Thursday, September 6, 2007

Sibuk Sana Sini Seni...

Anda akan lihat papan tanda ini di GBR sahaja

Assalamualaikum / Good Day.....
Sejak balik dari mesyuarat pasal Sekolah Seni anjuran JPJS dan LPM minggu lepas (26-30 Ogos), aku sempat berehat sambil menyambut Kemerdekaan ke 50 negara tercinta selama 3 hari.
Hari isnin aku dipanggil lagi untuk membantu PPK dalam menyiapkan Buku Sumber Guru PSV (BSG) dari 3 - 6 September 2007 di sebuah hotel di KT. Sambil menyiapkan bahan BSG untuk topik LUKISAN,CATAN, CETAKAN dan ARCA aku juga turut membantu menyemak/edit Sukatan Pelajaran PSV Rendah dan Menengah yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.
Dunia global tanpa sempadan memerlukan bahan bacaan yang 'lingua franca'. Kurikulum pendidikan Malaysia juga perlu diwar-warkan keseantero dunia. Justeru, terjemahan kurikulum perlu disiap dan mantapkan. Bangga rasa hati kerana dapat 'contribute' sedikit sebanyak dalam perkembangan kurikulum semasa negara.
6 September paling sibuk. Aku kena berada di empat tempat yang berbeza demi menjalankan tanggungjawab. Siapa kata jadi pendidik relaks?
Pagi aku terus bersama PPK menjalankan tugas, jam 9.30 aku mesti berada di PPD Dungun untuk memberi input profesional mengenai Sekolah Seni(SS) Malaysia kepada Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar beberapa buah sekolah di daerah Dungun. Pembentangan meliputi perkara dasar mengenai SS. Aku turut dilantik sebagai salah seorang ahli panel penemuduga zon timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu) untuk kemasukkan pelajar tingkatan 1, 2008. Berat tanggungjawabku tapi aku akan tetap 'be professional'.
Selesai sahaja sesi tersebut, aku bergegas ke Jabatan untuk satu lagi mesyuarat bersama GPSV pada jam 2.30 petang. Kali ini membincangkan sambutan Hari Keluarga GPSV yang dijangka diadakan pada 27-28 Oktober 2007 di Gem Beach Resort. Acara ini adalah untuk ahli keluarga GPSV dan Muzik yang terlibat dalam menjayakan program-program PSV dan Muzik JPNT sepanjang tahun 2007. AJK Induk akan menyelaraskan aturcara pada hari tersebut nanti.

Santai di GBR

Jam 5.00 petang, sepuluh orang JU bersama Penyelia Muzik dan Seni 'check-in' di GBR untuk satu lagi sesi menyiapkan modul/buku PSV bagi semua tingkatan di Sekolah Menengah.

Mulai 6 - 9 September, kami akan cuba menyiapkan tugasan sebaik mungkin. Walaubagaimanapun, pada pagi 8 September, aku dan mem akan terbang ke KL untuk menghadiri Majlis Konvokesyen anak sulungku yang akan menerima Diploma of Engineering Technology in Mechanical Design and Development dari UniKL MSI. Majlis diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pendek kata...minggu ini merupakan minggu yang padat bermakna buat seorang pendidik sepertiku...
Beib bangga jadi....

insan ulun G
cari dan beri ilm U
mendidik anak bangsa agar pinta R
supaya agama, diri, bangsa dan negara terus maj U

2 comments:

mad redo1 said...

suka makan honey lemon chicken kat Gem... sanggup drive all the way from kT just to satisfy our craving for it... sekali-sekala jelah...

BEiB said...

huh..honey lemon chicken? I pun suka juga tu..kiat gi makan sekali nanti lepas raya...heheh...sekali sekala..dua kali, dua kala...duabelas kali, sekotak colour...heheh