Dah seminggu tak masuk entry, sibuk sesangat. Macam macam aktiviti/program dalam seminggu ni:
Mesyuarat Pengurusan
Perasmian Hari Koperasi Sekolah (19 Jun 2007)
Kem Kecemerlangan (21-23 Jun di Pusat Penerangan KETENGAH, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir) - Terima kasih kepada KETENGAH dan En. Mukhtar bin Che Ali, Pengurus Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir.
dan tadi Majlis Persaraan seorang sahabat, Tn. Hj. Razali bin Yusof, di Gem Beach Resort. Semuanya perlu dihadiri dan terlibat secara langsung, semua merupakan pengalaman, semuanya menambahkan ilmu... Aku gemar keterlibatan (positif) dan keilmuan.
Dalam pada sibuk-sibuk tu aku terpandang pokok sirih atau betel , yang aku tanam hampir 4 tahun yang lalu di tepi garaj sebelah rumahku. Uh! dah besar rupanya dan menjalar ke siling garaj pulak tu.
Sirih menjalar di trellis
Unik juga pokok sirih ni seunik kegunaanya.
Aku terbaca sebuah buku yang ditulis oleh dr. Rini Damayanti Moeljanto,dipl.CN Mulyono berjudul Khasiat dan Manfaat Daun Sirih Obat Mujarab dari Masa ke Masa,2005.Banyak informasi yang ada dalam buku ini berkaitan dengan sirih. Rupanya sirih ini merupakan salah satu tanaman ubat yang telah dimanfaatkan bangsa-bangsa di Asia Tenggara sejak zaman neolitik, 3,000 tahun yang lampau. Selain sebagai ubat, sirih juga digunakan dlam berbagai ritual adat dan keagamaan.
menjalar di planter's box
Sirih (Piper betle) adalah sejenis tumbuhan memanjat yang tergolong dalam famili Piperaceae. Menarik sekali dalam Wikipedia dinyatakan bahawa The Betel plant originated in Malaysia and now grows in India, Indonesia and Sri Lanka. Jarang kita jumpa tanaman yang betul-betul asli dari Malaysia. Tapi dalam buku ini penulisnya menyatakan asal usul tumbuhan ini tidak diketahui dengan pasti. Beliau menyebut bahawa tradisi makan sirih, berdasarkan catatan perjalanan Marco Polo, kemungkinan besar berasal dari kepulauan Indonesia tanpa menafikan India sebagai salah satu puncanya.Walau apa pun sirih kini bukan lagi satu makanan yang digemari oleh orang Melayu khususnya. Jika dulu makan sirih adalah budaya 'pembuka bicara' kini ianya hanya digunakan dalam perubatan tradisional sahaja selain dijadikan produk komersial berbentuk jamu yang kebanyakkannya dipasarkan oleh syarikat-syarikat dari Indonesia.
Banyak khasiat sirih yang boleh dimanfaatkan dengan campuran bahan-bahan yang tertentu antaranya sebagai ubat asma, asma bronchitis, batuk, batuk darah,batuk lendir, batuk dan sesak nafas, beri-beri, bisul, demam dan sakit kepala, sakit mata, jerawat, keputihan, kudis, luka, menghilangkan bau badan atau bau nafas, sakit gigi, menurunkan kolesterol dll.
Seingat aku, makan sirih mengembalikan aku ke tahun 1970 semasa aku berdepan dengan Tok Mudim dan di tahun 1985 bila tepak sirihku diterima oleh bakal Pak Mentuaku.
Beib teringat...
sirih digunakan dalam majli S
berkhatan, peminangan, perkahwinan dan acara tradis I
kini dibimbangi mengakibatkan kanse R
adakah akibat makan sirih? belum past I
pun begitu, sirih tetap tumbuhan yang ga H
No comments:
Post a Comment