Saturday, March 21, 2009

AB-KT: Perjalanan penuh kenangan

Mak yang selalu dirindui.
Mak yang meruntun hati.
Mak yang tiada galang ganti.

Assalamualaikum / Good Day.....

Meninggalkan AB menuju KT adalah sesuatu yang amat berat di hati. Empat malam bersama mak, seolah-olah sekelip mata. Memang benar kata orang, "sesuatu yang indah nikmat itu sering berlalu dengan pantas". Terlalu singkat masanya. Keasyikan membuatkan masa mencemburui kita.
Episod-episod indah sepanjang perjalanan yang dilalui membuatkan minda terkenang dan hati teruja.
Pertemuan dengan yang disayangi amat menyenangkan.

Kesempatan untuk ke pusara Pak tak pernah dilepaskan. Surah Yaasin dan doa tahlil dipanjangkan untuknya.Pusara kaku yang diharumi bunga kemboja akan dikunjungi setiap kali aku balik kampung seperti diwaktu ini dan ini
Pak...moga kau dirahmati ALLAH dan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang soleh dan di Syurga Al Jannah.
Paksu Razak, sepupu arwah Pak, adalah antara insan yang sempat aku kunjungi. Bertanya khabar, berkongsi cerita. Dalam keuzuran ada senyuman yang membahagiakan. Setelah ditimpa stroke pada 12 Januari 2009 (rujuk sini), Paksu hampir tak kenal aku.
Pertemuan pada petang Khamis 19 Mac mengingatkan kembali kali terakhir aku mengunjungi beliau pada akhir Disember 2008. Hampir 3 bulan yang lalu. Waktu itu, beliau masih gagah bagi usianya yang mencecah 80'an dan ingatannya masih lagi kuat.
Dipertemuan itu, cerita-cerita mengenai arwah Pak disebutnya. Keakraban mereka bagaikan adik beradik. Malah rupa paras mereka juga seiras. Merenung Paksu mengingatkan aku pada arwah Pak.
Sebak rasanya.
Moga Paksu bertambah sihat dan diberkati sentiasa bersama Maksu Bedah.

Sudah lama tak ketemu sepupu yang ini. Kali terakhir aku berjumpa dia ialah bila aku pulang, juga berseorangan, menziarahi arwah ayahnya, Hj. Ali bin Jusoh yang kembali ke rahmatullah pada 7 April 2007. Sedikit entrynya di sini.
Azizan (Zan- panggilan kami), guru di sebuah SM di Alor Setar adalah seorang penggemar bonsai. Sudah lama aku inginkan bonsai rekaannya, namun tak berkesempatan. Kali ini aku harus memiliki sekurangnya se pohon.Banyak yang telah dibeli oleh penggemar bonsai sekitar Kedah.
Pertemuan disuatu malam dirumahnya mengembalikan nostalgia di zaman kanak-kanak dahulu.
Zan kini tidak lagi cergas seperti zaman remaja dahulu. Pembedahan jantung membataskan pergerakkannya.
Terkejut aku bila dimaklumkan mengenai masalah kesihatannya. Doaku agar sepupuku yang ini bertambah sihat dan cekal menjalani kehidupan seharian.
Berbonsailah lagi.
Ia adalah satu bentuk terapi kesihatan yang baik bagimu. Tenang dan terapiutik.
Aku akan kembali lagi untuk membawa pulang rekaanmu ke KT.
Bak kata Arnold Schwarzenegger dalam filem thriller sains fiksyen, The Terminator, 1984.....
"I'll be back"

Beib rasa teruja bila balik.....
....sesekali berjumpa Ma K
dapat lepaskan rindu di jiw A
yang selama ini terpenda M
kerana biasanya Mak menghara P
sentiasa menungg U
kepulangan dan kehadira N
anak lelakinya yang sulun G

3 comments:

aliadijamina said...

Best nyaaaaaa.....dapat balik Anak Bukit....
Lia bulan 6 baru nak balik.... huwaaaaaaaaaaa........rindu kat Anak Bukit.......

Ibu Alin said...

Mak ada maklumkan yg Abg Beib dtg melawat abah.. Sekarang ni begitula keadaan abah...saya rasa abah kenal sanak saudara/tetamu yg dtg ziarah cuma sukar utk mengingati nama sahaja...

muhdabdrazak said...

Kami di T Gajah hari ni bawa paksu ambik ubat badan gatal2. Kena injection sejarum insyallah malam ni dpt tidur nyenyak kot. Banyak dah improve kesihatan nya cuma speech masih celaru, nak sebut sesuatu tapi keluaq yg lain. Cuma bezanya la dia look and sound happy. Kalau awal2 dulu bila kita tak faham dia mcm nak marah2 juga. Berkat doa semua Paksu makin sihat. Salam utk keluarga di KT