Friday, November 16, 2007

1511

Foto nostalgia sebelum berumah tangga
Assalamualaikum / Good Day.....

Dah seminggu tak masukkan entri baru. Kesibukan melanda dimana-mana.
Akhirnya sekolah dah mula bercuti. Anak-anak yang belajar kat KL pun dah balik. Abang sampai petang semalam bercuti hingga pertengahan Disember. Qaqaq sampai pukul 5 pagi tadi, bercuti sampai awal Januari. Acik dengan Adeq, biasala...tiap-tiap hari cuti...heheh..
Pejam celik, pejam celik dah sampai akhir tahun 2007. Terasa masa berlalu amat pantas.
Semalam 15 November 2007 (1511) merupakan ulangtahun perkahwinan aku dan KakWan kali ke 22. ( 15 November 1985).
Wah! lama tu..! Kata orang dah terlalu kerap menyambut 1511 ni sampai kekadang tak terasa keunikannya. Namun, tarikh keramat tu tetap di ingat kerana ia meninggalkan 1,001 nostalgia.
Kebahagiaan bersama selama ini melahirkan zuriat yang kami miliki seramai 4 orang.
Untuk hadiah 1511 ini, aku menerima 'hantaran' sebuah buku karangan Dato, Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah bertajuk Langkah Bestari Suami Mithali dari KakWan. Terima kasih, isteriku.
Ada 50 tips dan teknik untuk menjadikan suami hebat.
Moga tips tips ini kan menjadikan aku suami dan papa yang lebih baik.
Ada cadangan untuk 'hantaran' balas bagi KakWan?

Beib cuba fahami kehendak sebagai.....
manusia yang lebih bagu S
insan yang lebih mengambil tah U
orang yang sentiasa bijaksan A
lelaki yang selalu faha M
suami yang didambai ister I



8 comments:

Orked said...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Beib & Kak Wan..semoga rumah tangga yang bahagia ini terus kekal berpanjangan.

BEiB said...

Terima kasih jie.Moga doa jie dimakbulkan ALLAH..Jie pun diharapkan begitu jua..

Anonymous said...

Happy Anniversary!

Cool blog you have... I really like your Laman Nyaman. Let me know any update on your homestay... maybe I could write something on it in my Kuala Lumpur is Home.. :)

BEiB said...

Thanks cjcm..visited ur blog..real cooool too.Sure will.In fact,I will have a special blog for my homestay.
Thanks for the offer...

JajaOHgon said...

Selamat Ulangtahun Perkhawinan daddy beib and isteri.. semoga bertambah2 ceria and bahagia dunia dan akhirat... amin...

daddy kim salam kat abang shafeq yea...hihihihi opps!!

Noushy Syah said...

Congratz on your 22th Anniversary.
Alhamdulillah, may happily ever after...Ameen.

Unknown said...

Wah... tahniah kat Beib dan Kak Wan. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu hendaknya. Amin. Beib, OD tengok gambar Beib tu cam gambar M.Osman masa muda... ngeh. Jangan mareee...

BEiB said...

Jaja...Thanks...ok will kirim salam kat Abg Syafiq..heheh
Noushy...Thanks..Hope ALLAH will grant our wishes
OD...TQ...ada ke macam M Osman..? Ada org kata cam Tom Cruise...HAHAHAH...anyway, itu ALLAH punya kuasa dan kerja..
syukur aja laa..yg penting, sihat selamat. To all also...