Saturday, September 29, 2007

Kembara Seni

Sesi temuduga dengan seorang calon bidang Seni Visual
Assalamualaikum / Good Day.....
Minggu lalu, dari 24 - 28 September aku dan tiga lagi teman panel temuduga telah mengembara dari KT ke KB, Kuantan, Bandar Muadzam dan Jengka dalam pencarian bakat-bakat seni dikalangan anak-anak sekolah rendah. Mereka yang terpilih akan ditempatkan samada di Sekolah Seni (SS) Johor Bahru atau di Kuching.
Lima hari yang dilalui letih tapi menggembirakan. Pencarian kami berjaya mencungkil beberapa orang insan berbakat dalam bidang Seni Visual, Seni Tari, Seni Muzik dan Seni Teater di lima buah sekolah rendah yang kami singgah.
Sebenarnya kami telah ditugaskan oleh JPJS (Unit Sekolah Seni), KPM untuk menjalankan sesi temuduga murid lepasan UPSR yang berminat untuk memasuki tingkatan satu di Sekolah Seni KPM bagi tahun 2008.
Sesi input profesional bersama tenaga pengajar, ibubapa/penjaga dan calon pelajar SS
Mesyuarat pada 20 september menetapkan aku sebagai Ketua Panel Temuduga zon Timur meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Bermula dari 24 September, proses temuduga berlangsung di lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh JPN dan KPM sehingga 28 September 2007.
Sebelum bermulanya sesi temuduga, aku memberi taklimat khas mengenai SS kepada pihak pentadbir sekolah, ibubapa dan calon-calon.
Sesi yang biasanya berlangsung selama 45 minit hingga satu jam adalah untuk menjelaskan KONSEP, MISI, VISI dan perkara-perkara yang berkaitan dengan penubuhan dan pentadbiran SS.Taklimat ini wajar kerana ramai yang masih kurang jelas dengan peranan SS. (rujuk sini)
Panel di hadapan tempat menginap di Bandar Jengka
Ahli Panel lain yang terlibat ialah En. Ahmad Nazri b. Nordin - Seni Muzik (SSJB), En. Ahmad Khairulanuar Rahimey b. Rahim - Seni Tari (SSJB) dan En. Azha b. Othman- Seni Teater(KEKKWA/JKebudayaan Kesenian Trg).
Dengan bantuan dan kerjasama dari wakil JPN iaitu En. Zawawi b. Ahmad (JPN Kelantan), En. Mat Lazim Mahasan b. Noor (JPN Terengganu) dan En. Ahmad Pauzi b. Abd. Wahid (JPN Pahang) kami dapat melaksanakan tugas kami dengan baik dan berkesan.
Pengalaman ini sangat bermakna kerana aku dapat melawat serta mengenali beberapa tempat yang selama ini aku dengar tapi belum pernah kujejaki seperti Bandar Muadzam dan Bandar Jengka. Hebat tempat-tempat ini dengan keunikan yang tersendiri.
Bandar Muadzam seperti satu lokasi 'retreat' ala resort yang nyaman dan hening terutama di waktu pagi dan malam. Kabus dan kedinginan alam membuatkan aku terasa seperti berada di kawasan pelancongan. Sesuai untuk lokasi beberapa institusi pendidikan seperti MRSM, Uniten, SMK Agama Pahang dan Politeknik Muadzam Shah yang bakal siap dalam masa terdekat.
Begitu juga dengan bandar Jengka, penempatan FELDA yang terbesar di Malaysia. Sangkaanku meleset dengan kehadiranku di sana. Nyatalah Jengka hebat kerana kelapa sawitnya dan menepati visi FELDA iaitu Terunggul di pentas dunia sebagai agensi pembangunan tanah dan pengurusan peneroka mendahului bersama teknologi sebagai peneraju dalam industri sawit.
Selain dari hasil pertanian, ada juga anak-anak sekolah di Jengka yang bakal menyinar di bidang seni suatu hari nanti.
Calon menjalani ujian praktikal melukis
Berbaloilah perjalanan kami sejauh 1,200 km meredah dan merentasi bandar dan kampung serta ladang kelapa sawit dalam pencarian bakat-bakat seni.
Jika memerlukan butiran lanjut mengenai SS sila layari blog ini .
Beib teruja melihat anak-anak kecil yang punya...
minat dan tanggungjawa B
untuk mengembangkan bakat seni yang ad A
menjadi ilmuwan seni dewasa kela K
sebagai pewaris budaya bangs A
menjunjung seni, mengelek ada T

13 comments:

mad redo1 said...

seronoknya sekarang dah ada sekolah seni, dulu paling hebat mad redo1 jadi SU Persatuan Seni Lukis je kat sekolah...

hehehe...

BEiB said...

a'a dah ada sekolah seni. Kalau anak berminat, bileh memohon lepas UPSR....ayahnya pun boleh join...heheh sebab mantan SU PSL sekolah...hehehh

Anonymous said...

minat ar gak seni2..tp chii x reti..da la x kreatif..kadang2 bila tgk hasil seni..cuba gak utk memahami apa yg cuba disampaikan melalui lukisan atau abstrak yg dihasilkan..tp adeih..x dpt

Teddy said...

saya pernah belajar di MRSM Muadzam Shah. Saya dapat mengimbau kembali kenangan di sana. Waktu itu tiada apa-apa melainkan ridan store dan pasar minggu untuk kami melepaskan tekanan belajar!

BEiB said...

Ya..Tun teddy...I like the place..so cool and refreshing..seronok juga pergi ke Pasar Ramadhan dan makan lempeng kat tepi lebuhraya. Timbalan Pengetua MRSM yang belanja... heheh

BEiB said...

chii...semua org ada bakat seni cuma tahap saja berbeza..kalau chii 'pilih' saja sesuatu maksudnya chii ada nilai seni la tu... contoh, pilih baju raya..mesti ada sesuatu yg menarik yg membuatkan chii pilih baju yg chii pilih..itu maksudnya dah berunsurkan seni ler tu...dapat chii?..heheheh

Anonymous said...

Macam mana nak memohon masuk ke sekolah seni ni..? Ada terbaca dah ada sesi uji bakat, adakah hanya terhad pada orang Johor dan Sarawak sahaja ke..? Orang Shah Alam pun ingin memohon untuk anak yang baru menduduki UPSR yang lalu..

BEiB said...

Ibuseni...pohon melalui JPN negeri masing-masing.Terbuka kepada semua warga negara Malaysia.Temuduga untuk pengambilan kedua akan diadakan pada bulan November...

Anonymous said...

Aku baru tau ada sekolah khusus untuk bidang seni.
Aku harap KPM dapat adakan kat
kawasan tengah la pulak
pastu bidang tu di kembangkan
contohnya seni multimedia

BEiB said...

Bapakseni...InsyaALLAH...dalam RMK10 akan dibina lagi SS di semua zon. Seni yg ada kaitan dengan Multimedia juga diajar secara asas di SS.
Terima kasih di atas respons...

Unknown said...

hello... saya nak tanye... what r the qualification to apply for SS?? sbb saya mmg minat seni n saya nak kembangkn bakat saya n mak saudara saya yg recommend saya utk apply for SS (shes an art teacher)...n saya 15 thn... (^_^)

Home-tutor Munirah said...

Jom! Masuk sekolah seni johor bahru ramai-ramai jumpa saya tahun depan..
:) SeniOr SSEJB

Unknown said...

salam, saya nak tahu, cemana nak apply masuk sekolah seni nie??? amat berminat dlm bahagian seni tari