Tuesday, November 27, 2007

Antara Dua Alam

Bersama Zuber di depan kedai keropoknya
Assalamualaikum / Good Day....
Jam 7.45 pagi tadi aku menerima panggilan dari kakak iparku,Mek, memaklumkan bahawa adik kepada salah seorang birasku telah kembali kerahmatullah pada jam 11.45 malam tadi.
Aku dan Kak Wan tergamam.
Lebih 16 hari beliau dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah,KT kerana sakit kencing manis. Aku agak terkilan kerana tak sempat melawat beliau kerana kesibukan dengan tugas.
Aku diberitahu bahawa luka(kudis) dibahagian punggungnya agak parah dan beliau menjadi kritikal dalam beberapa hari terakhir ini.
Jenazah beliau telah dibawa pulang ke kediamannya di Dungun pada jam lebih kurang 2 pagi dan telah selamat dimandi, kafan, solat serta dikebumikan pada lebih kurang jam 11.45 pagi.
Walaupun aku jarang-jarang bertemu dengan arwah, namun aku hormatinya sebagai seorang yang berbudi dan berhemah.
Semasa menanti jenazah dibawa ke tanah perkuburan, aku dimaklumi oleh abang iparku bahawa arwah telah menyiapkan satu wasiat tentang hutang piutangnya dan lain-lain perkara yang berkaitan beberapa minggu sebelum ini.
Satu tindakan yang wajar yang dianjurkan oleh agama. Menyenangkan waris melangsai dan menguruskan kewangan tinggalan arwah.
Peninggalan arwah
Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh Mohd. Rosli bin Harun (Pok Li).
Dalam perjalanan pulang dari Dungun, aku dan KakWan singgah sekejab di Chendering menemui sahabat lama, seorang usahawan keropok lekor yang berjaya di Terengganu.
Ahmad Zuber bin Ismail (Bed), berasal dari Alor Senjaya, Alor Setar, Kedah merupakan teman 'sekampung' aku dan rakan kuliah Kak Wan. Beliau adalah pelopor keropok Losong Plus.
Produknya merupakan keropok lekor segera yang siap dipaketkan seperti sosej dan boleh terus dimasak untuk dinikmati. Ada pelbagai variasi keropok lagi yang dikeluarkan oleh kilang beliau. Kalau hendak tahu, tengok dan rasa silalah ke kilang beliau di Chendering.
Berbagai perkara yang kami bualkan sehingga beliau menceritakan bagaimana kolam untuk landskap di kediamannya telah "komersialkan" menjadi kolam untuk menternak ikan kelah.
Sebanyak 1,500 benih anak ikan telah dimasukkan untuk diternak.
Usahawan kita ini memang hebat. Bayangkan ikan kelah yang matang berharga antara RM18.00 - RM25.00 sekilo...
Apa kata kalau dibuat keropok lekor guna ikan kelah? Huh! berapa harga sebatang keropok lekor ya?
Aku pelihara ikan koi, dia pelihara ikan kelah....
Kata Bed, " Mula-mula kita bagi dia (ikan kelah) makan, kalau tak larat nak bagi dia makan, kita makan dia".
Beib seronok juga makan keropok....
sambil berbua L
tambah lagi dengan me E
rasa sedap lagi ena K
cicah dengan sos cili atau tomat O
habis sepinggan pun tak seda R

2 comments:

Orked said...

ptg2 mcm gini , pekena kopok mmg sedap Beib.....

BEiB said...

a'a...bila bila masa pun kalau pekena kopok memang sedap...banyak protein...Jom Jie kita pekena?