Saturday, October 18, 2008

RT2x

Juadah RT2
Assalamualaikum / Good Day.....
Tak pernah dalam sejarah kami mengadakan Rumah Terbuka(RT) sampai dua kali sempena Hari Raya Aidil Fitri (HRAF). Tahun ini kami terpaksa kerana memenuhi kehendak rakan dan kawan anak-anak.
RT pertama diadakan pada 3 Syawal. Kehadiran rakan-rakan tidaklah seramai yang dijangkakan kerana mereka masih beraya di kampung halaman masing-masing. Kes yang sama seperti RT tahun lepas. Walaubagaimanapun, juadah yang disediakan habis juga.

Mee kari dan satay
muffin
makanan terhidang untuk dinikmati
Sempena HRAF kali ini, ketiga-tiga anak daraku berpakaian raya yang unik menyambut tetamu yang hadir. Semuanya kerana mengingati dan meraikan saudara angkat mereka Misaki Yamamoto. Yukata yang diterima dua minggu lalu dijadikan pakaian rasmi HRAF tahun ini. Lihat dan baca info di sini.

Adeq, Qaqaq dan Acik bersiap menanti tetamu
bersama teman baik
Qaqaq melayan tetamu
Norzila dan famili
Salina dan Khairul serta anak-anak
RT kedua pula diadakan pada 17 Syawal. Kenalan yang tidak dapat hadir pada RT pertama berpeluang bertandang dan menjamu selera. Rezeki kalau ada memang tak ke mana, kata orang.
Yang paling istimewa ialah tetamu dari luar negara yang baru tiba ke rumah kami pada sebelah paginya untuk WEC. Beliau akan menginap selama 3 minggu di WKH.
Alycin Hayes, yang kebetulan sampai setelah 24 jam terbang dari Gainesville,Florida, USA, bertuah kerana dapat menikmati suasana sambutan HRAF serta menjamah pelbagai masakan tempatan.
Alycin menikmati mee kari dan bergaul dengan tetamu
Kehadirannya menarik perhatian rakan dan kenalan famili kami. Pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia beliau teruja oleh keramahan dan kesantunan jemputan kami. Moga first impression ini akan melekat dalam sanubarinya dan dibawa pulang ke negara asal dengan tanggapan yang paling positif.
Majlis ala hi-tea ini menemukan kenalan-kenalan lama dan baru.
Banyak yang dibualkan. Paling aku suka ialah bergaul dengan anak-anak kecil kenalan kami. Keletah dan fe'el perangai mereka sentiasa memikat hatiku. Malah aku sanggup melayan mereka sehingga yang ada yang tak mahu balik.
Jadi awas...sahabat-sahabat, Uncle Beib berupaya membuat anak-anak kecil menyuruh ibu dan ayah mereka pulang dahulu....heheheh...
Moga RT kali ini mengeratkan persahabatan dan menguatkan silaturrahim antara kita.


Menikmati hidangan sambil berborak santai

Beib akan terus menjemput kenalan ke...
majlis jamuan walupun ala kada R
moga silaturrahim dapat diera T


No comments: