Tuesday, March 17, 2009

Temu Muka...Tengok Mak yang disayangi...

TM - Tersenyum Mak selepas 3 bulan berpisah

Assalamualaikum / Good Day.....
Pagi ini aku terlibat dengan PTK, bukan Pantai Teluk Ketapang tapi Penilaian Tahap Kecekapan.
Maklumatnya boleh dirujuk di sini. Tahun lepas pun terlibat juga, tapi dalam situasi yang berbeza. Rujuk di sini.
Tak payah lah bercerita panjang tentangnya.
Yang penting, petangnya aku berangkat pulang ke Anak Bukit. Kali ini berseorangan dengan ditemani 'te'. Semata-mata untuk TM.
Teruja juga bila dapat bergandingan dengannya. Maklumlah pertama kali.Perjalanan selama lebih kurang 7 jam tentu saja meletihkan. Walaupun memandu berseorangan, tidak akan membuatkan aku tertekan.
Sambil mendengar muzik dari Sinar FM yang menyiarkan lagu-lagu nostalgik seperti Sepanjang Jalan Kenangan, Suratan atau Kebetulan, Dara Pujaan dan koleksi Breory membuatkan perjalananku santai dan tenang.
Dari rumah melintasi Kubang Badak, Wakaf Tengah, Batu Rakit, Merang, Bari/Rhu Sepuluh, Saujana, Permaisuri, Jerteh dan menyelekoh di Wakaf Lichong menghala ke Machang, by pass Tanah Merah, Bukit Bunga, Jeli, Batu Melintang, memasuki Jalanraya Timur Barat sehingga ke Sungai Rui, Grik,Perak melintasi Kupang, Baling, Kuala Ketil, Sungai Petani dan menyelusuri Lebuhraya Utara Selatan sehingga susur keluar Alor Setar Utara lalu mengambil Jalan Sultanah, membelok ke kanan di Jalan Alor Setar- Anak Bukit merupakan rutin perjalananku selama hampir 25 tahun.
Kata orang hampir setiap nooks and corners aku tahu disepanjang laluan ini.
Memandu berseorangan memerlukan tahap konsentrasi yang tinggi. Tiada siapa di sisi yang dapat membantu atau menjadi mata ke empat dan kelima semasa kita memandu. Paling membimbangkan ialah rasa letih dan mengantuk. Banyak insiden kemalangan terjadi kerana faktor ini.
Jadi untuk menghindarkan dari rasa letih dan mengantuk aku berhenti di beberapa lokasi tertentu di sepanjang perjalanan.
Seketika, aku berteduh di bawah pohon kelat paya, bersebelahan kebun getah di laluan Machang-Tanah Merah- Bukit Bunga selepas Sungai Kelantan.
Melepaskan lelah dan menghelakan nafas sambil menikmati haruman dan kesegaran udara diwaktu hujan renyai di petang yang indah, aku terleka.
Sambil merehatkan minda dan melayan rasa, aku nikmati satu kepuasan yang mengujakan. Ianya tak terucap oleh kata-kata. Bertuah pada sesiapa yang dapat merasainya.
Hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu. Kadang-kadang keindahan itu menjelma ditempat dan masa yang tak terduga.
Hampir 45 minit dibuai dan diulet mimpi indah.
Lalu lintas hampir tidak dipedulikan.
Pemanduan selama 4 jam tanpa henti selepas episod santai tadi tidak memenatkan.
Segalanya bagai sinergi baru. Sepanjang perjalanan, aku tiba-tiba dibuai kerinduan. Missingness.
Fikiran asyik melayang namun stereng tetap digenggaman.
Meninggalkan yang disayangi dan menuju pada yang dikasihi.
Kata Stephen Covey dalam bukunya, The Seven Habits of Highly Effective People:
Habit 2: Begin with the End in Mind: Principles of Personal Vision.
Menetapkan matlamat akhir berdasarkan kepada visi diri melalui personal mission statement.
Habit 4: Think Win/Win: Principles of Mutual Benefit.
Ianya menggambarkan sikap yang memberi kemenangan dan faedah kepada kedua-dua pihak.
To be precise it's a TEN TEN.
Itulah yang kita semua inginkan.
Kata orang "Jika sayang tinggal-tinggalkan". Masihkah relevan?
Bagi aku yang penting, kasih sayang tekal dan kekal .
17 Mac melakarkan TM yang bermakna selepas 3 bulan.
Yang dihajati tercapai walaupun singkat dan terpaksa hiatus sementara selepas itu.
Namun, aku percaya dan yakin bahawa ketentuan ALLAH itu sebaik perancangan. Hakikat perlu diterima!
Beib nak balik sokmo jumpa yang di.....
rindui walaupun sekila S
yang penting dapat bersu A
kata orang "where there's a will, there's a wa Y
hasrat dan niat tak boleh dipersi A
agar tidak terkila N
kerana gagal menggunakan ruang dan peluan G

*Terukir makna, terjalin mesra, terus membara...

Tersenyum Mak..

2 comments:

ILA said...

Ohhh..baru tersedar..
mmg betul telahanku sebelum ini...
sudah ada 'teman baru' rupanya,org di sna;)

Seronok mbaca jalan penceritaan spanjang prjalanan ke Kg.
PAk Beib boleh menghasilkan sebuah novel.Apa salahnya...:D

BEiB said...

Terima kasih...
Insya ALLAH kalau ada masa dan rezeki.
Apa tajuk novel yang sesuai ek..?
Beri cadangan.