Saturday, November 15, 2008

1511 mengintai lagi...

Sama sama mengintai masa depan

Assalamualaikum / Good Day.....
Sedar tak sedar dah 23 tahun kami bersama. Rasanya baru saja kami meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang lalu. Rujuk entry ini.
Betullah kata orang, masa berlalu terlalu pantas lantaran kesibukan serta kealpaan manusia.
Kali ini, aku sendiri tak tahu apa yang hendak dihadiahkan kepada isteri tersayang dan dia sendiri masih tercari-cari.
Aku cuba mencari perfume tetapi banyak yang tak berkenan di hati kerana baunya yang agak tengik. Bagi aku bau original yang best. Hehehehe....kalau tidak masakan bertahan sebegini lama.
Jangan ditanya apa petua kami.
Paling penting padaku: Percaya dan Gembira.
Guaner gamok KakWan?....masih mau beromantik ...
Beib berharap dapat kekal...
bersama hingga ke hari tu A
penuh rasa tanggung jawa B
pada anak, cucu dan ahli keluarg A
mencurah kasih sayang tiada ha D
hingga ke akhir hayat nant I

9 comments:

ILA said...

Aminnnnnnnn!!!!!
Tahniahhhhh!!! tak tau apa ila nak kata.Rasa teruja utk segalanya.
Semoga Berkekalan hingga ke Syurga..AMinnnnnnn!!!

azza_irah said...

tahniah..

BEiB said...

ila...
Terima kasih...
Moga doa itu akan memakbulkan harapan ila juga.
aaamin....

BEiB said...

azza..
kembali..
sepatah sudah memadai menzahirkan rasa penghargaan..
THE THOUGHT THAT COUNTS...

mad redo1 said...

Tahniah untuk yang ke 23

Anonymous said...

duapuluh tiga..huhu..lamanya bertahan..semoga dipanjangkan jodoh dan Usia beib..Umur saya baru 25..selepas 2 tahun saya dilahirkan beib berumah tangga

azlanlin said...

Percaya dan tanggungjawab atas platform masing-masing dengan adakalanya gabungjalin secara menyilang dapat menyemarakkan 'api cinta' yang membara.

Memberi dan menerima tiada sempadan adalah ramuan teristimewa..

Kassim Selamat said...

Beib & Kak Wan,

Tahniah ulang tahun ke 23. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Cantik nombor 1511 tu. Buat nombor plet kete cun!

BEiB said...

Sdr Mad Redo1..
Terima kasih..moga akan ada yg ke50.

fysal...
Terima kasih...
jodoh kalau datang tidak mengira usia.Manfaatkannya.

azlanlin...
kenyataan yg jitu...
pengalaman sdr juga membantu dlm mengeluarkan kenyataan.

Kassim Selamat...
Terima kasih.InsyaALLAH...
nak cari jg no plet cam tu..
sama tahun jatuhnya Melaka ke tgn Portugis...eheheheh