Saturday, September 15, 2007

Tak puas-puas puasa....

Bertadarus bersama Pengerusi Surau AlMuttaqin, Abang Ahmad Awang
Assalamualaikum / Good Day.....
Firman Allah s.w.t
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (QS Al-Baqarah : 183)
Ramadan datang lagi dan kenikmatan berpuasa hanya terasa bila kita mengalami dan menghayatinya. Jika setakat menunaikan ibadat puasa semata-mata kerana ikutan maka ia takkan memberi makna yang sewajarnya.
Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa. Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.
Mengaminkan doa seletelah selesai solat Tarawih dan Witir
Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih.

Aku dan sahabat-sahabat bertadarus

Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid atau surau untuk menikmati juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.

Menikmati moreh beramai-ramai

Aku dan sahabat-sahabat sebagaimana biasa setiap tahun memanfaatkan bulan Ramadan dengan bertarawih dan bertadarus di Surau Almuttaqin di kawasan perumahanku. Kehadiran ramai jemaah termasuk kaum wanita dan kanak-kanak menyemarakkan malam-malam di bulan Ramadan. Kemeriahan dan keikhwanan memupuk semangat kejiranan yang utuh.
Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.
Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.
Hadis Puasa - Abu Hurairah (ra) telah meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi Jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: 'Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar(di dunia) dan akan mendatangimu.' Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini) akan diampunkan. " Maka sahabat-sahabat Rasulullah (saw) pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah (saw): "Tidak, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah dia menyempurnakan tugasnya. "

Beib...

amat berhara P
puasa dapat mengawal nafs U
merasa insaf dan terhindar dari segala dos A
dijauhi syaitan dan ibli S
mendapat keredaan daripadaNY A

3 comments:

mad redo1 said...

semoga dimakbulkan doa yang dipohon sepanjang Ramadhan Al-Mubarak ini, semoga keberkatan dipanjangkan...

BEiB said...

Terima kasih mad redo1..doa jua untuk muslimin seperti tuan..

mad redo1 said...

di pohon kiranya janganlah ber-tuan dengan hamba yang tiada apa ini...

hehehe...