Wednesday, August 22, 2007

Kenapa?...tak percaya aaa...?

Bersama Mohan Raj dan Tan Boon Taik di EPRD, KPM
Muhibbah sempena 50 tahun Kemerdekaan
Assalamualaikum / Good Day.....
Kesibukan menyebabkan aku tak sempat nak masukkan 'entry' setiap hari. Ada juga member blogger dah mula bertanya kenapa lama tak up-date. Sejak entry terakhir aku cuba mencari masa untuk up-date tapi tak sempat. Minggu lepas terlibat dengan pelbagai aktiviti di siang hari sehingga keletihan di malamnya.
Hari rabu, 15 Ogos menjadi MC untuk majlis Temu Murni dan Ikrar Pelajar SPM. Berjumpa dan bertanya khabar dengan ibubapa/penjaga pelajar.
Khamis hingga ahad, 16 - 19 Ogos menghadiri Mesyuarat Cakna Cemerlang Pendidikan Seni Visual (PSV) di Gem Beach Resort, KT. Lapan orang ahli PSV negeri Terengganu berjumpa dan berbincang mengenai bagaimana nak meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran PSV sambil menyiapkan soalan Percubaan SPM dan STPM.

Hj. Zolphin dan Hj. Shuib tekun menyiapkan tugasan
Dalam pada itu, pada malam sabtu 17 Ogos, aku terpaksa bergegas ke Dungun menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sebelah isteriku. Jadi pengapit lagi! SELAMAT PENGANTIN BARU KAK ENI dan LAN! Bersama ibu bapa pengantin lelaki dan pasangan pengantin. Disebelah kanan sekali, mem aku
Malam ahad, kembali ke KT meraikan kepulangan anak-anak, Abang dan Qaqaq dari KL yang bercuti dengan jamuan satay.
Pagi ahad, bersama Qaqaq, Acik, Adeq dan Khalis bergegas kembali ke tempat mesyuarat meneruskan pembentangan kertas STPM dan merangka Acara Hari Keluarga PSV yang dijangka diadakan pada 26-27 Oktober 2007.

Adeq, Acik dan Khalis, anak saudara berendam sementara aku bermesyuarat

Selaku SU GPSV, aku terpaksa memerah otak memikirkan aturcara majlis tersebut bersama rakan-rakan. Satu JK Induk akan ditubuhkan untuk membincangkan aktiviti yang sesuai nanti.

Petangnya, setelah check-out dari tempat penginapan, satu lagi majlis diadakan di rumahku iaitu Kenduri Makan Durian. Anak-anak saudara yang balik meraikan majlis perkahwinan sepupu mereka aku raikan dengan durian, rambutan dan manggis. Seronok juga ramai-ramai 'mengoyak' durian.
Kenduri durian bersama anak-anak saudara
Paling meriah apabila anak sepupuku sefamili dari Kedah yang menetap di Johor turut singgah memeriah majlis. Mereka sedang dalam perjalanan Cuti-Cuti Malaysia sempena cuti sekolah.
Cikgu Lan dan cikgu Aja sefamili singgah makan durian
Letih juga melayan anak dan cucu-cucu saudara. Heheheh...terasa muda terlajak aku ni...
Malamnya, aku mempunyai agenda aku sendiri bersama dua orang rakanku. Kami ke EPRD, KPM, Putrajaya. Perjalanan berkereta akan berlepas pada jam 9.30 malam dan dijangka sampai jam 3 pagi. Tujuan utama ialah membuat rujukan untuk kajian kami.
Untuk pengetahuan semua, ke mana saja kami singgah sepanjang perjalanan, pandangan dan renungan hairan menuju kearah kami. Walaupun dah 50 tahun merdeka, masih ada yang rasa pelik dan hairan dengan penampilan kami.
Sepanjang perjalanan, berbagai perkara dibincangkan, pelbagai lagu kami dengari melalui siaran radio dan CD. Melayu, Tamil, Cina serta Inggeris...
Aku berbangga kerana kami boleh memanifestasikan semangat dan slogan muhibbah yang sebenarnya!
Terima kasih kepada rakanku yang memandu kereta, Mohan Raj dan Tan Boon Taik yang turut menjadi penumpang bersamaku...
I'm proud to be Malaysian.
Beib berkawan dengan semua.....
asalkan sentiasa iklas dan juju R
tanpa mengira agama dan bangs A
dengan rasa lapang dada, hidup tanpa stre S

No comments: