Tuesday, February 17, 2009

Ketam Udang Sotong

Pantai Teluk Ketapang...redup dan nyaman
Assalamualaikum / Good Day.....

Dengan pantainya sepanjang lebih kurang 224 km, banyak perkara yang boleh dibuat, dilihat dan dinikmati.
Beachcombers dan pencinta matahari, ya'ni mereka yang gemar berjemur, akan mendapati jajaran pantai di Terengganu sebagai satu taman permainan mega yang tidak berkesudahan. Dengan pasiran pantai yang terpanjang di tanahair, Terengganu, sebuah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, menawarkan rangkaian pantai-pantai yang menarik. Ada yang dipagari oleh pokok-pokok palma dan ada yang hebat dengan beachfronts. Semua pantai ini mudah diakses melalui jalan pantai yang menarik.

Salah satu pantai yang popular dan cantik berhampiran dengan kediaman aku ialah Pantai Teluk Ketapang. Hanya 1.5 km sahaja dari rumah.
Pantai yang dahulunya sepi kini mula dibanjiri pelawat apatah lagi setelah Lapangan Terbang Sultan Mahmud diperbesarkan.
Ada beberapa aktiviti yang disediakan di sini untuk pelancong seperti menunggang kuda, memancing dan bermain layang-layang.
Apa yang tidak diketahui orang ramai ialah jualan ikan, udang atau ketam pada waktu pagi dan lewat petang oleh pemancing dan pemukat individu. Harga yang berpatutan dan hasil laut yang segar memang menguntungkan penjual dan pembeli.
Dengan harga RM10.00 sekilo, ketam butang yang segar mudah berpindah milik.
Jadi, kalau kebetulan melintas di Pantai Teluk Ketapang dan terlihat bot kecil sedang ditarik ke pantai, berhenti dan bertanyalah. Mungkin anda akan membawa pulang hasil laut yang segar untuk santapan kelaurga.

Menikmati ketam rebus Teluk Ketapang

Selain dari menikmati panorama yang menarik serta membeli hasil laut yang segar, pengunjung boleh juga menjamu selera dengan makanan istimewa tempatan iaitu sotong celup tepung, ikan celup tepung dan keropok lekor.

ICT di Batu Rakit

Jika Teluk Ketapang tidak memikat, anda bolehlah teruskan perjalanan sejauh 15 km lagi dari Pantai Teluk Ketapang.
Terletak 30km dari Kuala Terengganu atau 15 km dari Merang di utara, Pantai Batu Rakit menganjur tanpa cemar dan dihiasi dengan bot nelayan yang berwarna -warni serta pohon nyior yang melambai.

Ada beberapa kampung nelayan yang selari dan bersebelahan pantai, jika melintas di sini perhatikan bot-bot nelayan yang baru berlabuh di pantai di waktu petang. Mungkin sebagaimana di Pantai Teluk Ketapang, kita akan dapat membeli perbagai jenis ikan, udang dan sotong yang segar di sini.
Malah ada juga gerai-gerai sementara yang didirikan untuk menjual hasil laut di sini.
Yang paling menarik di sini ialah gerai yang menjual keropok lekor. keropok losong, otak-otak dan satar.
Dikala cuaca baik, Pulau Redang dan pulau penempatan orang hanyut dari Vietnam, Pulau Bidong dapat dilihat dengan jelas dari Pantai Batu Rakit.

Cubalah ikan celup tepung (ICT) atau seafoods tempura yang ada di Batu Rakit. Pelbagai jenis tempura dihidangkan seperti ikan, ketam, sotong, udang, ikan pari keropok dll. Pantai ini juga terkenal dengan char koew tua.
Berjamulah jangan jemu.
Sambil menghirup angin Laut Cina Selatan yang segar, kita akan merasa terungkai segala perasaan atau prasangka yang buruk.
Atau mungkin juga ada lagi sisa-sisa memori lalu, bagai.....
"Ombak memukul pantai....pasir menangis tak siapa yang tahu...."

Beib gemarkan pantai dan.....
jangan lupa merasa apa yang dijua L
hasil laut yang dibuat tempur A
sambil makan merenung pula U
yang jauh terasa deka T.


*

6 comments:

mommy otai said...

saya pon selalu singgah mkn kat sini..
cuba mkn kat rhu 10..sdpppp

Ibu Alin said...

last week ikut hubby p meeting kat KB. Waktu balik kami ikut KT sebab nak enjoy scenery laut yg indah... Sori tak singgah ke rumah... Just lalu ja...

ILA said...

Salam PAk Beib..patutnya masa ila dtg ari tu..kena jumpa si blogger along kat Pantai tu.Tapi asyik hujan jerr...byak yg jadi tergendala.huh!!

amboiii...bestnya sotong & ketam kat sana besau2 belaka.aduiiiii!!

BEiB said...

Mommy otai..
lain kali kalau nak singgah, helo helo ler i.
I anak ikut makan juga...heheh
Rhu 10/Bari pun ada keistimewaannya..

nieja said...

sedapp nyee ketamm..

azza_irah said...

teluk ketapang meninggalkan seribu satu memori yang sehingga kini melekat kuat di hati. begitu juga deburan ombak dan putihan pasir di sana yang menyimpan banyak rahsia hati. selagi hayat dikandung badan memori dan rahsia itu tetap hidup dalam diri..

jika diizinkan olehNya...umpama rutin sejak 15 tahun yang lalu... insyaallah kaki ini akan jejak lagi ke Teluk Ketapang dalam masa terdekat ini.....kerana bumi terengganu terasa begitu dekat di hati..