Friday, June 1, 2007

Out of this world...

Assalamualaikum / Good Day.....

Pagi tadi aku terima satu sms dari kenalanku... SMSnya ringkas tetapi mengejutkan.
"suami cg norliati meninggal dunia petang semalam d kl. kanser. kebumi jam 11 pg".
Jam ditangan menunjukkan pukul 9.05 pg. Aku harus pergi menziarahi arwah dan keluarganya kerana dah lama aku tak bersua muka dengan mereka. Balu arwah merupakan staffmate aku semasa aku bertugas ditempat lama, 5 tahun yang lalu. Arwah suaminya adalah staffmate abang iparku pula.
Sesampai di kediaman arwah pada jam 10.15 pg, jenazahnya telah diangkat masuk ke dalam kereta jenazah untuk dibawa ke tanah perkuburan Jeram,KT. Aku hanya sempat sedekahkan ALFATIHAH tetapi tidak sempat menatap wajahnya, cuma berpeluang bersua dengan balu serta anak-anak arwah sambil mengucapkan takziah.
Hening sungguh suasana di pagi tersebut.
Dari kenalan yang kutemui, mereka mengatakan bahawa arwah menderita kanser usus (stomach cancer) sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan telah menjalani pembedahan di Hospital Ampang Puteri, KL... Kanser yang dihidapinya dah sampai keperingkat kritikal yang menyebabkan arwah tak mampu diselamatkan lagi...
Walau apapun, sesungguhnya ALLAH lebih mengasihinya.
Dalam perjalanan balik pada jam 11.15pg, aku sempat singgah menikmati sarapan roti canai dan milo disebuah kedai makan dan terpaku dengan papantanda yang menarik di situ.
Lalu aku membuat kesimpulan bahawa ia mungkin ada kaitan dengan artis Raja SMS . Walau apapun, ia menginsafkan aku bahawa, aku telah menziarahi seorang Hamba Allah yang telah meninggalkan WORLD ini dan kembali kepangkuanNYA di WORLD yang lain...alam barzah. Sesungguhnya,
DUNIA INI HANYA PINJAM PINJAMAN JUA....


Beib insaf....

It's ALLAH's la W
like it or not, human have to g O
and will be judged hereafte R
for all the good and evi L
that they have committed on HIS lan D

1 comment:

Orked said...

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan hikmahnya di pinjamkan beliau sekejap di dunia menjadi sahabat kepada semua. Ampunkan dosa2nya Ya Allah..ampunkan dosa2 kami ini

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya... Al-Fatihah