Friday, May 18, 2007

Laman nyaman

Laman asal hampir tidak terurus
Assalamualaikum / Good Day.....
Pagi ni tak ada apa-apa yang nak dibuat cuma berehat dan melihat-lihat kemajuan taman/landskap yang sedang dalam pembinaan di depan rumah. Dah bertahun nak buat landskap tapi tertangguh. Akhirnya, setelah berbincang dengan KakWan(isteriku), membelek majalah, melawat laman sahabat/kenalan dan menjelajah di alam siber, kami bertekad untuk siapkan juga laman idaman kami.
Kalau dulu kami DIY saja,kali ni kami minta bantuan kenalan kami Kujo dan CekMat untuk merealisasikan hasrat kami. Kujo, sebagai jururunding landskap manakala CekMat sebagai tok tukang. Aku dan KakWan? Pemerhati/pengkritik/pengomen(betul ke?)pengeluar RM$....dll yang sewaktu dengannya.

Pergola sedang disiapkan

Setakat ni Alhamdulillah...progres kerja ok. Dah 3 minggu pembinaan dan pengubahsuaian berjalan. Harapan kami dalam sebulan lagi akan kami nikmati sebuah laman ala neo nusantara/tropika/Bali dengan 'decking', pergola, 'gateway','water feature', wakaf dan 'green'. Sebuah taman beridentitikan Melayu Malaysia diberi nama Neo Nusantara. Ia direka berdasarkan lima prinsip pancaindera - pandang, dengar, hidu, sentuh dan rasa. Jika kelima-lima prinsip itu bersatu maka terhasillah satu taman yang sempurna.

Sebenarnya dah lama diimpikan laman yang santai sebegini namun keupayaan kewangan terhad. Aku rasa belum terlambat nak menikmati suasana begini. Kalau beli/tukar kereta akan susut nilai tapi kalau buat penambahbaikan rumah atau hartanah akan ada 'value added' atau nilai tambah / tambahnilai...

"Stream" untuk 'water feature' sedang dalam proses pembinaangateway yang dicadangkan

Semoga harapan untuk memiliki laman yang nyaman akan tercapai....
Any special name to suggest for this "laman" ?....
* akan di update dari masa ke semasa

Beib dah lama inginkan....

Laman yang specia L
dapat menikmatinya seisi keluarg A
siang dan mala M
selepas penat bekerj A
duduk bersantai sambil makan maka N

3 comments:

Noushy Syah said...

Landscaping would make a house look more inviting and charming.Good job dude..

p/s Nice creative way of posting-especially at the end of your entries..amazing.I love it...

Orked said...

sy suka konsep DIY ni....encik Beib tau sy pun buat kolam bagai2 kt taman tu DIY juga...ada beberapa gambar kat dlm blog saya...

raihan hassan said...

cantik arch tu..buat sendiri ker bang?nak tempah satu boley???saye ne cukup suke kalo konsep ala2 melayu ne..