Tuesday, May 15, 2007

Guru Oh Guru

Assalamualaikum / Good Day.....
GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG
"TERIMA KASIH CIKGU"

Tak sampai beberapa minit sahaja lagi akan masuk hari Rabu 16 Mei 2007. Tarikh keramat buat warga pendidik. 16 Mei terpahat sebagai HARI GURU buat warga pendidik di Malaysia.
Guru (dari bahasa Sanskrit ) ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman moden ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.
Dari segi
agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para pendita yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal kerohanian.

Hari Guru Antarabangsa ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun.
Tetapi di
Malaysia, Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai
Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Sebahagian diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Guru"

Istimewa buat rakan guru di mana jua anda berada....
Hidup biar jadi GURU bukan Gauru

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki;

Berguru kepalang ajar,

Ibarat bunga kembang tak jadi.

(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yangdiselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), Kuala Lumpur, 1989


Beib pun.....
Ingin menjadi Guru Penjana Modal Insan Gemilan G

Cuba mewakili seribu buk U

lembut sabar tunjuk aja R

ingin budi diapungkan di dulang ilm U

No comments: