Wednesday, October 17, 2007

Hampir Raya di Lebuh Raya

Assalamualaikum / Good Day.....
Dalam kegembiraan dan keriangan menyambut Hari Raya Aidilfitri pelbagai kisah dan tragedi berlaku sebelum, semasa dan selepas Hari Lebaran. Kesemuanya ada iktibar dan hikmahnya.
Aku juga mengalami sedikit insiden yang, jika tidak ditangani dengan berhemah, akan merosakkan agenda Hari Raya kami sefamili.
Perjalanan balik ke Anak Bukit pada pagi Jumaat lepas dijangkakan berjalan dengan lancar dan selamat. Doa naik kenderaan yang dibacakan oleh Adeq dan diaminkan oleh semua, mengiringi perjalanan kami dengan Jet hitam.
Jet Hitam aku
Jam dah menunjukkan pukul 10 pagi, lewat dari kebiasaan kami bertolak balik ke Kedah.
Lebih kurang jam 10.20 pagi kami singgah di Petronas Merang untuk mengisi minyak penuh. Aku memeriksa keadaan Jet sekali lagi. Tayar, body dan enjin nampak ok je.
Perjalanan diteruskan sambil selang seli mendengar Traxx FM dan Radio ERA. CD/VCD dalam Jet kaput beberapa minggu lepas dan tak sempat nak baiki.
Biasanya anak-anakku lebih santai menonton filem-filem kegemaran mereka dalam perjalanan. Aku dan Kak Wan akan berborak tentang berbagai perkara untuk menghilangkan rasa mengantuk dan leka.
Memandu 7-8 jam memerlukan tenaga dan konsentrasi.
Setelah 3 jam perjalanan, kami berhenti solat qasar dan jamak Zohor/Asar di surau Batu Melintang.
Jam 2 petang, kami meneruskan perjalanan setelah berhenti rehat selama lebih kurang 45 minit. Perjalanan melalui Lebuhraya Timur Barat dari Batu Melintang ke Sungai Rui, Gerik biasanya mengambil masa 1 jam 45 minit.
Sepanjang 30 minit perjalanan, keriangan untuk berbuka puasa dan berhari raya di kampung semakin memuncak.
Tiba-tiba, Qaqaq memberitahu Jet kami seolah-olah bergoyang di sebelah kiri. Aku dengan segera memberhentikan Jet. Tak nampak apa yang tak kena dengan Jet kami sehinggalah aku terpandang tayar belakang sebelah kanan kempis dan 'steel wire'nya terkeluar.
"Serious ni", fikirku.
Semua dalam Jet kuarahkan turun. Dalam masa yang sama, hujan sudah mula renyai-renyai.
Dengan bantuan Abang, kami sama-sama keluarkan tayar ganti dibawah perut Jet dan terus 'jack-up' Jet.
Selesai tayar pancit dikeluar dan digantikan dengan tayar 'spare', kami sama-sama merendahkan jack untuk menurunkan Jet.
Abang membantu menukarkan tayar

Apalah malang, tayar ganti pun kempis juga!

Kak Wan dan anak-anak dah mula panik.
Hujan makin lebat. Hari makin lewat. Tempat insiden lebuhraya Timur Barat. Bantuan susah nak dapat. Macam-macam yang diingat....

Qaqaq dan Abang mengawasi trafik

Aku masih lagi tenang, cuba mencari jalan menyelesaikan kekusutan yang ada. Bantuan mesti diminta. Kami mula melambaikan tangan, mengharap bantuan dari pengguna jalan raya yang lalu lalang. Rupanya, ramai yang bersimpati dan berhenti bertanya khabar. Waima, bas ekspres pun turut berhenti.Yang aku perlukan ialah sebuah pam angin yang boleh digunakan untuk mengepam tayar ganti yang tak berisi tu. Namun, tak seorang pun yang ada.

En Yassin, seorang insan yang cuba membantu, mengesyorkan agar tayar dibawa ke stesen minyak di Banding untuk diisi angin. Jarak dari tempat kami ialah lebih kurang setengah jam perjalanan. Adus! jauh tu....tapi apakah pilihanku..?

Jet menanti tayar ganti
Dalam masa yang sama ada seorang Hamba Allah bernama FARIZ menawarkan diri untuk membantu. Dia sanggup membawa Abang bersama tayar ganti ke stesen minyak untuk diisi angin dan menghantarnya kembali ke Jet kami.
Alhamdulillah...ada juga insan yang sanggup membantu.
Kak Wan dan anak-anak letih menunggu
Jam menunjukkan pukul 5.05 petang. Penantian selama sejam penuh debaran, gelisah dan bimbang dalam hujan yang lebat. Akhirnya, FARIZ dan Abang muncul semula.
Setengah jam kemudian, kami mula bergerak menuju ke Banding dengan penuh hati-hati diiringi oleh FARIZ.
Di stesen PETRONAS Banding, aku memeriksa tayar Jet bagi memastikan ianya tidak kempis dan selamat. FARIZ ingin berehat di Banding tapi aku perlu meneruskan perjalanan.
Tidak sesen pun diambil dariku walaupun aku menghulurkan RM50 sebagai saguhati. Kami hanya mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya.
"Tak pa lah abang, saya tolong ikhlas, lagipun nak Hari Raya ni" katanya selamba. Aku tak putus-putus mengucapkan terima kasih dan menyatakan bahawa dia telah dihantar oleh ALLAH untuk membantu kami. Maka ALLAH jua yang akan membalas jasa dan budinya.
Kami meneruskan perjalanan ke Gerik dan FARIZ akan meneruskan pemanduannya ke Pokok Sena.
Tiba di Gerik jam 6.45 petang, aku terus ke kedai tayar untuk menukar tayar baru.
Sepanjang perjalanan, aku peringatkan kepada anak-anakku bahawa tidak salah berbuat baik dan menolong orang. Jadilah seorang yang sudi membantu seperti FARIZ.
Aku nyatakan kepada anak-anak bahawa selama ini aku juga sering membantu orang dan kini akan ada orang yang akan menolong walaupun orangnya bukan orang yang pernah kita bantu sebelum ini.
Kami selamat sampai di Anak Bukit jam 11.30 malam. ALHAMDULILLAH..

Kereta sahaja yang sempat dirakamkan, tuannya tidak mau bergambar

Kepada FARIZ dari MOFAZ Damansara, aku ingin rakamkan jutaan TERIMA KASIH moga ALLAH rahmati saudara.

Kalau tidak kerana bantuan saudara, kami mungkin BERAYA di Lebuhraya.....
Beib takkan lupa...

budi dan ada B
insan yang sudi membant U
tanpa mengira jarak dan ha D
moga sentiasa dirahmati ILAH I

3 comments:

Unknown said...

Salam Beib...
Memang begitulah putaran alam kehidupan. Kalau kita buat baik dengan si A dan tak minta balasan, pasti budi baik kita akan dibalas ALLAH. Selalu, bukan si A yang balas tapi orang lain. Walaupun kita rasa dunia ni penuh dengan orang jahat (terutama setelah diwarwar di akhbar) tapi kita tak sedar, dunia ini masih lagi memiliki orang yang berhemah dan baik budi yang berjalan di atasnya. Bila kita jumpa - orang spt Fariz - baru kita rasa, ada juga orang yang baik di atas dunia ni... kan kan kan... Semoga Fariz dari Mofaz mendapat ganjaran yang terhingga dari ALLAH. Amin.
Beib... nak koi raya... nak gak!!! Ekekekeekeke... stay cool & hensem tau.

BEiB said...

Itula OD..
Kita tolong orang dengan ikhlas, InsyaALLAH, lain kali orang lain akan tolong kita pula. Yakinlah! ALLAH MAHA ADIL.Ya...moga FARIZ mendapat ganjaran sewajarnya.
OD...koi raya dah habis ikan koi adala..heheh. OOrait! kool tetap kool. Hensem? Itu semestinya..heheh

Teddy said...

nasib baik takde apa2 yang berlaku...! selamat hari raya cikgu!