Sunday, February 8, 2009

Mari kita bina jambatan....

Bersama tetamu dari PDRM

Assalamualaikum / Good Day.....

Satu lagi majlis yang melibatkan personel dari luar yang memanjangkan silaturrahim.
Bagi aku, sebagai pengacara majlis kesekian kalinya, berkenalan dengan tetamu atau dhif jemputan memberikan kesempatan untuk bertukar fikiran dan mendapat maklumat.
Kehadiran Cif Inspektor Hj. Mohd Nasir, Ketua Balai, Balai Polis di kawasan aku untuk merasmikan majlis pada kali ini, membuka ruang melebarkan jaringan kenalan.
Seperti biasa aku akan "build bridges and not walls" bagi setiap perkenalan yang terjalin.
Kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi bertambah. Social etiquette menjadi mahir. Hubungan Interpersonal dipertajamkan.
Inilah antara perjalanan kehidupan yang mematangkan. Ia juga menjadikan kita bertambah wise dalam membuat keputusan serta lebih bijak menjustifikasikan segala tindakan.
Aku ingin belajar sesuatu yang positif setiap hari!

Beib sentiasa berusaha untuk menjadi lebih.....
baik dari sebelumny A
cekap dan mahi R
berinteraksi dan berkomunikas I
dengan sesiapa saja tanpa mengira kedudukan dan taraf F

*maaf/apologi ialah salah satu cara komunikasi yang meruntuhkan dinding untuk dibuat jambatan.

3 comments:

azza_irah said...

itulah sebabnya ada ungkapan yang menyatakan...'maaf adalah dendam yang terindah.."..
dengan maaf segala kecelaruan dan keresahan dapat ditenangkan...hubungan yang hampir terlerai jua dpt dibina kembali..

Rashid said...

Sikap keterbukaan dan mesranya interaksi dapat membina dan mengukuhkan lagi jambatan kenalan..

Teringat kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah.. tak rugi kita mempunyai ramai kenalan..

BEiB said...

azza...
ada juga orang mengatakan " Kalau semua dosa boleh diamaafkan, kenapa Tuhan jadikan Syurga dan Neraka?"
(ALLAH jua yg mengetahui)...
pun begitu, menjadi pemaaf adalah ciri interpersonal yang baik dan positif..