadiri Mesyuarat Cakna Cemerlang Pendidikan Seni Visual (PSV) di Gem Beach Resort, KT. Lapan orang ahli PSV negeri Terengganu berjumpa dan berbincang mengenai bagaimana nak meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran PSV sambil menyiapkan soalan Percubaan SPM dan STPM.

Hj. Zolphin dan Hj. Shuib tekun menyiapkan tugasan
Dalam pada itu, pada malam sabtu 17 Ogos, aku terpaksa bergegas ke Dungun menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sebelah isteriku. Jadi pengapit lagi! SELAMAT PENGANTIN BARU KAK ENI dan LAN! Bersama ibu bapa pengantin lelaki dan pasangan pengantin. Disebelah kanan sekali, mem aku
Malam ahad, kembali ke KT meraikan kepulangan anak-anak, Abang dan Qaqaq dari KL yang bercuti dengan jamuan satay.
Pagi ahad, bersama Qaqaq, Acik, Adeq dan Khalis bergegas kembali ke tempat mesyuarat meneruskan pembentangan kertas STPM dan merangka Acara Hari Keluarga PSV yang dijangka diadakan pada 26-27 Oktober 2007.

Adeq, Acik dan Khalis, anak saudara berendam sementara aku bermesyuarat

Selaku SU GPSV, aku terpaksa memerah otak memikirkan aturcara majlis tersebut bersama rakan-rakan. Satu JK Induk akan ditubuhkan untuk membincangkan aktiviti yang sesuai nanti.

Petangnya, setelah check-out dari tempat penginapan, satu lagi majlis diadakan di rumahku iaitu Kenduri Makan Durian. Anak-anak saudara yang balik meraikan majlis perkahwinan sepupu mereka aku raikan dengan durian, rambutan dan manggis. Seronok juga ramai-ramai 'mengoyak' durian.
Kenduri durian bersama anak-anak saudara
Paling meriah apabila anak sepupuku sefamili dari Kedah yang menetap di Johor turut singgah memeriah majlis. Mereka sedang dalam perjalanan Cuti-Cuti Malaysia sempena cuti sekolah.
Cikgu Lan dan cikgu Aja sefamili singgah makan durian
Letih juga melayan anak dan cucu-cucu saudara. Heheheh...terasa muda terlajak aku ni...
Malamnya, aku mempunyai agenda aku sendiri bersama dua orang rakanku. Kami ke EPRD, KPM, Putrajaya. Perjalanan berkereta akan berlepas pada jam 9.30 malam dan dijangka sampai jam 3 pagi. Tujuan utama ialah membuat rujukan untuk kajian kami.
Untuk pengetahuan semua, ke mana saja kami singgah sepanjang perjalanan, pandangan dan renungan hairan menuju kearah kami. Walaupun dah 50 tahun merdeka, masih ada yang rasa pelik dan hairan dengan penampilan kami.
Sepanjang perjalanan, berbagai perkara dibincangkan, pelbagai lagu kami dengari melalui siaran radio dan CD. Melayu, Tamil, Cina serta Inggeris...
Aku berbangga kerana kami boleh memanifestasikan semangat dan slogan muhibbah yang sebenarnya!
Terima kasih kepada rakanku yang memandu kereta, Mohan Raj dan Tan Boon Taik yang turut menjadi penumpang bersamaku...
I'm proud to be Malaysian.
Beib berkawan dengan semua.....
asalkan sentiasa iklas dan juju R
tanpa mengira agama dan bangs A
dengan rasa lapang dada, hidup tanpa stre S

Tuesday, August 14, 2007

Susahnya jatuh hukum

Sebagai Chief Judge pertandingan pidato
Assalamualaikum / Good Day.....
Hari yang agak sibuk dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga dan ketangkasan bekerja.
Aku kena cepat bergerak dan pantas melaksanakan aktiviti supaya masa tak terbuang dan perlaksanaan mengikut perancangan.
Pagi, bawa pelajar ke Kilang Batik NOZI menerusi Lawatan Sambil Belajar (LASBELA). 79 orang pelajar diangkut dengan empat buah coaster ke kilang yang terletak lebih kurang 10 km dari tempat kami. Banyak yang dipelajari dari Abang Lan, Penyelia Kilang yang bertungkus lumus menerang dan membuat demonstrasi kepada kami. Pengalaman hands-on yang kami dapati dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang amat bernilai.
Terima kasih kepada Tn Hj. Shafie, Pemilik Nozi Batik, Bt 12 Jalan Kelantan, Kuala Terengganu yang sudi menerima kunjungan kami.
Jam 2.30ptg, aku terpaksa bergegas ke satu lokasi lain kerana menerima undangan sebagai Chief Judge untuk Pre University English Language Oratory Competition yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Badan Pencegah Rasuah. Pertandingan ini adalah sempena THE PREVENTION OF CORRUPTION YEAR 2007.
Sepuluh peserta mengambil bahagian dan antara tajuk yang disyarahkan ialah:
1. Good values as a shield against the acts of corruption
2. Combating corruption is a collective responsibility
3. The core of respectable society is integrity
4. Good as a catalyst towards creating an excellent society
5. Integrity is the foundation towards excellence
Menarik juga melihat bakat-bakat muda yang akan bersemangat menyampaikan pidato dengan pelbagai gaya. Ada gaya debat, public speaking, ala story telling dsb. Oratory atau Pidato sebenarnya berbeza dengan apa yang disebutkan tadi. Gaya dan persembahan ada sedikit kelainan. Suara, intonasi, diksi, gesture, sebutan ialah antara aspek penting yang diambil kira.
Mungkin kalau nak memulakan pidato boleh lah menyertai Toastmaster dulu.
Letih juga nak menghakimi pertandingan seperti ini. Namun, pengalaman sebegini amat berguna dan bermakna. Bukan senang nak menjatuhkan hukum...
Beib kata...
ramai yang boleh bercaka P
tetapi ada juga yang tidak beris I
pidato pun ada ha D
cakap mesti ada fakt A
tak boleh sembarang keluarkan pendapa T
isu sensitif is a NO N O!

Wednesday, August 8, 2007

You and I, sambil santai kat pantai kita bantai petai ..?

Assalamualaikum / Good Day.....
I received an e mail this morning from a friend of mine regarding with our favourite 'ulam' which is in season right now...Thanks for the e mail PokNik, my friend. Thought of sharing with all of you out there the benefits of Petai but then Noushy found out that it was a prank....
Anyway for all of you out there PETAI or Parkia speciosa (petai, twisted cluster bean, yongchaak or stink bean), is a plant of the genus Parkia in the family Fabaceae. It bears long, flat edible beans with bright green seeds the size and shape of plump almonds which have a rather peculiar smell, characterised by some as being similar to that added to methane gas.
Smell aside, the virtue and quality of the fruit is more important and significant...
To all out there, my apologies for the misleading article earlier. It was very unethical for those who circulated the unfounded, misleading info about Petai...
Beib still ponders about the benefits of PETAI but somehow still loves to consume...
this uncultivated cro P
that gives best food valu E
and provides energy boos T
considered as one of the most despised fruit in Malaysi A
is actually good for you and I

Saturday, August 4, 2007

Seni, Seniman dan Pentaksiran Seni

Assalamualaikum / Good Day.....
"Seni sebenarnya merupakan sesuatu yang secara naluri wujud dan hidup disekeliling kita, sama ada kita sedar atau tidak. Perkataan "seni" amat selalu dihubungkan dengan perkataan "halus","indah","murni", "menarik","cantik", "luar biasa","abstrak","melampaui jangkauan fikir", "ajaib" dan "ghaib". Semua itu berhubung secara intim dengan kewujudannya sendiri yang berkaitan dengan kebendaan, pemikiran dan kerohanian.Maka justeru itu, seni selalunya merupakan manifestasi daripada pengalaman, keintelektualan,kebijakasanaan dan kerohanian manusia...Dari hasil seni, akan timbul kesa. Adapun kesan ini tidak sama antara seoarng audien dengan audien yang lain, bergantung pula dengan tingkat pengalaman keintelektualan, kebijaksanaan, kerohanian, minat dan penglibatan seseorang. Justeru, tidak sama apresiasi dari seorang peminat dengan seorang seniman, malah tidak akan sama apresiasi dari seorang seniman dengan seniman yang lain tentang seni. (diolah daripada Gerbang Seni Suhaimi Haji Muhammad)

Dah hampir seminggu aku tak masukkan entry baru. Bukan malas, cuma agak sibuk dengan urusan seharian yang bertubi-tubi datang. Penatnya membawa ke malam.
Kali ini cuma nak ceritakan sedikit pasal Forum Pentaksiran Pendidikan Kesenian Kebangsaan - Hala Tuju Mewujudkan Seniman yang Berilmu dan Ilmuan yang Peka Seni yang aku hadiri pada 29 -31 Julai di sebuah hotel di Johor Bharu. Forum ini adalah anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), KPM yang diterajui oleh Datu Dr Adi Badiozaman Tuah. What a great gentleman he is! Bersama Pak Jamil Sulong, Pengarah Filem
dan Datu Dr Adi Badiozaman Tuah, Pengarah LPM
Menarik juga forum yang dihadiri oleh pendidik seni, pengamal, penggiat dan aktivis seni tanahair dalam pelbagai bidang masing-masing. Berbagai perkara dibincangkan terutamanya mengenai satu kaedah dan sistem pentaksiran yang sesuai untuk dijalankan bagi mata pelajaran Pendidikan Kesenian yang diajar di dua buah sekolah seni yang telah beroperasi pada 14 Januari 2007 dan "dilahirkan" ada 21 Jun 2007 di Johor Bharu dan Kuching.
Kedua-dua buah sekolah ini adalah dibawah Jabatan Pendidikan Jasmani, Sukan dan Seni, KPM dan Pn. Rawiyah Mustaffa Kamal merupakan Penolong Pengarah (Penyelaras Sekolah Seni Malaysia) bagi sekolah- sekolah tersebut.
Forum bertujuan bagi memastikan pentaksiran yang dijalankan mengambil kira perkembangan insan secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Bersama Dr Hazim (LPM), Dato' Jaafar Taib (MD Creative Ent.) dan Ujang (Kartunis)

Dengan kewujudan dua sekolah seni dan mata pelajaran Pendidikan Kesenian, LPM bertanggungjawab memastikan pentaksiran yang dijalankan berkualiti dan dapat melahirkan murid yang berwibawa dalam bidang seni. Selain itu integriti, reliability and validity pentaksiran juga diambil kira.
Matlamat utama forum ini ialah untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang erat antara pendidik seni dan penggiat seni menerusi pentaksiran dalam bidang yang semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda sekarang. Gabungan kepakaran daripada dua kumpulan pencinta seni ini diharap akan dapat memantapkan lagi aktiviti pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Kesenian dan seterusnya melonjakkan kecemerlangan murid dalam bidang-bidang Seni Visual, Seni Muzik, Seni Tari dan Seni Teater.

Sebagai seorang pendidik seni aku rasa forum ini amat bermanfaat bagi semua pencinta seni. Satu petanda baik dalam bidang kesenian tanahair kerana seni merupakan satu bidang yang menjadi landasan untuk memelihara warisan dan menyuburkan seni budaya tempatan. Melalui pendidikan seni, kita dapat membentuk jati diri masyarakat Bangsa Malaysia yang mahu maju mengikut acuan sendiri. Aku turut berharap pada suatu hari nanti, akan lahirlah lebih ramai seniman besar dalam bidang-bidang seni lukis, seni tampak, seni arca, seni teater, seni filem, seni sastera, seni kaligrafi, seni khat, seni muzik, seni lagu dan sebagainya.

Pertemuan melalui forum ini, para penggiat dan cendekiawan seni yang diundang dapat bekerjasama dengan pendidik seni merealisasikan harapan negara untuk menghasilkan lebih ramai seniman yang berilmu dan lebih ramai ilmuan yang peka seni bagi menjamin pemeliharaan seni warisan tempatan yang unik lagi halus nilainya, sensitif kepada persekitaran serta menjadi modal insan yang holistik.

Himpunan pendidik dan penggiat seni tanahair

Penyeri Forum, Rosnah Johari, Wafa Abdul Kadir dan Datuk Wah Idris

Nash turut serta


Jalan mesti kedepan HAFSHAM hadir sama

Pak Ngah tak melepaskan peluang untuk terlibat

Bersama Hasnol (LPM), Rawiyah MK(Penyelaras Sekolah Seni),

Dyg Mariana (Aktivis Seni Tari) dan Salehuddin Marwan (LPM)

Pengarah K Publishing SB, Novelis KhadijaH Hashim turut menyumbang



Beib cuba menjadi insan...

yang kreatif dan kriti S

melihat seni dari pelbagai ism E

mencorak ilmuan dan kesenimana N

yang punya jati dir I