Tuesday, May 1, 2007

Ribuan Spesies...Ratusan Pulau...Satu Kenyir


Berlatarbelakangkan Tasik Kenyir dari Loji Tenaga Hidro Sultan Mahmud
Assalamualaikum...
Kata orang"jauh perjalanan banyak pengalaman". Itulah antara kata-kata hikmat yang aku sering gunapakai demi mendapat pengalaman, pengetahuan dan kenalan.
Selama tiga hari dua malam dari 4 -6 April 2007, aku menikmati keindahan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Aku turut terpegun dengan keindahan semesta dan kebesaran Illahi.
Hutan hujan yang berusia 130 juta tahun dan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara adalah gandingan yang sangat unik tambahan pula merupakan pintu masuk dan sebahagian dari Taman Negara Malaysia.
Tasik, yang aku ketahui merupakan sebuah takungan air atau kawasan air yang luas dan dikelilingi oleh daratan.
Mengikut Wikipedia, A lake is a body of water or other liquid of considerable size contained on a body of land.
Tasik Kenyir atau Kenyir Lake, merentangi 260,000 hektar atau 260km persegi. Empangan terbesar di Malaysia yang dibina dengan batu. Bila kawasan ini dibanjiri air, kebanyakkan puncak bukit bukau berada di atas paras air, lalu menghasilkan 340 pulau-pulau buatan.
Hutan hujan yang mengelilingi kawasan tasik ini menyajikan pelbagai tumbuhan dan hidupan, flora dan fauna, termasuk ferns yang aneh, orkid yang esotik, burung kenyalang, gajah, badak, harimau akar dan pelbagai hidupan liar eksotik yang lain.
Terdapat lebih kurang 14 kawasan air terjun, serta sejumlah kawasan lata dan sungai, Tasik kenyir merupakan habitat pelbagai spesis ikan air tawar seperti Kelisa, Kelah, Toman, Baung, Sebarau dan Lampam.
Kaya dengan pelbagai jenis flora, yang dianggarkan lebih kurang 8,000 spesis bunga, 2,500 spesis tumbuhan dan pokok, 800 spesis orkid dan 300 spesis kulat/fungi, Tasik Kenyir yang terentang luas membawa kepada pelbagai penemuan dan pengembaraan. Alam semula jadinya
yang terbentang indah, hening dan tenang, menjadikan ia sebuah tempat bersantai yang sesuai untuk warga kota.
Aku yang kali kedua berkunjung ke Tasik Kenyir ini tidak pernah puas mengagumi suasana dingin, tenang dan menyegarkan. Tanpa televisyen, radio,telefon, komputer, internet serta alatan elektronik yang lain selain dari kamera digital dan video, terasa keheningan dan kesyahduan bila menjelang malam.
Aktiviti yang melekakan tak lain dari memancing kerana Tasik Kenyir terkenal sebagai syurga memancing ikan. Jadi, kalau ke sini dan tidak memancing tentu saja kita menjadi kera sumbang.


Selesai punggah 'ration' dari kereta untuk dibawa ke dalam houseboat
Khamis 4 April 2007
  • 6.45pg dihantar oleh isteriku ke tempat Rendezvous dihadapan Perpustakaan Awam Terengganu. Dari sana, Zolphin 'pick-up' aku jam 7.25 dan kami ke Pasar Cabang Tiga untuk membeli sedikit 'ration' tambahan.
  • 8.25pg Bertolak dari Kuala Terengganu (KT) ke Loji Tenaga Hidro Eletrik Sultan Mahmud (LTHESM) amat mengujakan dengan pelbagai cerita menarik mengenai perangai dan karektor teman-teman yang akan bersama-sama mengikuti ekpedisi ini. Kesemua sekali 17 orang termasuk dua orang pemandu 'houseboat ' kami. Uh!...lambatla buat karangan camni....baik aku repot cara mudah je....hehehehe...
  • 10.30pg. Sampai ke LTHESM, kami unload bahan/barang yang akan dibawa ke dalam 'boathouse. Seronok juga gotong royong angkat dan angkut barang. Aku relax sikit sebab jadi tukang ambik video....heheheh
    • Kerjasama memunggah barangan ke dalam houseboat - human chain.

  • 11.25pg. Ketua Rombongan Wan Razali (AyahWan) beri sikit taklimat mengenai ekpedisi kami. Semua nganga mendengar. Pastu Hj. Shuib, TokAji kami, bacakan doa selamat sebelum memulakan perjalanan yang dijangka mengambil masa 4jam. Hah! 4 jam....? phuh! Puaih cemuh....aku rasa cam fobia je....dok congok atas bot, tak leh nak bergerak jauh....Penawarnya hanyalah TIDOR....
  • 11.30pg. Bot mula bergerak ke destinasi...Coverage handphone ada lagi beberapa 'bar' lagi sebelum hilang terus. Aku sempat hantar mesej dan call isteri memberitahu kami dah mula bertolak.....Untuk 3 hari 2 malam seterusnya kami tak mungkin boleh menghubungi dan dihubungi oleh sesiapa melalui telefon. Kena beli telefon yang gunakan iridium satellites baru boleh contact manusia lain kot. Tapi syarikat ni dah bankrup pada Ogos 1999....kalau ada pun kena bayar USD3 -14 seminit untuk satu call....giler kau! habis tu camna?....Sabar dan doa je lah agar tiada sesuatu yang buruk berlaku kepada kami dan yang ditinggalkan.....Sepanjang perjalanan kami hanya berborak, makan kacang,ronda keliling bot dan menikmati keindahan tasik, mengambil foto/video serta lelapkan mata...
  • 12.20ptg Kami sampai di check point Taman Negara, Tanjung Mentong untuk bayar dan ambil permit masuk Taman Negara RM1.00 seorang, permit kamera RM5.00 sebuah dan permit Memancing RM10.00 seorang. Semua telah diurus oleh pihak urusetia ekspedisi.... Cantik juga pemandangan kat tempat ni...Aku rasa pegawai yang bettugas kat situ mesti 'pueih cemuh'(bosan) juga dok tunggu orang singgah ambil permit...Walau apapun itu tugas dia...
  • 2.30ptg....perjalanan diteruskan melalui bahagian tasik yang semakin kecil dan sempit tapi scenery nya hebat..
  • Santai menghala ke destinasi yang mengujakan

  • 3.40ptg. Setelah 4 jam mengharungi tasik yang amat luas ini kami akhirnya sampai ke destinasi yang ditujui. Sebuah jeti mudah alih untuk bot kami berlabuh telah sedia menunggu. Pelantar berpagar dibuat khas untuk kaki pancing. Walaupun agak usang dengan lantainya yang berlubang dan reput, kaki pancing seperti Mat Ghawi, Jo, Naim, anak AyahWan…hmmmm…sapa nama ek? tentu takkan lepas peluang untuk bertenggek menanti dengan sabar mata kail dijamah ikan. Whatever ikan tak penting sangat asalkan dapat….Lampam kira ok….tapi kalau Sebarau, Toman, Baung atau Kelisa dianggap satu bonus. Berlabuh saja bot, kaki pancing terus saja dengan alatan memancing mereka. Ada yang duduk,berlunjur, mencangkung dan berdiri menanti umpan dipagut ikan. Yang banyak disini ialah ikan lampam. Berumpankan biji kekabu atau buah kelapa sawit ‘jeruk’ yang telah diperam beberapa hari, ikan lampam bagaikan berpesta dipermukaan air. Buah kelapa sawit ditabur sebagai ‘rasuah’ kepada ikan yang menggila berebut memakannya. Jo, bagaikan pawang ikan, silih berganti menaikkan ikan lampam sedangkan orang lain baru nak cuba memahirkan diri memegang pancing. Tanpa joran mahal dan sofistikated, Jo dengan joran batang pelepah kelapa sawit, mampu menangkap berpuluh-puluh ikan lampam. Dia seolah-olah ‘mengaut’ ikan dari permukaan air. Bijaaak!...
    Aku…? Hanya mampu menaikkan 2 ekor ikan lampam. Best jugak bila umpan diragut ikan. Thrill nya semacam je….Kami cuma berhenti untuk mandi dan solat sahaja. Makan pun bersama joran ditangan…..What else to do..?
  • 7.30mlm… Sesudah solat qasar dan jamak ta’dim,maghrib dan isyak, kami menikmati makan malam, nasi dengan lauk ikan kering, sayur serta lebihan lauk nasi lemak yang dibawa oleh Puad dan Mad Ghawi. Apa saja yang dihidangkan ditempat yang tiada pilihan ni semuanya terasa amat sedap dan nikmat…. Selepas tu apa lagi? Memancing terus……Ikan-ikan lampam bagaikan tak tahu bahawa ramai kawan-kawan mereka telah dinaikkan ke atas dek bot dan dimasukkan ke dalam sangkar yang diikat ditepi bot…”Their lost is our gain”.
  • Ikan lampam pun ok gak...dari tak dapat langsung

  • 12.30 mlm…Sedar tak sedar dah lewat malam. Enam orang member kami asyik main terup 600. Gelak ketawa mereka memecahkan keheningan malam. Bunyi lain yang didengar hanyalah unggas dan kocakkan air, ikan menangkap umpan. Mata aku masih segar dan tekun memancing. Sesekali kelihatan kelip-kelip lampu pesawat / jet yang melintas di atas. Banyak juga ikan lampam dan baung yang ditangkap pada malam itu….
  • 2.30pg…mata dah ngantuk, badan letih, bantal memanggil….time lelap mata la pulak… Sedang aku menarik selimut, masih terdengar lagi member lain yang bermain terup mengilai ketawa….jangan makhluk lain mengilai dah la… Ini hutan dara tropika woo…

    Jumaat 5 April 2007


  • 6.15pg…Masih gelap dan berkabus…mandi air tasik amat mengasyikkan. Airnya nyaman dan suam…kenapa ek? kalau kat rumah, sejuk menggigil mesti guna hot shower. Selesai solat subuh berjamaah kami pekena nasi goreng, recycle nasi semalam.
  • Sarapan pagi sambil mengadap tasik yang masih berkabus...Ikan menggila menanti dipancing

  • 7.30pg….memancing lagi…. Suasana hening dan nyaman amat mengujakan. Ikan lampam pun macam kami juga,kelaparan. Sambil makan kami menghulurkan mata pancing ke dasar tasik…. Banyak lagi ikan lampam kami naikkan. Seronok menyentap joran, melihat ikan menggelupur di mata kail.
  • 8.45pg… Aku, Zolphin dan Hj. Shuib cuba menjelajah persekitaran tasik tempat kami berlabuh dengan menaiki bot kecil kaca gentian yang diikat dan ditunda oleh houseboat. Walaupun ada enjin sangkut 40 kuasa kuda, kami lebih selesa mengayuh menggunakan dayung kayu yang disediakan. Zol dan Hj. Shuib berdayung dan aku, seperti biasa, mengambil foto dan merakamkan video. Nampak ringan tapi tanggungjawab berat sebab inilah satu-satunya dokumentasi yang akan kekal dalam lipatan sejarah. Seronok teramat kerana akhirnya dapat juga kami menghampiri papan tanda yang unik. Tak ramai yang dapat peluang berposing kat sini.”SUNGAI TERENGGAN” satu nama yang gah kerana disinilah dipercayai bermulanya nama negeri TERENGGANU….(cuba baca kisah ni)
  • Being here makes me feel GREAT!

  • 9.45pg…Balik semula ke houseboat sambil berehat kami meneruskan aktiviti memancing… banyak lagi ikan yang kami naikkan. Mad Ghawi berjaya menaikkan anak toman. Riuh seisi boathouse….selepas cubaannya yang pertama tinggal joran saja. Umpan dan mata kail dilarikan toman….
    Tak banyak aktiviti yang kami lakukan pada petang dan malam tu selain dari memancing, makan, tidur, lepak, borak dan santai….. Tiada masalah, tiada stress...
  • 11.30 mlm…aku tidur agak awal sebab terlalu letih. Entah apa yang diletihkan tak taulah. Kedinginan dan ketenangan malam menyenyakkan lenaku. Tiada nyamuk, tiada deruan kenderaan…..alangkah nikmatnya tidor…

    Sabtu 6 April 2007

Lepas subuh, relax kejab nikmati keindahan dan kesyahduan alam

  • 6.05pg.. aku bangun dengan laungan azan dari houseboat sebelah. Kumpulan itu baru sampai petang semalam dan berlabuh lebih kurang setengah kilometer dari tempat kami. Lewat malam tadi mereka berpindah kesebelah houseboat kami, menjadi jiran. Aku bangun dan mandi sepuas-puasnya. Selesai solat subuh, aku mula packing.
  • 7.00pg….Houseboat mula bergerak meninggalkan tempat labuhan menuju ke pangkalan. Aku membantu member dapur menyediakan burger untuk sarapan….. 25 biji burger yang hidangkan di habis ditelan. Sepanjang perjalanan balik kami menikmati keindahan pemandangan disekitar tasik. Air yang hijau kebiruan atau sebaliknya biru kehijauan diliputi kabus nipis kelihatan agak ‘eerie’ seolah olah dalam filem ANACONDA….
    Agak kecewa aku kerana tidak berpeluang melihat atau bertemu dengan binatang-binatang eksotik semasa berlabuh di Sungai Terenggan. Hanya memerang dan burung sewah sahaja yang kelihatan bermain dan mencari makan disekitar houseboat kami.
    Pun begitu, pengalaman berada bersama alam semulajadi dan menjadi sebahagian daripadanya amat bermakna buat aku.
    Empat jam di atas houseboat, perlahan-lahan kembali ke dunia sebenar membuatku rasa terharu….
  • Menghayati alam jurasik - natural naturally

  • 11.00pg…kami selamat sampai kedestinasi. Semua barang-barang dipunggah naik ke darat. Ration yang lebih ditinggalkan sahaja dalam bot.
  • 11.30pg….Kami mula bertolak ke kampong Jenagor dan singgah di rumah Jo untuk mengambil tiga buah kereta yang ditinggalkan disana. Ikan yang dipancing selama kami di Tasik Kenyir diagihkan. Hampir 25 ekor seorang...Walaupun aku tak berapa gemar memakannya, aku rasa kakak iparku MEK mesti suka...
  • Zolphin dan aku bertolak balik dengan ingatan, kenangan dan pengalaman yang tak mudah dilupakan. Kami menyaksikan pelabagai watak teman-teman yang tak pernah kami lihat semasa bertugas secara rasmi. Impromptu, informal, bersahaja serta sikap luar dari kebiasaan jelas kelihatan semasa ber 'outing' begini.
  • Namun ia merupakan satu pengajaran yang amat bermakna........perbincangan kami semasa dalam perjalanan mengeratkan pershabatan kami....

Tasik Kenyir : Enjoy Nature, Kenyir Naturally.

Beib pesan:

Memancing takkan rasa penaT
atau puAS
kalau nasib baIK
suka ke atau tak suka KE
kena pegang juga ikan walaupun haNYIR

No comments: