Friday, February 13, 2009

Naik pentas lagi....?

Teruja memikirkan tentang partisipasi

Assalamualaikum / Good Day.....

Satu lagi hujung minggu yang penuh dengan aktiviti keilmuan.
Bila saja mendapat fax dari JPNT menjemput aku menghadiri satu mesyuarat yang ada kaitan dengan persembahan Hari Guru Peringkat
Kebangsaan 2009, aku jadi teruja.
Sambutan kali ini akan diadakan di Kuala Terengganu.
Ini peluang yang tak harus dilepaskan. Dapatlah aku menambah satu lagi catatan penglibatan dalam resume atau CV aku. Bukan selalu dan semua orang dapat peluang begini.
Kata orang " Sometimes some things come once in a life time".
Kalau selama ini, berbelas tahun, aku hanya menjadi hakim atau adjudicator bagi pertandingan ini, dalam semua peringkat, kini tibalah masa untuk aku pula menjadi pesertanya. Tentu seronok menjadi sebahagian dari sejarah nanti. Apatah lagi persembahan di depan penonton terhormat di tempat sendiri.
Membuat persembahan sempena hari yang begitu bermakna bagi golongan pendidik tak wajar dibiarkan begitu sahaja.
Oleh itu, sebagai persiapan awal kami harus menyediakan skrip yang sesuai dengan tema dan persembahan.

Membuat retreat ke resort yang aman damai di pinggir KT ( ada kenalan yang tak suka tempat ini, tak tahu kenapa), aku dan enam orang rakan ( Yzel Sumarno, Rohaida, CK Rohaya, Quek Soh Theng dan Julia Shereen) mula merangka sinopsis cerita.Berdasarkan tema yang telah ditetapkan, kami berkongsi idea memastikan skrip menarik dan padat.

Masing-masing cuba memasukkan elemen-elemen penting yang ada kaitan secara langsung dengan kerjaya di bidang pendidikan. Persembahan ini diharap akan membuka mata penonton dalam memahami aspirasi dan tuntutan kerja sebagai pendidik.

Perbincangan dan sesi brainstorming memberikan input yang tak terduga. Pengalaman dan pembacaan mengayakan skrip.

Aku amat berharap agar persembahan kami nanti akan memberi impak yang berkesan dan mendalam. Mengambil bahagian dalam sesuatu yang baru memungkinkan sesuatu yang menarik.
Ianya tidak sama seperti penglibatanku mewakili Terengganu dalam Debat Bahasa Inggeris Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsan yang aku sertai beberapa tahun yang lalu.
Ini sedikit blurb mengenai apa yang akan dipersembahkan nanti.

YOU KNOW WHAT? Solo 1

WHAT? Solo 2 WHAT?solo 3 WHAT?solo 4

WE ARE TEACHERS SO WE TEACH RIGHT? Solo 1

YES WE ARE group 1

YES WE DO group2

NO, NO, NO, MY FRIENDS solo 1

YOU ARE ALL SO OUTDATED solo 1

WHAT DO YOU MEAN? Group 3

YES WE TEACH BUT THERE’S MORE solo 1

THERE’S MORE? everybody

YUP solo 1 , MORE group 1 , MORE g2, MORE all

.......................


Oh ya...lupa nak bagi tau. Ini bukan persembahan tarian poco-poco atau chicken dance tetapi aku akan menganggotai kumpulan Choral Speaking Guru-Guru Terengganu.

Beib masih bersemangat untuk melakukan sesuatu yang ...
menarik dan bermut U
serta mengadakan apa sahaja persembaha N
demi kepuasan dir I
tanpa melewati tuntutan syara K

4 comments:

azza_irah said...

salam..
pastinya ia menjadi lakaran memory indah untuk dikenang satu hari nanti.

melakukan sesuatu dengan kerelaan tanpa paksaan kan membuahkan hasil yang pastinya berbaloi...utk mereka yang tempias impaknya, juga utk kepuasan diri sendiri. sesuatu yang dilakukan dengan ikhlas dan komited pastinya akan menghasilkan sesuatu yang dipandang jujur di mata masyarakat.

..jadi diri sendiri lebih baik..

Rashid said...

ermm suka tengok permuafakatan dan perkongsian dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Moga beib beroleh kepuasan ..
Moga berjaya!

BEiB said...

azza...
terima kasih...
Rela dan puas adalah naluri manusia.Kerana menjadi diri sendirilah peluang perlu direbut kerana kadang-kadang ia datang hanya sekali.
"Its worth a try"...

BEiB said...

Cg Rashid..
Terima kasih..
Muafakat membawa berkat.
Berkongsi memberi erti.
Kolaborasi kearah peningkatan harga diri..