Saturday, September 29, 2007

Kembara Seni

Sesi temuduga dengan seorang calon bidang Seni Visual
Assalamualaikum / Good Day.....
Minggu lalu, dari 24 - 28 September aku dan tiga lagi teman panel temuduga telah mengembara dari KT ke KB, Kuantan, Bandar Muadzam dan Jengka dalam pencarian bakat-bakat seni dikalangan anak-anak sekolah rendah. Mereka yang terpilih akan ditempatkan samada di Sekolah Seni (SS) Johor Bahru atau di Kuching.
Lima hari yang dilalui letih tapi menggembirakan. Pencarian kami berjaya mencungkil beberapa orang insan berbakat dalam bidang Seni Visual, Seni Tari, Seni Muzik dan Seni Teater di lima buah sekolah rendah yang kami singgah.
Sebenarnya kami telah ditugaskan oleh JPJS (Unit Sekolah Seni), KPM untuk menjalankan sesi temuduga murid lepasan UPSR yang berminat untuk memasuki tingkatan satu di Sekolah Seni KPM bagi tahun 2008.
Sesi input profesional bersama tenaga pengajar, ibubapa/penjaga dan calon pelajar SS
Mesyuarat pada 20 september menetapkan aku sebagai Ketua Panel Temuduga zon Timur meliputi Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Bermula dari 24 September, proses temuduga berlangsung di lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh JPN dan KPM sehingga 28 September 2007.
Sebelum bermulanya sesi temuduga, aku memberi taklimat khas mengenai SS kepada pihak pentadbir sekolah, ibubapa dan calon-calon.
Sesi yang biasanya berlangsung selama 45 minit hingga satu jam adalah untuk menjelaskan KONSEP, MISI, VISI dan perkara-perkara yang berkaitan dengan penubuhan dan pentadbiran SS.Taklimat ini wajar kerana ramai yang masih kurang jelas dengan peranan SS. (rujuk sini)
Panel di hadapan tempat menginap di Bandar Jengka
Ahli Panel lain yang terlibat ialah En. Ahmad Nazri b. Nordin - Seni Muzik (SSJB), En. Ahmad Khairulanuar Rahimey b. Rahim - Seni Tari (SSJB) dan En. Azha b. Othman- Seni Teater(KEKKWA/JKebudayaan Kesenian Trg).
Dengan bantuan dan kerjasama dari wakil JPN iaitu En. Zawawi b. Ahmad (JPN Kelantan), En. Mat Lazim Mahasan b. Noor (JPN Terengganu) dan En. Ahmad Pauzi b. Abd. Wahid (JPN Pahang) kami dapat melaksanakan tugas kami dengan baik dan berkesan.
Pengalaman ini sangat bermakna kerana aku dapat melawat serta mengenali beberapa tempat yang selama ini aku dengar tapi belum pernah kujejaki seperti Bandar Muadzam dan Bandar Jengka. Hebat tempat-tempat ini dengan keunikan yang tersendiri.
Bandar Muadzam seperti satu lokasi 'retreat' ala resort yang nyaman dan hening terutama di waktu pagi dan malam. Kabus dan kedinginan alam membuatkan aku terasa seperti berada di kawasan pelancongan. Sesuai untuk lokasi beberapa institusi pendidikan seperti MRSM, Uniten, SMK Agama Pahang dan Politeknik Muadzam Shah yang bakal siap dalam masa terdekat.
Begitu juga dengan bandar Jengka, penempatan FELDA yang terbesar di Malaysia. Sangkaanku meleset dengan kehadiranku di sana. Nyatalah Jengka hebat kerana kelapa sawitnya dan menepati visi FELDA iaitu Terunggul di pentas dunia sebagai agensi pembangunan tanah dan pengurusan peneroka mendahului bersama teknologi sebagai peneraju dalam industri sawit.
Selain dari hasil pertanian, ada juga anak-anak sekolah di Jengka yang bakal menyinar di bidang seni suatu hari nanti.
Calon menjalani ujian praktikal melukis
Berbaloilah perjalanan kami sejauh 1,200 km meredah dan merentasi bandar dan kampung serta ladang kelapa sawit dalam pencarian bakat-bakat seni.
Jika memerlukan butiran lanjut mengenai SS sila layari blog ini .
Beib teruja melihat anak-anak kecil yang punya...
minat dan tanggungjawa B
untuk mengembangkan bakat seni yang ad A
menjadi ilmuwan seni dewasa kela K
sebagai pewaris budaya bangs A
menjunjung seni, mengelek ada T

Friday, September 21, 2007

Aku, Buku, Anakku

Di bilik mesyuarat
Assalamualaikum / Good Day.....
Jam 9.35 pagi tadi aku selamat sampai ke rumah dari KLIA.
Semalam, 20 September, aku dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat mengenai pengambilan pelajar baru untuk Sekolah Seni Malaysia 2008, di Putrajaya bersama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(JPJS), En. Abd. Ghafar bin Mahmud.
Semua ketua panel bagi bidang Seni Visual, Seni Tari, Seni Musik dan Seni Teater hadir membincangkan perjalanan pengurusan temuduga yang akan dijalankan diseluruh negara minggu depan.
Selaku ketua panel SV, aku kena selaraskan pergerakkan dan proses temuduga tersebut. Rumit tapi boleh dijalankan. Bagi aku, masalah logistik boleh diatasi jika perancangan dibuat dengan mengambilkira semua aspek. Perbincangan dan kerjasama perlu dalam hal ini. Kata orang, sepakat membawa berkat. Itulah intipati sebuah mesyuarat.
Habis sahaja mesyuarat jam 5 petang, aku bergegas ke KL Sentral menaiki ERL Transit untuk satu temujanji dengan anak-anakku yang sedang menuntut di KL ni.
Sesekali dapat peluang turun ke KL nak juga ambil kesempatan jumpa anak-anak. Sambil menyelam,sambil minum air, kata orang. Tapi dalam bulan puasa kena tunggu lepas berbuka baru boleh makan minum...
Sambil menanti kedatangan anak-anak ditempat yang dijanjikan aku sempat ke MPH, KL Sentral melihat dan membelek buku-buku baru. Antara yang ada, ialah buku tulisan OD kita,

Ajak Kadir Mencari Buku Sakti Kasyorga dan novel kanak-kanak karya Pezul@ Napiru: Dendam Naga Biru.
Aku cuba meminta kebenaran dari pihak kedai untuk merakamkan foto kedua-dua novel tersebut yang terletak bersebelahan di atas rak tapi pembantu kedai melarang aku dari berbuat demikian. Polisi kedai katanya. Aku amat faham.
Bangga juga rasanya melihat kedua-dua novel yang dikarang oleh dua insan yang aku kenali dalam alam siber ini. Semoga mereka terus berkarya dengan jayanya.
Aku?Berminat, tapi masih kurang mahir lagi dalam penulisan dan pengolahan idea. Time will come.
Dalam pada melihat-lihat susunan buku, aku terpikat pada sebuah buku yang ditulis oleh Jeff Davidson, 60 Quick Tips for Overcoming Procrastination mengenai cara-cara mengatasi sikap suka melewat-lewat, melambat-lambatkan dan berlengah dalam sesuatu urusan.
Aku sendiri kadang-kadang merasai bahawa aku ini seorang yang suka bertangguh. Banyak juga benda yang aku biarkan terbengkalai selama ini.
Moga buku yang berharga RM19.90 ini dapat memberi manfaat serta merubah cara pemikiran dan tindakan dalam kehidupanku. 142 halaman bukanlah halangan untuk menghabiskannya.
Antara petikan kata-kata yang merangsangkan ialah di halaman 31, "Challenges are what make life interesting; overcoming them is what makes life meaningful." - Joshua J. Marine. Manakala di halaman 8, " What we love to do we find time to do"- John Lancaster Spaulding. Menarik kan?
Aku harap aku dapat merubah sikapku kearah yang lebih positif.
Dua buah lagi buku untuk Adeq dan Acik aku belikan. Hannah Montana7: Nightmare on Hannah Street dan Meet the Robinsons - The Junior.
Memang setiap kali aku keluar daerah menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel, forum dsb itulah buah tangan aku untuk anak-anak. Selain dari itu, Famous Amos cookies, kegemaran Acik dan Adeq yang akan aku dapatkan di KLIA.

Ok...berbalik kepada temujanji dengan anak-anakku. Jam 6.40petang, kedua-dua anakku sampai dari kampus masing-masing dan kami terus mencari restoran yang sesuai untuk menanti waktu berbuka puasa.
Setelah melabuhkan punggung di restoran nasi ayam, TCRS, pesanan terus dibuat. Sementara menanti hidangan disediakan dan waktu berbuka masuk, kami berbual mengenai kehidupan kampus mereka. Dari cerita mereka berdua, nampaknya tiada masalah besar yang timbul.Mereka gembira menimba ilmu di IPT masing-masing.

Qaqaq dan Abang menanti waktu berbuka sambil bercerita

Aku berdoa moga anak-anakku akan terus maju dalam pelajaran mereka.

Waktu kualiti bersama mereka amat bermakna bagiku. Nasihat, sokongan, dorongan dan panduan aku berikan agar mereka sentiasa menjadi anak-anak yang semua ibubapa harapkan.

Dah masuk waktu berbuka

Abang...Qaqaq.. be good and take care always!

Jam 8.03 malam aku sudah berada dalam ERL KLIA Transit menuju ke tempat penginapan....

Beib cuba menjadi seorang papa yang...

faha M
mahu berkongsi cerit A
memberi dan menerima pendapat dan idea yang berna S
sambil menanamkan akhlak muli A

Tuesday, September 18, 2007

ULAR = Ular, LAman, Rambut

Pak Awang dengan kareer 20 tahunnya
Assalamualaikum / Good Day.....
Dah lima hari kita berpuasa, sekejap saja rasanya. Mungkin kerana dah terbiasa, rasa letih atau penat bukan lagi perkara yang difikirkan. Aktiviti kehidupan seharian berjalan seperti biasa. Aku buat apa-apa yang biasanya aku lakukan setiap petang, samada membersihkan laman atau membaca apa yang patut.
Semalam, aku ke Kedai Gunting Rambut Pak Awang dekat Kampung Tok Jiring, yang aku langgani selama lebih dari tujuh tahun. Sebelum ini, tempat gunting aku ialah di Paloh, 10 kilometer dari rumahku. Tukang gunting rambut yang ini cuma 3 km saja dari rumahku. Mudah dan murah. RM4.oo sekali gunting. Murah kan?
Aku taklah 'fashionable' sangat sampai nak pergi ke saloon dan bayar RM 40 -50 semata-mata nak potong rambut. Banyak benda yang boleh dibuat dengan duit sebanyak itu. Paling tidak, aku boleh guna untuk isi minyak kereta Peugeot 405 aku untuk ulang alik ke tempat kerja selama 5 hari. Tak percaya? tempat kerja 8 km saja dari rumah. Yang penting rambut pendek, duit jimat.
Ok..ni nak cerita pasal ular pulak. Syukur, kerana tiada seorang pun ahli keluargaku yang dicederakan oleh reptilia ini pagi ini. Aku menerima SMS dari Kak Wan, isteriku yang menyatakan dia menerima SMS dari kontraktor yang sedang membaiki rumah kami bahawa ada seekor ular tedung senduk menyelinap dibawah bahan binaan disebelah pintu utama rumah kami.

Reptilia yang berbisa

Reptilia sebesar ibu jari kaki dan sepanjang lebih kurang 40cm itu hampir memagut kaki sikontraktor tu bila dia hendak mengambil bahan binaan. Mujurlah dia terdengar ular itu berdesir. Ular itu mati diketuk dengan buluh yang kami gunakan untuk menyangkut pelita raya. Mungkin benar kata orang tua, pantang ular dipukul/palu dengan buluh, akan cepat matinya. Aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya haiwan tersebut. Barangkali kerana water feature kat lamanku yang kini banyak dihuni oleh katak dan kodok. Banyaklah makanannya kat situ.

Water feature yang menjadi tempat mainan katak

Walau apapun, Alhamdulillah...tiada siapa yang menjadi mangsanya.Oh ya...lamanku dah 90% siap, cuma sedikit pokok hiasan dan pemasangan lampu yang belum selesai. Aku harap dalam seminggu lagi semuanya akan beres....Tak sabar rasanya..



Beib geli dengan...
ular atau dalam bahasa Tamil, 'pamb U'
ada kata ia bawa sia L
tapi yang paling takut ialah bisany A
moga kita dijauhi dan terhinda R

Saturday, September 15, 2007

Tak puas-puas puasa....

Bertadarus bersama Pengerusi Surau AlMuttaqin, Abang Ahmad Awang
Assalamualaikum / Good Day.....
Firman Allah s.w.t
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (QS Al-Baqarah : 183)
Ramadan datang lagi dan kenikmatan berpuasa hanya terasa bila kita mengalami dan menghayatinya. Jika setakat menunaikan ibadat puasa semata-mata kerana ikutan maka ia takkan memberi makna yang sewajarnya.
Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa. Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.
Mengaminkan doa seletelah selesai solat Tarawih dan Witir
Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih.

Aku dan sahabat-sahabat bertadarus

Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid atau surau untuk menikmati juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.

Menikmati moreh beramai-ramai

Aku dan sahabat-sahabat sebagaimana biasa setiap tahun memanfaatkan bulan Ramadan dengan bertarawih dan bertadarus di Surau Almuttaqin di kawasan perumahanku. Kehadiran ramai jemaah termasuk kaum wanita dan kanak-kanak menyemarakkan malam-malam di bulan Ramadan. Kemeriahan dan keikhwanan memupuk semangat kejiranan yang utuh.
Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.
Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.
Hadis Puasa - Abu Hurairah (ra) telah meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:
"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi Jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: 'Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar(di dunia) dan akan mendatangimu.' Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini) akan diampunkan. " Maka sahabat-sahabat Rasulullah (saw) pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah (saw): "Tidak, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah dia menyempurnakan tugasnya. "

Beib...

amat berhara P
puasa dapat mengawal nafs U
merasa insaf dan terhindar dari segala dos A
dijauhi syaitan dan ibli S
mendapat keredaan daripadaNY A

Monday, September 10, 2007

KONVO abang

Bersama anak lelaki sulung, SYAFIQ meraikan konvonya
Assalamualaikum / Good Day.....
Hari Sabtu 8 September, aku dan mem berlepas ke KL untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Keempat UniKL di mana anak sulungku SYAFIQ akan menerima Diploma of Engineering Technology in Mechanical Design and Development dari UniKL MSI. Majlis diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Qaqaq, mama Wan Kelsum, Abang Syafiq, papa

Sebagaimana aku menerima scroll pertamaku 18 tahun dulu, begitu jugalah terujanya anakku menerimanya.
Bagiku hari yang penuh bermakna bagi anak-anak patut kita raikan bersama , apatah lagi diadakan di venue yang sehebat dan gah ini. Bukan sembarangan dan mudah bagi kita untuk dapat menjejakkan kaki di PICC ni. Sekurang-kurangnya dapat juga peluang menikmati comfort dan infrasruktur yang canggih dan mewah serta menghayati sistem audio videonya yang hebat.

Bersama mama, Qaqaq, Sepupu - Kak Su dan Abang Mie

Aturcara majlis grand dan penuh bermakna. Sidang kedua ini bermula pada jam 8.40 pagi dengan perarakan masuk para graduan, staf akademik dan perarakan utama yang mengiringi YB Brig. Jen. (B) Dato' Seri Abdul Hamid Zainal Abidin selaku Pengerusi MARA merangkap Pro Canselor II UniKL.

Selepas bacaan doa, pengisytiharan pembukaan semula majlis konvo kali keempat UniKL dilakukan oleh beliau.
Seterusnya ucapan oleh YB Prof. Dato' Dr. Abdul Hakim Juri, Presiden/CEO UniKL dan diikuti oleh ucapan Pro Canselor II UniKL.
Majlis gilang gemilang berlangsung dengan meriah dan penuh adat istiadat akademia.
Teruja aku melihat anak-anak muda menerima scroll masing-masing setelah bertungkus lumus selama tiga tahun menimba ilmu.
Buat anakku SYAFIQ...keep up your good work and deeds. Be on stage again in two years time for your Bachelor of Engineering Technology (Hons) in Product Design.
I'm proud of you. My doa and blessings always for you..

Beib feels proud of his...
attitude and deed S
respect and obedient to O
May ALLAH bless him and makes him a REAL MA N

Thursday, September 6, 2007

Sibuk Sana Sini Seni...

Anda akan lihat papan tanda ini di GBR sahaja

Assalamualaikum / Good Day.....
Sejak balik dari mesyuarat pasal Sekolah Seni anjuran JPJS dan LPM minggu lepas (26-30 Ogos), aku sempat berehat sambil menyambut Kemerdekaan ke 50 negara tercinta selama 3 hari.
Hari isnin aku dipanggil lagi untuk membantu PPK dalam menyiapkan Buku Sumber Guru PSV (BSG) dari 3 - 6 September 2007 di sebuah hotel di KT. Sambil menyiapkan bahan BSG untuk topik LUKISAN,CATAN, CETAKAN dan ARCA aku juga turut membantu menyemak/edit Sukatan Pelajaran PSV Rendah dan Menengah yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.
Dunia global tanpa sempadan memerlukan bahan bacaan yang 'lingua franca'. Kurikulum pendidikan Malaysia juga perlu diwar-warkan keseantero dunia. Justeru, terjemahan kurikulum perlu disiap dan mantapkan. Bangga rasa hati kerana dapat 'contribute' sedikit sebanyak dalam perkembangan kurikulum semasa negara.
6 September paling sibuk. Aku kena berada di empat tempat yang berbeza demi menjalankan tanggungjawab. Siapa kata jadi pendidik relaks?
Pagi aku terus bersama PPK menjalankan tugas, jam 9.30 aku mesti berada di PPD Dungun untuk memberi input profesional mengenai Sekolah Seni(SS) Malaysia kepada Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar beberapa buah sekolah di daerah Dungun. Pembentangan meliputi perkara dasar mengenai SS. Aku turut dilantik sebagai salah seorang ahli panel penemuduga zon timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu) untuk kemasukkan pelajar tingkatan 1, 2008. Berat tanggungjawabku tapi aku akan tetap 'be professional'.
Selesai sahaja sesi tersebut, aku bergegas ke Jabatan untuk satu lagi mesyuarat bersama GPSV pada jam 2.30 petang. Kali ini membincangkan sambutan Hari Keluarga GPSV yang dijangka diadakan pada 27-28 Oktober 2007 di Gem Beach Resort. Acara ini adalah untuk ahli keluarga GPSV dan Muzik yang terlibat dalam menjayakan program-program PSV dan Muzik JPNT sepanjang tahun 2007. AJK Induk akan menyelaraskan aturcara pada hari tersebut nanti.

Santai di GBR

Jam 5.00 petang, sepuluh orang JU bersama Penyelia Muzik dan Seni 'check-in' di GBR untuk satu lagi sesi menyiapkan modul/buku PSV bagi semua tingkatan di Sekolah Menengah.

Mulai 6 - 9 September, kami akan cuba menyiapkan tugasan sebaik mungkin. Walaubagaimanapun, pada pagi 8 September, aku dan mem akan terbang ke KL untuk menghadiri Majlis Konvokesyen anak sulungku yang akan menerima Diploma of Engineering Technology in Mechanical Design and Development dari UniKL MSI. Majlis diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pendek kata...minggu ini merupakan minggu yang padat bermakna buat seorang pendidik sepertiku...
Beib bangga jadi....

insan ulun G
cari dan beri ilm U
mendidik anak bangsa agar pinta R
supaya agama, diri, bangsa dan negara terus maj U

Saturday, September 1, 2007

Laman Nyaman..update

Assalamualaikum / Good Day.....
Lama juga aku tak update pasal laman aku ni.
Sebab utamanya, orang yang diamanahkan menyiapkannya pun sibuk juga dengan projek dan urusan peribadinya. Maklumlah kerja part time.
Hari ini aku rasa teruja kerana kawasan laman aku telah mula diratakan dengan 'top soil'. Petang tadi, kerja-kerja menanam rumput telah dijalankan. Rumput pilihanku ialah 'pearl grass' atau rumput mutiara. Kenapa rumput jenis ni? sebabnya...
1. Ia tumbuh pada kadar yang cepat seperti permaidani dengan radius pertumbuhan yang luas tidak seperti rumput biasa.
2. Kos penyelenggaran yang rendah kerana ia tumbuh dengan cepat secara mendatar.
3. Tahap ketahanan yang tinggi dengan kerap penggunaan.
4. Tidak akan menyebabkan kegatalan, menjimatkan wang dan masa untuk kualiti yang sedemikian.
5. Menyegar dan menghijaukan alam sekitar.
Atas sebab-sebab itulah aku memilih rumput ni. Lagipun aku suka melihat kehijauan dan kemilau yang terpancar bila disinari matahari selepas disirami air.
Moga mataku jadi lebih ber'cahaya' kerana kata orang warna hijau akan menyegarkan mata dan meredakan stress...apa komen anda..?

Laman masih belum dikemaskan

Top soil sudah diratakan

Rumput mutiara mula ditanam dan 'stepping stone' sudah diatur

Rumput siap ditanam

Yang tinggal hanya menyiapkan air terjun dan proses menanam pokok renek

Beib...

terasa sega R
setiap wakt U
nyaman dan tentera M
bila udara dihiru P
sambil memerhati rumput hija U
apatah lagi santai bereha T