Saturday, September 1, 2007

Laman Nyaman..update

Assalamualaikum / Good Day.....
Lama juga aku tak update pasal laman aku ni.
Sebab utamanya, orang yang diamanahkan menyiapkannya pun sibuk juga dengan projek dan urusan peribadinya. Maklumlah kerja part time.
Hari ini aku rasa teruja kerana kawasan laman aku telah mula diratakan dengan 'top soil'. Petang tadi, kerja-kerja menanam rumput telah dijalankan. Rumput pilihanku ialah 'pearl grass' atau rumput mutiara. Kenapa rumput jenis ni? sebabnya...
1. Ia tumbuh pada kadar yang cepat seperti permaidani dengan radius pertumbuhan yang luas tidak seperti rumput biasa.
2. Kos penyelenggaran yang rendah kerana ia tumbuh dengan cepat secara mendatar.
3. Tahap ketahanan yang tinggi dengan kerap penggunaan.
4. Tidak akan menyebabkan kegatalan, menjimatkan wang dan masa untuk kualiti yang sedemikian.
5. Menyegar dan menghijaukan alam sekitar.
Atas sebab-sebab itulah aku memilih rumput ni. Lagipun aku suka melihat kehijauan dan kemilau yang terpancar bila disinari matahari selepas disirami air.
Moga mataku jadi lebih ber'cahaya' kerana kata orang warna hijau akan menyegarkan mata dan meredakan stress...apa komen anda..?

Laman masih belum dikemaskan

Top soil sudah diratakan

Rumput mutiara mula ditanam dan 'stepping stone' sudah diatur

Rumput siap ditanam

Yang tinggal hanya menyiapkan air terjun dan proses menanam pokok renek

Beib...

terasa sega R
setiap wakt U
nyaman dan tentera M
bila udara dihiru P
sambil memerhati rumput hija U
apatah lagi santai bereha T

6 comments:

Unknown said...

Canggih Beib... boleh bagi tips? Kat sini payahlah Beib. Mahal semuanya. Rumput utk tanah sekangkang semut pun buat kita fikir banyak kali.. huhu... sihat ke Beib? Camana sambutan hari tu?

BEiB said...

Tak la canggih mana..boleh bagi sikit-sikit mana yang tau..Bila balik M'sia nanti call I jadi kon SULTAN k? hehe...I sihat.TQ...sambutan ok menarik dan menceriakan...
Opah grad tahun berapa kat ITM?

mad redo1 said...

bila la mad redo1 nak start construction terarak dia nih... jelus tengok laman rumah orang cantik-cantik nih... sempat ke beraya nanti, BEiB?

BEiB said...

alaaa...mad redo1...bila bila pun boleh mula...u can do it..with a little bit of 'duit'...jangan jeluslaa...raya nanti mai rumah...INSYAALLAH..

Juezura said...

confirmed rumput mutiara tu mmg mudah dijaga sebab 4 thn lepas adik kak long pun tanam rumput yg sama di halaman rumah dia

BEiB said...

terima kasih KL...at least I made a right choice antara Manila/Philippine grasss, Pearl grass dan cow grass... nampak lawa bila kena air dan berkilat bila dipancar matahari