Wednesday, October 15, 2008

Tujuh Empat Tujuh Empat Ratus

747-400 di ruang udara Gong Badak
Assalamualaikum / Good Day.....
Menyaksikan kehadiran salah satu pesawat yang terunggul dan terbesar melintasi ruang udara atas bumbung rumahku adalah sesuatu yang mengujakan.
Pendaratan sulung pesawat Boeing747-400 yang berharga lebih kurang USD 230 juta sebuah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 4 km dari kediamanku pada 11 Oktober adalah satu sejarah dalam penerbangan udara di Terengganu. Walaupun model Boeing ini yang juga dikenali sebagai Jumbo Jet telah lama menerjah angkasa raya sejak 1970, namun ia belum pernah menjejakkan tayarnya di bumi Terengganu ini.
Landasan lapangan terbang yang baru dibesar dan dipanjangkan ini telah 'mengorbankan' banyak kediaman kenalan dan kawan-kawanku. Ianya semata-mata untuk memberi ruang kepada garuda angkasa ini. Semuanya atas nama pembangunan serta kemajuan.
Sesungguhnya kehadiran B747 ini akan memberi rahmat kepada jemaah haji dari pantai timur yang akan menggunakan khidmatnya untuk ke Mekah. Tidak lagi bersusah payah untuk ke KLIA. Malah menjimatkan masa, tenaga dan belanja jemaah haji.
Penerbangan terus KT- Jeddah yang akan bermula pada 13 November sehingga akhir Disember mampu menerbangkan lebih kurang 3,000 orang jemaah.
Kerajaan negeri dikhabarkan akan membelanjakan RM4.7 juta untuk pengendalian 10 Jumbo jet ini semasa WEC 2008. Wah! banyak tu.
Aku berharap suatu hari nanti aku dapat juga menaiki pesawat icon ini walaupun dah biasa terbang dengan DHC-6 Twin Otter, Fokker F27, B737, Airbus 320, DC10 dan Ilusyin II-96.

Famili bersama B737-400
Adeq dalam kokpit 737-400
Beib memang meminati...
pesawat untuk pergi melancong samada bersendirian atau pake J
menaiki pesawat dari pelbagai seri E
merasa keunikan dan teknologi yang heba T

5 comments:

azza_irah said...

cikgu beib..
rindu saat2 menetap di terengganu dl..rumah pertama sewaktu pindah dari johor ke terengganu betul2 di tepi pagar airport tu..
buka tingkap bilik depan mata je pagar tu...
tapi kini mgkin rumah tu dah lama dirobohkan..

BEiB said...

Oo..yang tinggal hanya kenangan.
Tak ada lagi rumah/bangunan disekitar itu.
tak lama nanti semua bagunan disekeliling LTSM akan di robohkan. Akan tersergamlah bangunan LTSM sahaja. Pengorbanan demi pembangunan?

ILA said...

Assalamualaikum buat tuan umah di sini.
Nampaknya bertambahlah kemudahan yg di sediakan utk KT.
aikkk..bley mlawat sampai ke ruang kokpit??

BEiB said...

Wkmslam...'Alhamdulillah...KT bertambah maju..
Mai la sini...naiki "belooon"...
Ada spesel permission tu...nak masuk kopit...heheh

nieja said...

wah spesel prmission lagik..ehe