Friday, November 12, 2010

Hadir Lagi Hari Lahir: 12.11.10 - Penenang Hati Papa

Assalamualaikum / Peace be upon you...
Papa tak mahu tulis panjang-panjang, cuma nak catat dan bagitau Qaqaq bahawa Qaqaq dah berusia 21 tahun kini. Sekejap saja rasanya dah besar dan dewasa.
Ada lagi beberapa tahun sebelum menamatkan pengajian dan mengikut jejak Mama dan Papa sebagai pendidik. Jadilah pendidik yang hebat.
Tambah ilmu, tinggalkan jasa.
Doa Papa sentiasa mengiringi Qaqaq supaya menjadi anak yang baik dan solehah.
Semoga catatan lalu akan memberi inspirasi pada Qaqaq. Rujuk sini , sini, sini dan sini.
Tiada apa yang lebih mengujakan melainkan melihat Qaqaq berjaya di masa depan dan dalam hidup.
SELAMAT HARI LAHIR
KE 21
~ 12.11.2010 ~
 ...be a good girl...
Papa harap Qaqaq sentiasa sejahtera di ulang tahun hari...
... ini dan kekal ceka L
pada setiap mas A
menjadi pendidik yang hebat dan ga H
berbakti kepada agama, bangsa dan pertiw I
moga terus menjadi anak yang rajin, tekun, saba R
* Kalau Pa hadiahkan Kereta Comel Kiut yang penuh nostalgia nak tak? ;-)

Sunday, November 7, 2010

Kursus:...Cungkil Kemahiran, Pengetahuan, Harapan & Pengalaman.

 
Assalamualaikum / Peace be upon you...
Mengagumkan...
Kehadiran penuh guru-guru yang dipanggil untuk berkursus mengujakan urusetia dan JU.
Inilah yang diharapkan. Penurunan ilmu dan perkongsian pengetahuan akan menjadi lebih bermakna.
Nampak riak-riak wajah yang dahagakan ilmu. Menanti di'isi' dengan penuh minat. Pendidik-pendidik ini yang datang dari berbagai pelusuk Dungun dan Kemaman sejak awal pagi mengharapkan sesuatu untuk dibawa balik dan dicurahkan kepada anak didik mereka.
Sambutan yang hebat ini membuatkan kami, Urusetia dan JU, tambah bersemangat.

Perjalanan Kursus Orientasi KSSR untuk guru-guru tahun satu selama 2 hari di Dungun dan Kemaman dianggap sangat berjaya.
Perhatian, kesungguhan serta keterlibatan yang mereka tunjukkan tentu sahaja mencapai objektif kursus walaupun ramai diantara mereka bukan dari kumpulan guru opsyen PSV.
Ada beberapa orang guru yang sempat aku tanya menyatakan betapa beruntungnya dapat menghadiri kursus ini. Maklumat, isi serta kaedah P&P akan membantu mereka dalam bilik darjah nanti.
Latihan praktikal dan sesi perbengkelan banyak memberi manfaat kepada mereka. Bakat kreatif mereka terserlah dalam karya-karya yang dihasilkan. Sesi apresiasi dan pembentangan membuatkan mereka lebih yakin menerapkan kemahiran yang dipelajari.
 

Tentu sahaja harapan kami tinggi untuk melihat pengetahuan serta kemahiran ini disalurkan kepada anak-anak didik.
Tidak sia-sia aku memandu selama sejam dari KT ke premis kursus di Dungun untuk memantau dan melihat wajah-wajah ceria guru yang menjalankan aktiviti.
Separuh hari di sana, aku meneruskan perjalanan sejam lagi ke Kemaman untuk bersama pendidik-pendidik dari daerah itu. Mereka juga kelihatan bersemangat dan teruja.
Aku? Lihatlah reaksi spontan bila bersama mereka dalam foto di atas. Nilaikan sendiri.
Semasa aku diberi peluang untuk berucap, aku tegaskan tentang pentingnya melaksanakan KSSR PSV dengan baik dan berkesan. Asas mengenai PSV atau foundation berdasarkan apa yang tertera dalam KSSR amat perlu supaya murid tahun satu berada di landasan yang betul dari awal lagi.
Aku tidak mahu apa yang aku lihat dan alami semasa mengajar di Sekolah Menengah selama 30 tahun berulang lagi. Kurang pengetahuan mengenai Asas Seni Reka membantutkan proses P&P. Moga kursus ini akan mentransformkan sistem pendidikan dalam era globalisasi.
Harapanku: pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang diperolehi dari kursus ini akan menjana satu semangat baru dalam diri pendidik PSV ditahun 2011.
Cukuplah dengan anggapan bahawa PSV hanya mata pelajaran tempelan. Dengan anugerah dan gelaran yang diberikan kepadaku serta keinginan yang tinggi untuk memartabatkan PSV, aku bertekad untuk memastikan andaian skeptik adalah salah.
Biarlah aku seorang yang silap mencongak perasaan serta rasa hati dan disalahtafsir walaupun bertahun bertahan, namun aku tidak mahu kesilapan dalam menyampaikan matlamat transformasi menghancurkan satu generasi anak didik.
Nauzubillah himinzaalik...
Aku tidak akan serik berusaha untuk memartabatkan PSV sebagaimana aku tetap cekal menghadapi dugaan dan ujian perasaan dari Allah.
Sesungguhnya, DIA maha mengetahui.
In HIM I trust!

Beib loves...
...arts and craft S
and consider it as an integral part of our lif E
to be taught to our childre N
as should have been taught to you and  I
 *andai berkerat rotan berpatah arang yg terbaik...

Friday, November 5, 2010

KSSR: Latihan Satu Permulaan

mengendalikan mesyuarat bersama Wan Razali Wan Nawang Penyelia PSV dan PMuzik JPNT

Assalamualaikum / Peace be upon you...
Minggu yang agak meletihkan dengan pelbagai aktiviti dan program yang perlu dibereskan. Otak masih serabut, kadang-kadang kosong, kosong sekosong-kosongnya. Entah lah!. Semua berbaur. Dugaan Tuhan memang kena terima. Rela dan redha.
Walau apapun, sikap profesional perlu dipertahankan.
Sejak dari minggu lepas, hampir berselang hari bermesyuarat di jabatan. Aktiviti yang berkaitan dengan seni silih berganti.
Transformasi Kurikulum (sedikit overview boleh dibaca di sini) yang diperkenalkan oleh KPM akan mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan kita mulai tahun depan. Sila rujuk penglibatanku di sini, sini dan sini.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk mata pelajaran PSV akan turut digunapakai pada tahun 2011. Kursus orientasi untuk guru-guru tahun 1 mesti dijalankan sebelum sesi persekolahan berakhir pertengahan November ini. Ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai KSSR dan latihan asas bagaimana merujuk modul PSV.
Aktiviti hands-on juga diharap akan memantapkan penguasaan peserta kursus dalam penggunaan modul.
Untuk menjayakan kursus ini, aku turut dijemput sebagai JU dan urusetia.
Mencabar, kerana ia adalah tugas pertama sejak aku beralih ke sekolah rendah.
First hand knowledgeku mengenai KSSR agar terhad. Selama ini aku terlibat dengan kurikulum sekolah menengah dari tingkatan  1 - 6.
Namun, aku sangat yakin akan dapat menggarapkannya dengan ketekunan membaca, mentelaah dan bertanya kepada yang lebih arif.
Mesyuarat kali ini membincangkan tentang logistik serta perkara yang berkaitan dengan pengurusan kursus selama 2 hari bagi setiap daerah di Terengganu. Ada lapan daerah semuanya. Setiap pusat kursus akan aku lawati dan pantau bersama pegawai JPNT. Tentu sahaja agak sibuk tetapi tugas dan tanggungjawab lebih utama.
Moga perjalanan program dari 2 November yang akan berterusan hingga 18 November lancar dan berjaya mencapai matlamat.
Seharian bermesyuarat meletihkan minta dan jasad apatah lagi dengan insomnia yang masih berlarutan tetapi Alhamdulillah, sanity masih terkawal.
Kesibukan begini diharap akan dapat membantu minda dan jiwa.
Oleh kerana rutin biasa yang bertahun diamalkan sudah mula terhakis, aku memaksa diri untuk mengisi masa dengan sesuatu yang juga bermanfaat. Antaranya berblog dan memerapkan diri di alam pembacaan.
Sebenarnya 'gatal tangan' masih ada, tapi oleh kerana responsnya tiada, haruskah aku tebalkan muka lagi jika aku sudah tiada dalam kamus hidup? 

Beib kembali teruja terlibat dengan...
... kurikulum dan pendidikan kanak-kana  K
sambil membantu mengendalikan kursu S
yang diadakan kha S
bagi guru-guru tahun satu samada dalam atau luar banda R
*tiada lagi nota kaki yg berupaya menambat ht...

Wednesday, November 3, 2010

Pakcik... Sedar Lah...

Assalamualaikum / Peace be upon you...

Kata orang life must go on atau 'hidup ini mesti diteruskan'. Biarlah apa yang terjadi dan dalam apa jua situasi, pengharapan mesti tinggi dan positif.
Sudah hampir 2 minggu aku dalam mood kemurungan. Aku tidak mau lagi begitu. Hayatku akan berakhir bila-bila sahaja. Sementara masih bernafas, akan aku gunakan sebaik mungkin hayat ini. Untuk manfaat yang memerlukan dan diri sendiri.
Amat terasa dan semakin insaf bila ada insan yang sering menyebut dan mengulangi "...dalam umur 51 tahun..." kepada aku.
Ia seolah-olah trigger words yang membuatkan aku seram sejuk dan mengingatkanku bahawa aku memang tidak semuda belia dia.
Kamera pun tidak sanggup memerangkap imej ku, tidak seperti dia, ranggi, energetic, cerdas, cergas, penuh keterujaan serta bergaya.
Apalah yang ada pada orang yang umurnya sudah melebihi setengah abad seperti aku ini?
Kudrat dan tenaga tidak sehebat mana lagi. Kedut berlipat disetiap inci kulit dan uban berkilau di atas ubun-ubun.
Weight management treatment pun takkan mampu memulihkan bentuk fizikal aku. Pakej semahal mana pun tidak akan mengembalikan aku seperti sebelum ini. Hanya menanti sakhratul maut.
Namun demikian, segala pengalaman dan ilmu yang tidak sampai sehalus debu yang dianugerahkan ALlah kepadaku akan aku kongsi dengan yang memerlukan. Moga ia akan menjadi kafarah dan diterima ALlah.

Beib, sedarlah...kau bukannya macam dia yang masih....
...boleh melara M
kudrat dan fizikal tidak lagi seperti muda-muda dul U
semuanya terha D
yang ada hanya menunggu mas A
*Ya ALlah...dunia 'sana' tentu sahaja lebih baik...tidak sabar....rela dan redha...
Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.

Monday, November 1, 2010

kOsOnG...Cipher...Ke rOpOng

Assalamualaikum / Peace be upon you... 



Beib terasa sangat-sangat...
...o
*...yang tinggal hanya kenangan...r.dan r..d.a.