Thursday, November 12, 2009

Lahirnya Saya di Penang...?

anak Papa dah besar

Assalamualaikum / Good Day.....

Dua dekad yang lalu bila Mama awak disorong masuk ke wad bersalin Aman Maternity Home and Polyclinic, Gelugor, Pulau Pinang, Papa dipelawa oleh salah seorang doktor yang bertugas untuk masuk menyaksikan kelahiran awak. Papa enggan. Darah boleh membuatkan Papa lemah lutut atau mungkin juga pengsan. Papa menanti di luar wad dengan penuh harap.

Dua puluh minit kemudian, terdengar tangisan awak. Mersik dan nyaring. Awak dibalut dengan kain muslin dan diserahkan pada Papa untuk diiqamatkan. Tak sedar airmata Papa mengalir kegembiraan. Begitu juga Mama.

Sejak itu, awak jadi teman Abang Syafiq dan penghibur kami. Putih gebu kulit serta keletah awak menjadi perhatian ramai hingga ada yang panggil awak "Snow White". Siapa sahaja akan mencubit hidung atau pipi chubby awak yang merah jambu itu.
Alhamdulillah...anugerah Tuhan.

Nama awak yang pendek, ringkas dan bermakna memang telah kami sediakan walaupun dalam keluarga hanya dipanggil Qaqaq. Kini mau dikenal dengan misspqa..Hmmm..

Kini setelah 20 tahun berlalu, awak masih 'putih sepuk' walau pun tanpa chubby. Sudah bergelar siswa dan akan menuruti jejak langkah papa dan mama menjadi pendidik.

Bila tamat pengajian nanti, jadilah pendidik Pendidikan Khas (PK) yang berjaya dan bergaya seperti kenalan awak. Mungkin boleh jadikan dia teman dan model pendidik PK.

Walau apa pun,
jadilah seorang insan yang berguna kepada semua.

SELAMAT HARI LAHIR
KE 20

We love you...misspqa
be the BEST in your own way

Papa ucapkan selamat untukmu di hari...
...ini dan terus keka L
sihat, gembira dan ceri A
dalam memburu segulung ijaza H
dan buktikan pada semua, terutama famili dan dir I
awak anak yang solehah yang tidak ingka R

2 comments:

Juezura said...

Happy Belated Birthday utk Qaqaq. Anak saudara kak long yg latest dilahirkan pada Nov 12, 2009. Nama MissPqa, hampir sama dgn nama panggilan kat kolej utk anak saudara di KMPP, PQ untuk Syafiqa..ihiks.

BEiB said...

Terima kasih bagi pihak Qaqaq.
Memang nama di SYAFIQA..heheh..kebetulan..