Monday, October 13, 2008

Kenapa Adeq....?

Adeq berehat di Wad6EF
Assalamualaikum / Good Day.....
Pagi Ahad:
Adeq pengsan?
Kenapa pulak jadi begini?
Serious ke?
Antara soalan yang bermain dibenakku sebaik sahaja dimaklumkan Adeq pitam di koridor bilik darjahnya pada jam 7.55 pagi.
Dalam masa 10 minit selepas maklumat diterima dari cikgu Salmah, aku telah sampai di sekolah Adeq. Dengan mata yang layu, muka yang pucat serta peluh yang meleleh, Adeq terbaring lemah di atas sofa bilik rawatan di sekolahnya. 5 minit kemudian Mamanya sampai.
Setelah mendapat maklumat dari guru dan kawan-kawan mengenai insiden 'gelap mata' itu, aku dan Kak Wan segera membawa Adeq ke Klinik An-Nisa'. Bulan Januari lepas Adeq sudah ke sana kerana demam.
Selepas memeriksa dengan teliti, KakLong menyatakan semua nampak o.k. tetapi menasihatkan agar Adeq dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), KT. Sebagai precaution dan rawatan yang lebih rapi katanya.
Jam 9.15 pg, kami sudah berada di Bilik Rawatan Kecemasan (Emergency Room - ER). Tekanan darah, suhu badan, blood sample serta rawatan ECG diberikan kepada Adeq yang kelihatan bimbang dan risau. Dia asyik bertanya, "nak operation ke papa?". Aku mententeramkannya dengan mengatakan bahawa dia akan o.k. Tangan aku digenggam erat.
Matron Sapiah serta jururawat-jururawat bertugas memberi bantuan dan layanan yang memuaskan. Kesibukan mereka di ER tenyata apabila menerima pelbagai kes kecederaan, kemalangan serta penyakit. 10 mil. paracetamol syrup diberikan kepada Adeq untuk menghilangkan peningnya.
Catatan BPM Adeq ialah: S95 D56 M71 dan SPO2 100% . Pembantu Perubatan bertugas menyatakan ianya sebagai paras dibawah normal.
Blood sample dari jari dan tangan Adeq diambil untuk pemeriksaan lanjut.
Pemeriksaan Electrocardiogram(ECG) juga dilakukan untuk mengesan aktiviti jantung. Analisis graf ECG tidak menampakkan masalah pada jantung Adeq.
Jam 10.20 pg. Pembantu Perubatan memaklumkan bahawa Adeq perlu dimasukan ke wad untuk pemeriksaan lanjut dan sebagai langkah berjaga-jaga.
Adeq dan Mama kelihatan gelisah. Aku masih relax sebab yakin tiada apa yang perlu dirisaukan kerana bagi aku Adeq memang sihat selama ini. Lagipun, dia di bawah jagaan doktor dan kakitangan kesihatan yang terlatih.
10.40 pg. kami sudah berada di katil 8, Wad 6EF.
Beberapa orang doktor sedang merawat pesakit di katil berdekatan dengan diselia oleh kenalanku Dr. Hasaruddin dan Dr. Azmi.
11.20 pg. Dr. Zulkifli Abd. Rani datang membuat pemeriksaan permulaan. Tidak banyak yang diperkatakan, cuma merekodkan diagnosis sahaja.12.00 tgh. Pemeriksaan kedua dibuat oleh Dr. Yau. Banyak yang kami bincangkan mengenai kemungkinan penyakit Adeq. Aku dimaklumkan beberapa perkara:
1. Hypoglycemia iaitu kekurangan paras glukos atau gula dalam darah.
2. Heatstroke /hyperthermia
3. Postural Hyper tension
4. Hypoventilation
Semua yang dinyatakan di atas mungkin penyebab Adeq pengsan. Dr. Yau meneliti semula rekod/sejarah kesihatan Adeq dan menyebut bahawa adalah normal seseorang itu pengsan atau pitam. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan sangat.
Tekanan darah (BP) Adeq semasa berdiri ialah 100/60 manakala duduk ialah 90/60.
Dr. Yau menyatakan ini adalah sedikit rendah bagi seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun seperti Adeq. Namun dia yakin tiada implikasi berat terhadap kesihatan Adeq.
Petang dan malamnya, Adeq kelihatan bertambah sihat dan segar. Seleranya kembali pulih.
Mamanya bermalam bersama Adeq dan aku menemani Acik di rumah.
Pagi Isnin:
Setelah berbalas SMS dan beberapa panggilan telefon, aku dimaklumkan oleh KakWan bahawa Adeq mungkin akan di discharge pada tengahari ini. Dr. Zul yang merawatnya pada jam 7.30 pg menyatakan bahawa semua petanda pada badan Adeq telah kembali normal.
Bila aku sampai di wad pada jam 10.30 pg untuk menyerahkan guarantee letter (GL), Dr Hasaruddin, Dr. Zul, Dr. Yau serta beberapa orang doktor pelatih sedang memeriksa Adeq.
Berdasarkan kepada perbincangan profesional antara aku dan kumpulan doktor itu, mereka mengesahkan bahawa keadaan Adeq adalah normal.
Kami sefamili bersyukur kehadrat ALLAH swt.
Kekhuatiran serta kebimbangan kami akhirnya terhapus. Tiada komplikasi pada diri Adeq.
Dengan genggaman salam serta ucapan TERIMA KASIH kepada ketiga-tiga doktor tersebut akhirnya Adeq telah di discharge pada jam 11.30 pg. dengan laporan berikut:
Diagnosis: Syncopal Attack (Vasoval Attack)
Complaint: c/o LOC 1st episode
Fit
Palpitation
SOB
BUSE : 3.5/135/5.0
ECG: SR
Pemeriksaan Fizikal:
GCS Full
Afebvile
BP: 90/54
PR: 83bpm
Lung - clear
No -neurological deficit
Rawatan:
Conservative mx

Beib berdoa agar tiada lagi ahli famili yang terpaksa masuk...
wad kerana apa jua penyakit atau musiba H
bimbang juga jika perlukan darah A,B atau O
moga semuanya sihat dan cerga S
mental kuat, fizikal tega P
hidup sejahtera setiap har I
tenang dan tenteram dalam beribada T
mencari rezeki untuk keluarg A
diberkati ALLAH suci dan hala L

3 comments:

azza_irah said...

semua dah kembali tenang..

BEiB said...

ya..ALHAMDULILLAH..
Terima kasih atas keprihatinan.

mad redo1 said...

mmmmm... elok-elok je linda keluar ada pulak orang lain menyusul... namun tak ketemuan jua...