Thursday, May 3, 2007

Penghuni laman

Kediaman penghuni laman rumahku


Assalamualaikum...
Dalam pada sibuk menyiapkan landskap dibahagian hadapan kediaman, aku temui penghuni-penghuni yang turut menjadikan kawasan sekitar kediamanku sebagai tempat berteduh dan berlindung. Seronok melihat makhluk ini berkongsi suasana dan environment yang kondusif. Moga mereka juga turut diterima oleh manusia lain di tempat yang lain kerana semuanya bumi ALLAH...
Anak bongsuku, SYAZANA @ Adeq begitu teruja bila melihat anak burung dan sarang Burung Merbah (Hook-billed Butbul) yang terselit dicelah daun pokok salak. Aku sendiri tak pasti dari spesis Merbah yang mana.
Adeq dengan anak burung Merbah


Anak burung Merbah dalam sarang di celah daun pokok salak

Menanti kepulangan ibu, kelaparan dengan penuh harapan

Burung Ciak Rumah /Burung Ciak Urasia (Tree Sparrow ) atau nama saintifiknya Passer montanus yang menjadikan pokok dari spesis sireh/keladi sebagai kediaman mereka. Lihatlah betapa cutenya anak dan telur burung-burung tersebut.

Daun yang digulung menjadi sarang

Kapas yang diambil dari pokok berdekatan dijadikan sebahagian dari sarang.

Sekuntum kapas?

Dua biji telur burung Ciak Rumah menunggu masa untuk ditetaskan

klik sini untuk melihat foto-foto spesis ini.

Pokok kapas/ cotton yang ditanam oleh Mak aku,

Hjh. Embon Hj. Jusoh di tepi pagar kediamanku.



Beib pesan:

Jangan dilastik atau di BURU

apatah lagi kalau dikuru NG

They wanna live too!

1 comment:

Rickywan said...

Beib...cantik gambar anak burung tu...suka saya...kalau boleh bila postkan gambar, jgn gunakan terlalu besar, nanti blog ini movement nya akan berat...just for info