Friday, November 23, 2007

Bina Jambatan Bukan Tembok

Kawan baru dari Pontian, Abdul Rahman Mat Top
Assalamualaikum / Good Day.....
Seronok juga ke Putrajaya selama lima hari menghadiri mesyuarat(19-23 Nov 2007). Walaupun terpaksa memerah otak menyiapkan tugasan yang diberikan, rupa rupanya ada rahmat dan hikmah tersendiri.
Selain dari berkenalan dan bekerjasama dengan rakan baru, Abdul Rahman Mat Top dari Pontian, Johor. Aku juga secara tak sengaja dapat berjumpa rakan sekuliah setelah hampir 15 tahun berpisah.
Nordin Abdul Rahman, kini merupakan seorang pegawai di BPG,KPM. Selepas menamatkan pengajian di U, kami terpisah dan putus hubungan. Pertemuan singkat di E13 mengimbau kembali kenangan lama. Ramailah nama kenalan lama yang disebut, antaranya Hj. Basuni b. Hj. Hamim, rakan baik semasa kami berkursus selama setahun di MPIK pada tahun 1985. Lama kami tak bertemu, sejak aku meraikan 1511.
Aku dimaklumkan dia kini merupakan seorang usahawan katering yang sangat berjaya di Sabah. Kesahihan maklumat ini diperkuatkan dengan carian aku dalam internet yang mendapati bahawa beliau kini sudah mempunyai rangkaian 8 buah Restoran Seri Keningau dan food court.
SMS yang aku kirim sebaik mendapatkan nombor telefonnya dari Nordin, dibalas dengan panggilan yang semesra 22 tahun dahulu. Terkejut, tergamam, terkedu dan teruja semua berbaur. Basuni yang kukenal masih seperti dahulu. Mesra dan merendah diri.
Mungkin kali ini tidak dapat bersua. Harapanku agar disuatu masa nanti kami dapat makan bersama seperti dulu, tapi kali ini di restoran kepunyaannya.
Semoga rakan kenalan ku berjaya dalam bidang masing-masing.
Beib tetap ingat kenalan dan...
insan yang sama-sama belaja R
atau mereka yang pernah bekerjasam A
dalam apa jua program atau proje K
di mana jua mereka berada A
moga mereka sentiasa dirahmati dan ama N

No comments: