Saturday, November 1, 2008

Hujung minggu pun kena jugak...

Assalamualaikum / Good Day.....
Minggu lepas memang sibuk sikit dengan pelbagai agenda dan mesyuarat yang ada kaitan dengan pendidikan.
Selain dari terlibat dengan sebagai AJK Dokumentasi untuk Konsert Pendidikan Negeri Terengganu yang akan berlangsung pada 9 November aku juga terlibat sebagai SU Pameran Seni di Ekspo Pendidikan Terengganu mulai 8-10 November 2008.


Peranan aku kecil sahaja. Aku hanya membantu dari belakang agar perjalanan program ini bertambah lancar. Beberapa kali mesyuarat diadakan bagi memastikan gerakerja terurus.
Alhamdulillah, moga majlis yang akan diadakan ini berjaya dan bermanfaat.
Dalam kesibukan membantu program diatas, aku juga dijemput untuk menjadi Adjudicator Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris, Pertandingan Aktiviti Pendidikan Kebersihan Peringkat Negeri Terengganu anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Majlis yang berlangsung hari ini, Sabtu, dari jam 9 pagi di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu berlarutan sehingga jam 2 petang.
Bagi sesetengah orang, hari minggu tidak boleh dan tidak mahu diganggu. Aku pun kekadang begitu juga. Namun, demi jemputan dan rasa tanggungjawab, istirehat hujung minggu terpaksa aku abaikan. Ini sedikit sumbanganku pada dunia pendidikan.
Seronok juga memenuhi masa melihat pelbagai karenah peserta dalam mempamerkan bakat berpidato mereka. Ini pernah aku ceritakan di sini , di sini dan di sini.
Paling gembira bila program yang sebegini seringkali menemukan aku dengan kawan lama dan kenalan baru. Sesuatu yang sangat aku harapkan. Kekadang kawan lama hanya terjumpa di majlis sebegini.
Hari ini aku dilantik sebagai ketua hakim dan bergandingan dengan bekas pelajar aku. Lebih kurang 25 tahun yang lalu dia berada dalam kelas aku, kini dia sekelas dengan aku! Terasa sangat berumurnya aku.
Tapi aku percaya dengan kata-kata:
" Age is mind over matter, if don't mind it doesn't matter.
If you remind me, then it matters"


Bersama dua Che Ku - Rohaya (bekas pelajar) dan Zarina
Beib bangga dilantik sebagai
orang yang diberikan amana H
dan tidak minta dibalas jas A
hanya sekadar diberi ha K
sambil berkhidmat serta berbakt I
dan tidak hanya duduk dia M

4 comments:

azza_irah said...

salam cikgu beib..

tahniah..
wl sedikit..wl terpaksa berkorban masa cuti..segalanya pasti berbaloi jika dilakukan dengan hati yg ikhlas.
sstu yg ikhals dan jujur pasti hasilnya akan mendamaikan kita..

brown colour..nice one..

BEiB said...

Terima kasih...
keikhlasan jua yang paling utama. Lain dari itu..ganjaran Illahi..


u like brown oso aaa...hehehe.TQ

azza_irah said...

pakcik..
do u...?

BEiB said...

azza_irah
Yes...i do..
brown is the earth tone...
it denotes freshness and life...
from where we come and where we will go..