Tuesday, November 11, 2008

Terlebih kenyit....

Kak Long sedang memeriksa mataku
Assalamualaikum / Good Day.....
Dah 5 hari aku terasa pedihnya. Entah kenapa tiba-tiba perit. Nak kata pasir, tak jumpa. Nak kata elemen lain, tak juga ketemu.
Kejap-kejap pedih, meleleh airmata. Nak memandu pun rasa tak selesa apatah lagi membaca.
Kesibukan sepanjang minggu dengan mesyuarat, taklimat, persiapan pameran seni dan urusan-urusan seharian membantutkan aku menemui doktor.
Tapi pagi ini, aku bertekad untuk berjumpa doktor. Bimbang juga kalau-kalau penglihatan terjejas dan makin teruk. Sudah 3 pagi mata aku berair dan mengeluarkan mucopurulent discharge.
Dr Che Faridah @ Kak Long menegurku kerana membiarkan masalah ini berlarutan. Jangkitan bacteria mungkin berlaku kerana bahagian dalam mata kelihatan sangat merah (inflamed). Walaupun nampak macam conjunctivitis, masalah ini tidak menyebabkan jangkitan kepada orang lain.
Namun, kemungkinan untuk itu tetap ada.
Kami berbincang dan aku diberitahu tentang implikasi masalah mataku. Sambil itu Dr. Che Faridah cuba mengenalpasti punca mata pedihku ini. Lihatlah apa yang dibuatnya....

gambar oleh Adeq
Bila diperiksa tiada foreign body yang ditemui. Benda asing ini can be inert or irritating. Jika ia mengganggu ia akan seterusnya menyebabkan inflammation dan scarring.
Setelah dicuci dengan cotton buds, mataku rasa agak selesa (pinjam perkataan seseorang).
Aku kemudiannya diberikan Dextracin, sejenis ubat titik mata untuk 3 kali sehari.Moga penglihatanku bertambah baik dan pulih seperti sediakala.
Buat Adeq yang turut menemani aku, Kak Long telah meminjamkan 3 buah novel untuk dibaca dalam cuti sekolah nanti.
Reader's Digest Select Editions yang memuatkan 4 novel dalam satu edisi hard cover menampilkan tulisan novelis tersohor seperti Robert Ludlum, John Mortimer dan Robert Crais.
Harap-harap Adeq akan manfaatkan bahan bacaan tersebut.
Aku pun nak tumpang se kaki bila dah baik sakit mata....hehehe...
Terima kasih Kak Long!
Beib amat bersyukur dan menghargai...
pancaindera yang meninjau ala M
pemberiaan ALLAH Ta'al A
dapat merenung, menjeling, memandang serta meliha T
lantas mengagumi ciptaan Yang Maha Es A

8 comments:

nieja said...

hope u get well soon

azza_irah said...

ermm..merahnya mata..
kata sikit je..
len kali jgn degil..sebuk mana pun kesihatan tetap kena jaga..
bla bla bla...degil..
sekian...

azza_irah said...

kesibuKKan=kesibuKan..

BEiB said...

nieja..
thanks...getting better now..
hope ur in good health too..

BEiB said...

azza...
hehehe...ingatkan sikit je sebab tak nampak yg bahagian dalam.
Ok..ok..tak nak degil lagi..hehehe..
oppss....ejaan tu asyik silap je..
TK atas pembetulan..

mad redo1 said...

mitok2 buleh kelih molek doh lening... hehehe...

BEiB said...

mad redo1...
molek doooooh...
koho teghang bedeooh pulok
kena paka konteks lens kaler gelap ler pulook...
heheh....
TK atas doa che mad redo1 kiter..

Anonymous said...

dexacitrin..list A punya ubat tu..sure dapat mengawal conjuctivitis beib..takat CMC ajer tak jalan..so skrg dah ok ke mata Beib??