Sunday, October 26, 2008

KUDA dan KITA

Assalamualaikum / Good Day.....
Sabda Rasulullah SAW :
“Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim).

Sukan equestrianism merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh Rasulullah selain dari memanah dan berenang.

Ramai di antara kita yang memang tahu bahawa berkuda itu amat baik untuk kesihatan manusia. Manfaatnya meliputi seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, juga fizikal dan mental.

Kontur lekuk badan atas (belakang) kuda, tempat di mana ditunggang, baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan cantering, trotting dan galloping iaitu cara kuda bergerak, berlari, melompat, vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni. Ini meransang saraf-saraf tulang belakang, seakan diurut. Ahli chiropraktik pun tidak mampu berbuat demikian. Inilah gerakan natural tulang-tulang vetebra semasa orang menunggang kuda.

Adeq bersama Alycin dan Rbf Super Sport yang akan ditunggang oleh Ruth, tidak boleh disentuh oleh sesiapa kecuali groom nya bagi mengelakan jangkitan penyakit dari kuda ke manusia dan sebaliknya.

Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga.

Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang melainkan dia terjatuh dari kuda itu sendiri. Selain itu menunggang kuda juga membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Lain-lain manfaat mengenai menunggang kuda bolehlah dibaca antaranya di sini, di sini atau di sini.

Walaupun banyak manfaatnya, ada di antara kita, termasuk aku tidak mampu untuk menikmati faedah pemberian Allah ini. Mungkin kerana kosnya yang agak tinggi atau minat yang tidak dipupuk. Terserah kepada tafsiran dan andaian sendiri.

Perkara ini turut dinyatakan oleh penunggang handalan wanita dunia Kejohanan World Endurance Championship 2008, Ruth Sturley,62 tahun, dari Ontario, Canada.

Pertemuan dan perkenalan dengan Ruth bermula melalui Alycin, 55 tahun, salah seorang groom untuk kuda Ruth. Sila rujuk entry ini.

Alycin yang menginap di rumahku membolehkan aku berinteraksi secara langsung dengan Ruth. Ini membawa kepada perhubungan yang lebih akrab melalui telefon untuk bantuan pengangkutan serta logistik.

Kesempatan mengenali penunggang bertaraf dunia ini, memberi idea untuk aku menjemput Ruth ke sebuah sekolah bagi berkongsi pengalaman serta pengetahuan dengan pelajar-pelajar.

Kehadiran Ruth dan Alycin memberi seribu makna kepada warga sekolah tersebut. Bukan mudah membawa atlit bertaraf dunia, tanpa appearance fee atau bayaran-bayaran sampingan yang lain. Semua dibuat atas dasar persahabatan dan social obligation. Aku bersyukur kerana berjaya melaksanakan satu tugasan yang turut memberi kepuasan kepadaku.

Walaupun singkat, pertemuan yang hanya dirancang melalui perbualan telefon, membuktikan bahawa PR haruslah berkesan dalam meyakinkan seseorang.

Ruth dan Alycin amat tertarik dengan minat dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pelajar. Walaupun slang Canadian American mereka pekat, namun pelajar dapat juga memahami sambil aku membantu sebagai penterjemah/alihbahasa bagi beberapa aspek yang teknikal.

Kesimpulannya, aku turut berbangga kerana dapat membawa pengalaman peribadi seorang atlit secara langsung kepada khalayak muda generasi Malaysia baru. Moga interaksi ini menjadi katalis kepada kemajuan sukan berkuda di Terengganu dan Malaysia amnya sejajar dengan minat KDYMM SPBYDP Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin yang menyatakan bahawa ” Ini sunnah yang dianjurkan Rasulullah SAW.”.

Equestrian helmet, berlogokan daun maple pasukan Canada direka oleh Ruth.

Alycin dan Ruth sedang menceritakan aktiviti berkuda dan aku tersengeh dengan helmet.

Sesi horse talk yang ditekuni oleh pelajar-pelajar

Stable No. 5 untuk kontingen dari Canada, USA dan Japan. Semua kuda dari setiap benua diletakkan di satu stable yang sama. Walaupun Japan dari Timur Jauh, namun kuda mereka berasal dari Amerika.

Adeq yang beriya-iya sangat ingin bertemu Super Sport di stable no. 5

Walaupun tidak dapat menyentuh Super Sport, akhirnya dapat juga menyentuh arca kuda dari pokok di pintu masuk ke TIEP.

Alycin dan Adeq, good buddies, di kantin tapak WEC Lembah Bidong, Kuala Terengganu.
Beib teringin merasakan kehebatan menunggang...
haiwan gah ini sejak kanak-kana K
walaupun masa kecil pernah menunggang kerbau dan lemb U
menunggang haiwan ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tiada ha D
serta kawalan dan kendalian yang istimew A

4 comments:

azza_irah said...

salam subuh..
menarik..

berkuda merupakan terapi bukan sj kepada org normal tetapi juga kanak2 khas..mmg ada dlm silibus..tapi jika kanak2 yg normal pun tak mampu dibawa utk merasai pengalaman berkuda apatah lagi kanak2 istimewa..

agaknya perlu ada inisiatif dari mana2 pihak agar sukan/pengalaman berkuda boleh diketengahkan di sekolah di malaysia tanpa meletakkan sempadan/karenah birokrasi agar ia mjadi satu amalan yg sihat pd generasi masa kini..

azlanlin said...

Berkuda
- aktiviti yang menyihatkan!

Dikudakan
- sesuatu yg membungkamkan!


Mari kita berfikir...

BEiB said...

azza...
cadangan yg bernas...
apa kata azza buat kertas kerja mengenai sukan berkuda dan panjangkan ke KPM bagi membolehkan anak-anak istimewa mengalami terapi berkuda..
Moga berjaya...

BEiB said...

azlanlin..
menarik mainan bahasa/istilah..
Kuda itu dikudakan oleh orang yang berkuda sebelum kudapan....
amacam..? hehehe