Setelah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama lebih kurang 28 tahun, semalam Khamis, 28 Jun 2007, aku baru dapat merasai penghargaan yang diberikan padaku. Walaupun Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) ini agak lewat bagiku, namun aku tetap bersyukur kehadrat ILLAHI. Pengorbananku selama ini dimakbulkan ALLAH. Keikhlasan bekerja dan komitmen yang aku berikan selama ini hanya dilihat oleh Boss aku yang terbaharu ini, Pn Hjh Jamnah bt Saad. Terima kasih Kak Jam.
APC merupakan penghargaan dan pengiktirafan Kementerian Pelajaran terhadap kewibawaan guru. Kecemerlangan dalam empat kriteria disenaraikan bagai memenuhi pencalonan anugerah iaitu perkhidmatan cemerlang sebagai guru bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion perguruan dan pendidikan, penglibatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah dan khidmat masyarakat dan kecemerlangan dalam bidang-bidang lain.
Aku sebenarnya tidak mengarapkan apa-apa balasan atau ganjaran di atas apa yang telah aku lakukan, TERIMA KASIH sahaja pun sudah memadai.Wang ringgit bukanlah segalanya. Mungkin aku bukan jenis orang yang terlalu 'ambitious' dan 'kebendaan' kot? Entah lah.... ada juga manusia yang aku lihat berulang kali naik pentas berselang tahun, menerima APC bukan kerana cemerlangnya berkhidmat tetapi kerana cemerlangnya mengipas dan membodek. Aku tak mau komen tentang tu...yang aku tau, aku ikhlas dan menjalankan tugasku dengan baik. Kesempurnaan pastinya tidak mungkin kerana "Nobody is perfect".
Aku sendiri telah lama berkhidmat dan turut menyumbangkan tenaga serta buah fikiran dalam pelbagai bidang pendidikan terutamanya Bahasa Inggeris (BI) dan Pendidikan Seni Visual(PSV). Membantu PPD, JPN, PPK, BBT, LPM, KPM sebagai Kakitangan Sumber, Jurulatih Utama (JU), SU PSV Negeri, Panel Hakim, Panel Penilai Buku Teks, Panel Penggubal Modul BI &PSV, Panel Penggubal Kurikulum, Panel Pembinaan Item dll. Bukan bermegah diri cuma kekadang kecewa kerana pengorbanan ini dipandang sepi oleh segelintir teman dan pentadbir yang hanya melihat mereka yang berada disekeliling yang sentiasa menghurung dan mengimpit agar dilihat menjalankan tugas walhal sumbangannya tak seberapa.
Aku yang sering dijemput oleh pihak-pihak di atas dianggap keluar tanpa memberi sumbangan kepada 'core bussiness' ku iaitu mendidik. Mereka gagal melihat sumbanganku secara global dan kebangsaan. Sumbangan kepada anak bangsa yang menyeluruh.
Tidakkah sebagai panel menyiapkan modul untuk kegunaan semua pelajar diseluruh negara itu satu khidmat yang mulia? Adakah menjadi Jurulatih Utama tidak berkhidmat untuk profesion itu sendiri?
Kadang-kadang aku menjadi bingung, tapi aku tetap dengan pendirianku bahawa ALLAH jua yang terbaik atau ALHUSNA seperti antaranya, ALJABBAR (MAHA PERKASA), ALMUTTAKABIRU (MAHA MEGAH) , AR RAZZAK (MAHA PEMBERI REZKI), ALHAKKAM (MAHA MENETAPKAN HUKUM)....
Lalu apa lagi yang kita perlu pertikaikan? Segalanya aku serahkan kepada ALLAH..
Buat teman istimewa..
Beib amat bersyukur kerana dapat...
berkhidmat untuk agama, bangsa dan negar A
walaupun tidak mengharapkan penghargaa N
namun ada insan yang tah U
segala komitmen dan apa yang aku sumban G
Oleh itu, De E
bersabarlah, jangan kau gusa R
tiba masa ALLAH akan buk A
pintu rahmat dan juga rezeki melimpah rua H
3 comments:
TAHNIAH...CONGRATULATIONS BEIB..Jika itu rezeki kita ..maka dapatlah kita penghargaan itu..alhamdulillah.
Terima kasih KL..rezeki ALLAH datang dalam pelbagai bentuk...walaupun pernah di'pangkah' disaat akhir, ALLAH MAHA MENGETAHUI dan ADIL lalu diberi dalam bentuk lain...Syukur...
clap clap clap!! Congratz Beib...APC initially I tot it's APEC, kinda terkejut jugak eh apa pulak APEC nih hehhehe...
Those APC will motivated you more into your noble career...
Congratz Cikgu, bila nak belanje nih...
Post a Comment