Di bilik mesyuarat
Assalamualaikum / Good Day.....
Jam 9.35 pagi tadi aku selamat sampai ke rumah dari KLIA.
Semalam, 20 September, aku dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat mengenai pengambilan pelajar baru untuk Sekolah Seni Malaysia 2008, di Putrajaya bersama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(JPJS), En. Abd. Ghafar bin Mahmud.
Semua ketua panel bagi bidang Seni Visual, Seni Tari, Seni Musik dan Seni Teater hadir membincangkan perjalanan pengurusan temuduga yang akan dijalankan diseluruh negara minggu depan.
Selaku ketua panel SV, aku kena selaraskan pergerakkan dan proses temuduga tersebut. Rumit tapi boleh dijalankan. Bagi aku, masalah logistik boleh diatasi jika perancangan dibuat dengan mengambilkira semua aspek. Perbincangan dan kerjasama perlu dalam hal ini. Kata orang, sepakat membawa berkat. Itulah intipati sebuah mesyuarat.
Habis sahaja mesyuarat jam 5 petang, aku bergegas ke KL Sentral menaiki ERL Transit untuk satu temujanji dengan anak-anakku yang sedang menuntut di KL ni.
Sesekali dapat peluang turun ke KL nak juga ambil kesempatan jumpa anak-anak. Sambil menyelam,sambil minum air, kata orang. Tapi dalam bulan puasa kena tunggu lepas berbuka baru boleh makan minum...
Sambil menanti kedatangan anak-anak ditempat yang dijanjikan aku sempat ke MPH, KL Sentral melihat dan membelek buku-buku baru. Antara yang ada, ialah buku tulisan OD kita,
Aku cuba meminta kebenaran dari pihak kedai untuk merakamkan foto kedua-dua novel tersebut yang terletak bersebelahan di atas rak tapi pembantu kedai melarang aku dari berbuat demikian. Polisi kedai katanya. Aku amat faham.
Bangga juga rasanya melihat kedua-dua novel yang dikarang oleh dua insan yang aku kenali dalam alam siber ini. Semoga mereka terus berkarya dengan jayanya.
Aku?Berminat, tapi masih kurang mahir lagi dalam penulisan dan pengolahan idea. Time will come.
Dalam pada melihat-lihat susunan buku, aku terpikat pada sebuah buku yang ditulis oleh Jeff Davidson, 60 Quick Tips for Overcoming Procrastination mengenai cara-cara mengatasi sikap suka melewat-lewat, melambat-lambatkan dan berlengah dalam sesuatu urusan.
Aku sendiri kadang-kadang merasai bahawa aku ini seorang yang suka bertangguh. Banyak juga benda yang aku biarkan terbengkalai selama ini.
Moga buku yang berharga RM19.90 ini dapat memberi manfaat serta merubah cara pemikiran dan tindakan dalam kehidupanku. 142 halaman bukanlah halangan untuk menghabiskannya.
Antara petikan kata-kata yang merangsangkan ialah di halaman 31, "Challenges are what make life interesting; overcoming them is what makes life meaningful." - Joshua J. Marine. Manakala di halaman 8, " What we love to do we find time to do"- John Lancaster Spaulding. Menarik kan?
Aku harap aku dapat merubah sikapku kearah yang lebih positif.
Dua buah lagi buku untuk Adeq dan Acik aku belikan. Hannah Montana7: Nightmare on Hannah Street dan Meet the Robinsons - The Junior.
Memang setiap kali aku keluar daerah menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel, forum dsb itulah buah tangan aku untuk anak-anak. Selain dari itu, Famous Amos cookies, kegemaran Acik dan Adeq yang akan aku dapatkan di KLIA.
Ok...berbalik kepada temujanji dengan anak-anakku. Jam 6.40petang, kedua-dua anakku sampai dari kampus masing-masing dan kami terus mencari restoran yang sesuai untuk menanti waktu berbuka puasa.
Setelah melabuhkan punggung di restoran nasi ayam, TCRS, pesanan terus dibuat. Sementara menanti hidangan disediakan dan waktu berbuka masuk, kami berbual mengenai kehidupan kampus mereka. Dari cerita mereka berdua, nampaknya tiada masalah besar yang timbul.Mereka gembira menimba ilmu di IPT masing-masing.
Qaqaq dan Abang menanti waktu berbuka sambil bercerita
Aku berdoa moga anak-anakku akan terus maju dalam pelajaran mereka.
Waktu kualiti bersama mereka amat bermakna bagiku. Nasihat, sokongan, dorongan dan panduan aku berikan agar mereka sentiasa menjadi anak-anak yang semua ibubapa harapkan.
Dah masuk waktu berbuka
Abang...Qaqaq.. be good and take care always!
Jam 8.03 malam aku sudah berada dalam ERL KLIA Transit menuju ke tempat penginapan....
Beib cuba menjadi seorang papa yang...
faha M
mahu berkongsi cerit A
memberi dan menerima pendapat dan idea yang berna S
sambil menanamkan akhlak muli A
5 comments:
kalau buang koma tu, akan jadi "AKU BUKU ANAKKU" - dah chantekk kalau nak jadi judul buku pengalaman hidup supaya diteladani oleh generasi akan datang...
go! BEiB go!
go, go, go!
satu cadangan yang sangat baik...chanteeeeeeeekk!minta tolong OD rekakan plotnya. TQ
Kalau silap boleh REDO balik kan..heheh
Wahhh...
Beib, jutaan terima kasih OD ucapkan. Kedua, Mad Redo 1, canggih tajuk yang dicadangkan... Beib, bila lagi nak tulis? Huhu...
dont mention OD..rasa juga nak menulis...baru kenal sorang penulis (Azha Othman) dan akan belajar darinya. Moga dapat 'lawan' OD and Napiru...heheh
Salam Beib...
Nak lawan OD? Isy... OD ni siapa? Nak kata penulis pun bukan. Tulis cakar ayam saja. Nak lawan, lawan ler SN Samad Said ke, SN Pak Latip Talib ke... baru la glamour... huhu... agak-agak, novel Ajak tu meletup tak Beib? Jawab dengan ikhlas ya. Jangan risau, OD tak marah punya kalau jawapannya tak seperti yang OD harapkan... open minded ni Beib. Nak maju, OD kena buka minda... buka minda... buka minda... buka posa... ekekeekekek... selamat berpuasa.
Post a Comment