Tuesday, July 17, 2007

Kajang Pak Malau...

On the way to KL singgah kat Masjid Geliga, Kemaman
Assalamualaikum / Good Day.....

Setelah 4 hari 4 malam kat Kajang/KL, kami sefamili selamat kembali ke kediaman di KT malam semalam jam 10. Letih juga memandu lebih kurang 7 jam dari KL-KT. Terujanya aku bila dapat memandu melalui Lebuhraya Pantai Timur(LPT) - Jabor- Jerangau-KT. Perjalanan yang lancar dan menyeronokkan walaupun meletihkan.
Hari Khamis 12 Jun, kami bertolak jam 3.30ptg dan sampai ke Taman Sutera, Kajang jam 11.30mlm.Kerap berhenti dan sesat melambatkan perjalanan kami. Sepanjang perjalanan masuk melalui Kg Bukit Angkat, Kajang kami temui muka-muka asing yang berkeliaran di kawasan perindustrian itu. Mat Bangla, Indon, Myanmar dan Vietnam.
Apa nak jadi dengan tanahairku....?
Namun yang penting selamat dan sihat semuanya, manusia dan kenderaan.
Jumaat, sehari suntuk aku di EPRD,KPM , Putrajaya mencari bahan rujukan untuk kajian aku.Malamnya ke Satay Kajang Hj Samuri, meraikan kenalan lama dari BPG seisi keluarga. Kebetulan isterinya merupakan bekas pelajarku yang menjadi pensyarah di salah sebuah IPG disini. Anaknya 7 orang mengalahkan sifunya yang cuma ada 4. Banyaklah cerita lama yang dikongsi terutama semasa di SESMA. Mana pergi si anu, dah berapa anak si polan, jadi apa dah budak tu dan lain-lain nostalgia memanjangkan cerita sehingga anak-anak terlentuk mengantuk. Good friends are hard to come by.

Menikmati sate Kajang bersama Aliason

Sabtu, kami pergi ke Sungai Buloh nak tengok pokok dan tumbuhan yang sesuai untuk projek landskap. Sampai jam 11.30 pg selepas sesat dan terbabas dibeberapa lokasi. Yang hairannya bila ditanya pada orang sekitar Sg Buloh dimana tempat orang menjual bunga dan pokok hiasan ramai yang tak tahu. Bila berhenti untuk bertanya kat stesen minyak, muka yang nampak ialah Bangla dan Indon. Aku agak mesti dia orang tak tahu. Habis camnaa?
Mungkin satu cara untuk mempromosi Sg Buloh sebagai lokasi penjualan bunga dan pokok hiasan ialah dengan meletakkan label dan papantanda yang besar dan unik. Mungkin dah ada tapi aku tak nampak kot? Berpeluh juga mencari tempatnya.
Bila kami dapati pokok bunga dan harganya lebih kurang di KT dengan tambahan kos pengangkutannya pula maka pembelian terbantut. Senang dan murah beli di kampung sendiri, tapi pengalaman melihat suasana di sana memberi banyak manfaat. Jurujualnya, Mat Bangla dan Indon lagi!
Balik dari situ aku terus menuju ke Mid Valley Megamall. Seronoknya anak-anakku. Yang paling digemari, masuk kedai buku. MPH merupakan tempat lepak dia orang kalau ada peluang. Kat KT tak der la...cuma bila balik Kedah mesti berhenti kat MPH Sg. Petani. Terbang pula dua keping not kelabu kat situ untuk memuaskan hati Adeq. 5 buah buku cerita oleh Jacqueline Wilson dan Hanna Montana. Oleh kerana ilmu, tak apalah. Aku relakan.
Ahad pagi kami ke TESCO Kajang. Shopping barang-barang dapur. Banyak jugalah yang diborong. Barang menggantikan orang di dalam kenderaan. Oleh kerana anak-anak nak merasa menonton wayang, aku bawa mereka ke Mines Wonderland, Sg Besi. Mamanya tak setuju tapi sebagai seorang Papa yang mahu anaknya merasai (pengalamiah) aku benarkan. Alah cerita Harry Potter, biarlah anak-anak mengalami sendiri surround sound dan Dolby system yang canggih tak seperti kat rumah. Anak-anak melayan movie dari 3.10 - 5.30 ptg, kami bertiga pergi shopping. Aku bawa balik juga sepasang jeans dan checked long sleeve shirt.

Harry Potter fans

Malamnya aku betul betul berehat untuk persiapan pendaftaran Qaqaq esok yang aku jangka akan memakan masa. Perjalanan pulang ke KT selama lebih kurang 7 jam juga perlu diambil kira.......
* pendaftaran qaqaq lain cerita.

Beib wants ...

the kid S
to show respect to Pa and M A
always be good and obedien T
also to Grandm A
each and every single da Y

10 comments:

Anonymous said...

seronoknya keluar bersama2..da lama gak x wat camtu..almaklumlah..masing2 bz ngn komitmen skrg ni

BEiB said...

sesekali kena adakan masa untuk keluar bersama...ini pun komitmen juga chii

Juezura said...

alahai..ahad lepas kalau kak long gi tesco mungkin terserempak kut. Biasanya ahad selalu pi barang kat tesco tapi minggu lepas pi pasar ikan jer kat semenyih :-)

BEiB said...

Itu la..kami habiskan masa sampai 2 jam lebih dari pkl 10.30pg.memang takdak ONG la...lain kali InsyaALLAH..

BEiB said...

Itu la..kami habiskan masa sampai 2 jam lebih dari pkl 10.30pg.memang takdak ONG la...lain kali InsyaALLAH..

Unknown said...

Salam Beib...
Huhu... bestnyaaaaaaaaa... OD belum tengok HP lagi. Ingat malam tadi tapi Anney pulak tak ada mood. Haii... mengalahkan orang pompuan lak anney tu.
Hanna Montana tu anak Billy Ray Cyprus kan? Penyanyi Achy Breaky Heart tu kan... Like father like daughter lerrr... another Hillary Duff kot... huhu. Nanti, beli buku OD lak, buku NK2 dan Ajak Kadir keluar serentak bulan nih... huhu... Selamat berhujung mingguu

Noushy Syah said...

Gr8 way of having quality time with family!!!

Now, isn't it life is beautiful!!!

BEiB said...

OD...I dont really know much about this Hanna Montana and all, but Adeq and Acik luvs both HM and HDuff...Nanti akan cuba cari buku2 OD...Gempaq!

BEiB said...

Yes Noushy...life is indeed beautiful...especially when it comes with love...Quality time with family does make us feel GREAT

Orked said...

Sakan tu...penuh xtvt!