Monday, July 9, 2007

Kerana ILMU

Panel Penterjemah
Assalamualaikum / Good Day.....
Dah lebih seminggu tak masukkan entry. Kesibukkan melanda di mana-mana. Lepas balik dari mesyuarat kat KB selama empat hari, aku sibuk dengan urusan memindahkan Qaqaq dari Kolej Matrikulasi Pahang. Kenangan Qaqaq di KMPhg
Qaqaq dah menerima tawaran untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan SPM(KPLSPM) yang membawa ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia(IPBBM), KL. Katanya nak jadi pendidik macam Papa dan Mama.
Alhamdulillah... "Teaching is a Noble Profession" anakku!
Menyampaikan ILMU kepada anak bangsa bila bergraduat nanti.
Selesai membawa balik Qaqaq pada hari Isnin lalu, aku terus menghadiri Mesyuarat Terjemahan Sukatan Pelajaran anjuran PPK di Permai Inn, KT selama empat hari.
Satu Majlis ILMU, menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif, Organisasi Kurikulum dan Kandungannya ke dalam Bahasa Inggeris bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi Malaysia kini dan akan datang.
Nampaknya dua orang anakku akan menyambungkan pelajaran di KL. Semalam Abang sudah melaporkan diri di UniKL, Jalan Sultan Ismail, KL mengikuti Program Bachelor of Engineering Technology ( Hons ) Industrial Design.
Masa untuk anak-anak meninggalkan ibu bapa dah bermula. Aku sefamili tetap reda kerana mereka akan pergi menuntut ILMU.
Abang dan Mama diUniKL semasa pendaftaran
Semalam aku bersama isteri menghantar Abang ke UniKL untuk pendaftaran. Semua berjalan lancar dan Abang ditempatkan di asrama di Jalan Pantai yang kebetulan bersebelahan tempat pengajian Qaqaq nanti. Minggu depan akan hantar Qaqaq pula. Alhamdulillah, Abang dan Qaqaq akan tetap berdekatan dan they can look after each other.
Bersama Mama, Abang Mie dan Abang di depan asrama UniKL
Doa aku sefamili agar anak-anakku menjadi insan yang berguna kepada semua.
Selamat menuntut ILMU anak-anakku.


Qaqaq, Abang dan Mama
Beib sentiasa berdoa agar.....

menjadi Insan I
menuntut ilmu untuk diama L
jangan lupa kewajipan seorang Isla M
kelak bila graduat ingat ayah ib U

3 comments:

Noushy Syah said...

Congratz tu 'abg and qaqaq'..ececehh pggil abg jugak kan..ngehhh...and to you Beib and Mrs for having good kids like them...

BEiB said...

thank you Noushy...thanks...hope u will get good kids too..to me thats our real 'heritage and wealth'... not money or property..

Juezura said...

Beib...tahniah yer. Kak Long bangga dan seronok bila tgk gambar2 masa pendaftaran, teringat zaman dulu2 mak dgn akak sepupu hantar kak long masuk itm..uwaaa sedih sedihh tingat masa susah dulu. Sekarang bila tengok anak2 melayu belajar di IPTS tempat kak long bekerja ..bangga juga..