Tuesday, September 18, 2007

ULAR = Ular, LAman, Rambut

Pak Awang dengan kareer 20 tahunnya
Assalamualaikum / Good Day.....
Dah lima hari kita berpuasa, sekejap saja rasanya. Mungkin kerana dah terbiasa, rasa letih atau penat bukan lagi perkara yang difikirkan. Aktiviti kehidupan seharian berjalan seperti biasa. Aku buat apa-apa yang biasanya aku lakukan setiap petang, samada membersihkan laman atau membaca apa yang patut.
Semalam, aku ke Kedai Gunting Rambut Pak Awang dekat Kampung Tok Jiring, yang aku langgani selama lebih dari tujuh tahun. Sebelum ini, tempat gunting aku ialah di Paloh, 10 kilometer dari rumahku. Tukang gunting rambut yang ini cuma 3 km saja dari rumahku. Mudah dan murah. RM4.oo sekali gunting. Murah kan?
Aku taklah 'fashionable' sangat sampai nak pergi ke saloon dan bayar RM 40 -50 semata-mata nak potong rambut. Banyak benda yang boleh dibuat dengan duit sebanyak itu. Paling tidak, aku boleh guna untuk isi minyak kereta Peugeot 405 aku untuk ulang alik ke tempat kerja selama 5 hari. Tak percaya? tempat kerja 8 km saja dari rumah. Yang penting rambut pendek, duit jimat.
Ok..ni nak cerita pasal ular pulak. Syukur, kerana tiada seorang pun ahli keluargaku yang dicederakan oleh reptilia ini pagi ini. Aku menerima SMS dari Kak Wan, isteriku yang menyatakan dia menerima SMS dari kontraktor yang sedang membaiki rumah kami bahawa ada seekor ular tedung senduk menyelinap dibawah bahan binaan disebelah pintu utama rumah kami.

Reptilia yang berbisa

Reptilia sebesar ibu jari kaki dan sepanjang lebih kurang 40cm itu hampir memagut kaki sikontraktor tu bila dia hendak mengambil bahan binaan. Mujurlah dia terdengar ular itu berdesir. Ular itu mati diketuk dengan buluh yang kami gunakan untuk menyangkut pelita raya. Mungkin benar kata orang tua, pantang ular dipukul/palu dengan buluh, akan cepat matinya. Aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya haiwan tersebut. Barangkali kerana water feature kat lamanku yang kini banyak dihuni oleh katak dan kodok. Banyaklah makanannya kat situ.

Water feature yang menjadi tempat mainan katak

Walau apapun, Alhamdulillah...tiada siapa yang menjadi mangsanya.Oh ya...lamanku dah 90% siap, cuma sedikit pokok hiasan dan pemasangan lampu yang belum selesai. Aku harap dalam seminggu lagi semuanya akan beres....Tak sabar rasanya..



Beib geli dengan...
ular atau dalam bahasa Tamil, 'pamb U'
ada kata ia bawa sia L
tapi yang paling takut ialah bisany A
moga kita dijauhi dan terhinda R

4 comments:

Unknown said...

Salam Beib... puasa ke tak? He he he...
Syukur semua selamat. Yalah, OD lupa tentang petua orang lama tu. Nak bunuh ular, palu dengan buluh. Huhu... yalah, mungkin cik katak dan miss kodok yang memanggil merayu encik ular datang ke situ... sabar-sabar.
OD pun macam Beib... cari tukang gunting yang kenakan bayaran paling minimum. Tak kuasa OD bayar lebih daripada 20 dollar (nak buat macam mana Beib, kat sini mana ada yang kenakan bayaran kurang daripada 15 dollar. Kalaulah boleh gunting rambut sendiri...). Sebab yang satu ini, OD dah lama tak potong rambut... setahun ada... sabar ke tak sabar? Rambut dah panjang mengalahkan rambut pontianak... huhu...
Salam ramadhan Beib. Semoga semakin sukses dan barokah selalu hidup Beib sekeluarga. Amin.

mad redo1 said...

pilihan mad redo1: 'Kedai Gunting Azmi' di Jalan Air Jerneh... tapi jangan pergi hari sabtu sebelum penggal persekolahan baru bermula, rambut OD sampai ke buku lali baru tiba giliran...

hehehe...

BEiB said...

hehehe...mad redo1 pilih yang ada kelasss...saya dah banyak kelas...tak payah la nak gi situ lagi..heheh. A'a OD..kena tunggu 5 tahun lagi...

Anonymous said...

2 kdai pok hashim.. =)
dkt smpg 4 tk jiring..
mngkn en bieb knl dgn nme pak awang kot