Ni aku baru dapat melalui pos tengahari tadi. Cop pada sampul bertarikh 10 Jun 2007 dipos dari Pejabat Pos Sungei Petani, Kedah.
Apahal pulak nak pujuk aku buat benda-benda yang khurafat, berdosa dan syirik ni? Aku baru balik dari Perasmian Surau kemudian seronok tengok 'gateway' dah 'halfway' nak siap, bila buka peti pos ada riSALAH/ flyer/ pamphlet ni pulak, nak suruh sesiapa yang bermasalah pergi jumpa TOK GURU (sebenarnya Tokca@ Tok Sami). Perkataan TOK GURU tu amat mengelirukan. Lihatlah apa yang tertera dalam riSALAH tu:
Muka depan:
WAT PHRA THAT BANGPUEN (rujuk foto di atas)
Muka belakang:
Gambar slip nombor ekor/ 4D TOTO ( aku taipkan semula supaya dapat dibaca tapi JANGAN diikut)
Siap alamat dan nombor telefon lagi
(dekat Kampung KakJie tu heheh...)
"Saya Omar berumur 58 dari Pahang, saya bekerja di sebuah kilang selama 10 tahun tetapi kewangan saya masih tidak dapat menanggung sebarang perbelanjaan keluarga saya. Malangnya kilang berhutang bank banyak duit, dan terpaksa tutup kilang. Sekarang saya betul-betul menghadapi masalah kesempitan wang. Pada suatu hari saya terima riSALAH ini di peti surat rumah saya, isinya mengatakan bahawa boleh membantu penganut-penganut mengubah nasib saya terus menelefon TOK GURU tanpa memikir lagi, TOK GURU cuba sedaya upaya mengubah nasib saya, lepas itu TOK GURU beri nombor ramalan bertuah kepada saya. Akhirnya, nombor ramalan yang diberi oleh TOK GURU betul-betul buka hadiah pertama. Kehidupan saya sekarang begitu selesa dan bagus. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada TOK GURU ke atas pertolongan beliau. Saya menderma sebahagian duit kepada TOK GURU dan juga mendermakan sebanyak 300 keping risalah kepada orang-orang yang memerlukannya.
Jika anda sering dibelenggu oleh keadaan hidup yang tidak baik. Kini anda tidak perlu risau atau gusar lagi. TOK GURU akan memberi pertunjukan kepada anda. Ingin menyelesaikan masalah. Hubungi.".....(rujuk foto riSALAH)
Tolong jangan anggap bahawa penulisan semula ini adalah untuk memujuk anda terlibat dengan perkara songsang ini. Ia hanya sebagai peringatan dan pemberitahuan bahawa riSALAH ini hanya menyesatkan...Dengan struktur ayat, ejaan serta tatabahasa yang cacamarba, kita cuba dipengaruhi ke arah jalan yang sesat dan menyesatkan.
Penggunaan nama Omar, kita sedia maklum membayangkan anutan agamanya Islam, serta kaitan dengan nama salah seorang Khalifah Al Rasyidin, memang mengaibkan. Perkataan TOK GURU juga yang selalunya mencerminkan alim ulama, ustaz,mufti,khadi, muhaddith, mutakallimun serta cendekiawan Islam telah disalahgunakan secara terang terangan. Apa tindakan kita?
Yang hairannya "pasaipa dia depa hantaq kat aku?" Aku orang Islam laa....nama aku jelas ala-ala Arab dan Islamik. Aku pasti nama dan alamat aku diambil dari buku panduan telefon sebab itulah yang didaftarkan pada tahun 1990 dulu.
Kepada anda, jangan terkejut jika menerima riSALAH ini dan minta abaikan saja.Ingatlah firman ALLAH yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Surah Al-Maaidah, Ayat 90)
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
(Surah Al-Maaidah, Ayat 91)
Aku cuma nak kongsi pengalaman......Moga beroleh manfaat.
Beib berharap kita tidak....
terlibat dengan judi nombor ekor 4 D
atau dengan TOT O
kerana ia buat menghabiskan bera S
akhirnya kita papa kedan A
2 comments:
uikk.... kalau la mujarab beno, pasai pa la org² kt kg kakjie tu tak kaya raya...senang lenang...pakat² pakai Merc?
tu laaa....tokca pun pakai lebih kurang. dahla tu kughuih semua macam tak cukup makan...
Post a Comment